Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 20 Februari 2013

Tak cukup lagi kah berkempen di kaca TV, sehingga BN terpaksa guna lori ikan?


Assalamualaikum. Saban hari dan malam, kaca TV milik RTM dan milik tiga dan sembilan suku terutamanya menyiarkan ucapan Najib dan Yidin yang mendakwa mereka sajalah yang layak memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyat, menyiarkan jasa jasa kerajaan yang banyak dan sentiasa menepati janji.


Mengunakan kanak kanak untuk mempromosikan  "KAMI SAYANG MALAYSIA".TV milik BN turut menhentam PR dan menyebarkan berita kononnya berlaku perpecahan dalam PR serta membuat dakwaan palsu terhadap pemimpin PR.Tetapi peliknya, akhir akhir ini BN/UMNO mula mengikut cara PR berkempen.PR tidak punya banyak pilihan apabila TV media perdana diharamkan kepada mereka, menggunakan kaedah ceramah termasuk di atas lori.Kini BN/UMNO mengikut kaedah ini dengan banyak menganjurkan ceramah ala PR juga termasuk menggunakan lori ikan.
Ustaz Nik Mohd Abduh pernah berkata kalau PR diberi ruang di dalam TV, tidak perlu lagi berceramah dalam gelap untuk menyampaikan wadah perjuangan PR.Tetapi nampaknya Ustaz Nik silap, kesan ceramah dalam gelap ternyata lebih meluas berbanding celoteh dalam TV.Sebab itu, BN/UMNO mungkin merasakan tertinggal langsung mereka juga menganjurkan ceramah yang serupa.
BN/UMNO cuba membuat pembaharuan, mengadakan konsep debat atas lori ikan untuk menarik perhatian pengundi.Malah mereka lebih kreatif apabila cuba menonjolkan debat secara langsung dengan ahli PAS, melibatkan UFB.Tetapi di akhir debat terlondeh lakonan yang turut mendapat kritikan Dr. Maza.
Debat yang dijalankan itu dirancakkan dengan penyertaan pemimpin NGO yang prihatin dengan nasib rakyat terutamanya nasib orang melayu.Debat atas lori pula dipopularkan oleh Ezam kotak yang mempunyai pengalaman berceramah atas lori.Bijak BN menggunakan kepakaran penceramahnya.
Satu perbezaan jelas antara ceramah BN dan PR ialah pertamanya kehadiran, di ceramah BN, kelihatan banyak kerusi dari pendengar, sedangkan ceramah PR tidak kelihatan kerusi selain pendengar sahaja dan jalan menuju ke tempat ceramah sentiasa jem gila.Keduanya dalam setiap ceramah PR, sentiasa ada kutipan ikhlas yang dilancarkan di mana kutipannya ada yang mencecah puluhan ribu RM, sedangkan pada ceramah BN, satu senpun tak dikutip sebaliknya disediakan pula nasi bungkus yang setiap kali banyak yang tidak habis.
BN sudah ketinggalan dari segi pendekatan untuk mendekati rakyat.Ketika TGHH dan lain lain pemimpin PAS mendesak polis membenarkan PAS mengadakan ceramah dulu, BN masih lagi goyang kaki dan menyangka mereka memilik saluran yang luas dan selesa untuk sampai kepada rakyat.Tetapi kini, Bersama PKR dan DAP, ceramah PR menjadi lebih maju dan berkualiti menyebabkan BN mula merasa tertinggal.Mitos yang mengatakan kebanyakan pendengar yang hadir itu cuma mahu menghabiskan masa tetapi tidak berminat mendengar apa yang diceramahkan mula disedari salah oleh BN lalu merekapun turut berceramah dengan harapan dapat menyaingi PR.
Tetapi malang, isi ceramah yang kosong, tidak ada apa yang bolih menyakinkan rakyat mengenai keupayaan sebenar BN untuk terus memimpin negara.Akhirnya BN yang mengelabah tak tentu arah sehingga mula mengerakkan skuad samsengnya mengganggu ceramah PR, mengganggu kempen PR dan menakut nakutkan petugas PR di mana mereka ada kesempatan.
Pemikir pemikir BN juga turut mengadakan berbagai bagai lawak termasuk meyamar menjadi ahli PAS menghentam DAP dalam isu isu yang difikirkan akan menguntungkan BN.Kenyataan TG Harun Taib diambil kesempatan, gelagat Ust.Nasha disebarkan dengan harapan dapat menarik sokongan kepada BN, usaha usaha dan percubaan bersatu dengan PAS diteruskan sehingga terpampang bena yang menunjukkan adanya penyatuan PAS dan UMNO.