Followers
like Batu
Jumlah Paparan Halaman
Jumaat, 29 Julai 2011
Wan Ahmad Wan Omar Layak Ganti NAJIB
SIAPA kata BERSIH adalah pertubuhan haram atau diresapi oleh Komunis? Buktinya, masakan Ke Bawah Duli YMM Seri Paduka YDP Agong bersetuju untuk menerima mengadap Pengerusi BERSIH Datuk S. Ambiga. Mustahil Tuanku mahu berjumpa dengan pertubuhan haram apatah lagi dikatakan mempunyai fahaman Komunis.
Terbaru, BERSIH sendiri telah diundang sebagai ahli Panel di dalam wacana debat anjuran Karangkraf di shah Alam kelmarin dan SPR sendiri turut mengiktiraf BERSIH apabila Timbalan Presidennya Datuk Wan Ahmad Wan Omar turut serta di wacana tersebut. Mustahil pertubuhan haram yang berfahaman Komunis boleh dijemput oleh pihak Penganjur tanpa halangan dari pihak berkuasa.
Menguatkan lagi hujah bahawa BERSIH adalah satu pertubuhan yang tiada kena mengena dengan fahaman Komunis atau apa jua gerakan `subversif', pada Jumaat (esok) sekali lagi BERSIH diundang untuk hadir bersemuka dengan Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR yang berpeluh sakan di dewan semasa wacana kelmarin. Kali ini mereka akan berforum atas tajuk "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.
Di dalam kemarahan kita kepada SPR, kita tidak boleh menidakkan keberanian SPR untuk berdepan dengan BERSIH walaupun SPR membawa hujah yang sering menjadi bahan ketawa dan ejekan para hadirin. Paling tidak, SPR lebih `jantan' dari Najib dan kuncu-kuncunya. Najib telah beberapa kali dicabar untuk berdebat dengan Anwar atas apa jua tajuk termasuk tajuk peribadi sekiranya Najib mahu, namun `kejantanan' Najib belum dapat dibuktikan.
Najib hanya berani melalak dan melaung di depan kaca TV dan media kerana sudah pasti tiada soal jawab. Di hadapan TV, Najib tunjukkan `jantan'nya anak Pahang Cucu Mat Kilau atau Tok Gajah. Tetapi hakikatnya, beliau boleh dianggap bersemangat `Tok Tikus' yang terus menikus. Amat malang Umno mempunyai pemimpin yang sedemikian rupa jauh sekali mewarisi semangat ayahandanya Almarhum Tun Razak.
Jika Najib penikus sedemikian rupa, masakan Muhyiddin anak Johor juga sedemikian? Siapa `jantan' sebenarnya di dalam Umno? Oleh yang demikian, jika di dalam pemilihan Umno akan datang jika Perwakilan Umno mahu menolak kedua-duanya dari takhta Umno, maka ada lojiknya juga. Masalahnya, siapa yang boleh ganti tempat kedua-dua penikus tersebut? Pada saya, Ketua Pemuda Umno memang `gentleman' dan berani tetapi di dalam Umno bukan keberanian yang mereka cari. Di dalam Umno yang mereka cari mungkin yang boleh `memberikan sesuatu' habuan kepada mereka. Masakan KJ mampu lakukan di dalam keadaan beliau tiada kuasa dan jawatan di dalam kabinet sekarang.
Naib Presiden Umno, siapa yang berwibawa dan dilihat berani? Zahid Hamidi? Hishamuddin atau Shafie Afdal? Kesemuanya satu `spesis' dengan Najib dan Muhyiddin juga. Justeru itu, `tabik spring' buat Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana `seteruk-teruk' beliau pun, beliau berani untuk ke depan bersemuka dengan seorang wanita. Seandainya Datuk Wan Ahmad Wan Omar ini meletak jawatan di dalam Kerajaan dan menyertai Umno, tiada syak lagi memang beliau layak menggantikan tempat Najib./wfauzdin.blogspot.com"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan