Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 6 Ogos 2011

BANGSA 'MIM NUSANTARA ( 12 )

ERA PARA RASUL DAN NABI



"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat  memajukannya"
ayat 34 surah al-araf

"Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka  dengan adil dan mereka  tidak dianiaya."
ayat 47 surah yunus


Kedua-dua ayat di atas sudah cukup bagi menerangkan tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi pada era selepas banjir besar nuh. Memanglah pada awal permulaan ketamadunan, manusia ketika itu sudah pasti cukup beriman kerana golongan yang di selamatkan dari banjir besar itu adalah golongan yang beriman. Tapi, anak cucu mereka yang mengidolakan atau menyembah raja atau dewa-dewa pada ketika itu. Golongan inilah yang akhirnya membentuk agama penyembah berhala yang di terangkan di dalam Al-quran. Hampir setiap pelusuk dunia menyembah berhala ini.

Terdapat beberapa fasa pergerakan yang dapat di kesan melalui surah Al-araf ini. Surah ini telah menyusun kronologi kenabian mengikut zaman dan genetik. Jadi, marilah kita mengikuti sirah kenabian melalui surah ini:-

1- Nabi HUD dan Kaum Aad
Ayat 65-72: 7
Di dalam ayat 69, "Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti  sesudah lenyapnya kaum Nuh"
jelas menunjukkan bahawa Nabi Hud adalah antara generasi selepas Nabi Nuh yang mewarisi keilmuan dan teknologi dari ERA ADAM.

2- Nabi Salleh dan Kaum Tsamud
Ayat 73-89: 7

3- Nabi Luth dan kaumnya
Ayat 80-84: 7

4- Nabi Syuib dan kaum Madyan
Ayat 85-93: 7
Kaum Madyan ini di kaitkan dengan anak Qeturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.

5- Nabi Musa dan Bani Isreal serta Firaun
Ayat 103-169: 7
Kisah nabi musa dan bani israel ini amat menarik untuk di kaji. Berikut adalah ayat yang mempunyai 'key point' dalam pengkajian ini:-

-105:7
mengenai bani isreal minta di lepaskan (bani israel pada tika ini adalah status hamba pada para firaun)
-133:7
berlakunya taufan belalang, kutu dan katak sebagai tanda
-136:7
firaun mengejar Nabi Musa dan bani israel dan di tenggelamkan
-137:7
"Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan baratnya  yang telah berkah padanya"
-142-148:7
kisah nabi Musa berjumpa tuhan dan pada ketika itu juga samiri dan bani israel menyembah patung anak lembu
-155:7
Nabi musa memilih 70 dari pengikutnya untuk meneruskan perjalanan
-160:7
12 suku kaum bani israel di pecahkan mengikut 'bahagian' masing-masing (Nabi musa dan 70 yang terpilih meneruskan perjalanan)
-163-166: 7
Kisah kaum di suatu negeri di tepi laut yang di sumpah menjadi monyet (dari mana perkataan 'orang hutan' bermula?)
-169: 7
Generasi sesudah kaum nabi Musa yang akan mewarisi taurat dan mengambil dunia dan tidak puas dengan itu (masonic dan sekutunya)

Daripada klue-klue di atas, apa yang anda semua dapat? Rasanya, banyak yang akan terlintas di fikiran anda. Tapi, benda utama yang saya ingin ceritakan kepada anda ialah, TIAP UMAT MEMPUNYAI BATAS WAKTU. Lihatlah bangsa atau umat yang mempunyai genetik marker yang sama seperti kaum Aad, Tsamud, Madyan dan lain-lain mempunyai batas waktu atau senang kata - di binasakan.

Inilah perjanjian atau alastubirabbikum. Tiap sesuatu mempunyai ajal. Baik manusia, haiwan, jin, setan, dajjal, angin, air, bumi dan lain-lain. Begitu juga dengan umur umat dan masa itu sendiri. Inilah perjanjian terbesar di dalam perbinaan 'dunia'. Tiap sesuatu mempunyai batas waktu.

Jadi, apa perkaitan Bangsa MIM- takkan hilang di dunia, sedangkan setiap umat atau bangsa itu akan musnah atau di hapuskan, baik cina, india, yahudi, orang putih dan sebagainya. Mari kita meneruskan perjalanan kita ini ke bab seterusnya.

.....................................................................

ERA IBRAHIM


Nabi ibrahim adalah anak kepada seorang pengukir berhala yang terkenal -uzair. Nabi Ibrahim datang dari tanah Kanaan dan mendapat hidayah apabila dia mencari-cari siapakah yang membina langit dan bumi ini. Akhirnya dia mendapat tahu dan dengan hati yang nekad, dia menentang ayahnya dan kerajaannya. Tapi, bukan itu yang saya mahu ceritakan.

Pada zaman ini, ada suatu golongan di gelar "patriarchs" ataupun golongan "bangsawan' yang membina keluarga dan mempunyai negarakota sendiri.Nabi Ibrahim adalah salah seorang daripada golongan itu. Di pendekkan cerita, Nabi Ibrahim memasuki ketamadunan awal mesir dan di tahan olehFiraun. Firaun cuba mengoda isteri baginda, Sarah akan tetapi dengan kebijaksanaan SARAH, Firaun melepaskan Sarah dan menghadiahkan 'puterinya'
sendiri untuk di nikahi. Wanita itu adalah HAJAR.Ada pendapat juga mengatakan, baginda mempunyai seorang lagi isteri yang bernama QETURAH.Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan kewujudan QETURAH ini. Ada juga yang mengatakan HAJAR dan QETURAH adalah orang yang sama.

Sebagaimana kita ketahui, SARAH melahirkan ISHAQ. Daripada ISHAQ, lahirnya YAAKUB yang mempunyai 11 orang anak termasuklah Nabi YUSUF a.s. Nabi Yaakub inilah di gelar sebagai ISREAL. Bani israel bermaksud anak-anak yaakub kerana dari yaakub inilah lahirnya ramai lagi nabi-nabi lain. Antara anak-anak Yaakub adalah Reuben/Rehaven, Simeon/Shiman, judah/Yahudah, Issachar/yissachar, Zebulun, Dan, naphtahi, Gad, asher, Levi, Bunyamin dan Joseph/Yusuf.Daripada mereka-mereka inilah lahirnya sukuan dalam Bani israel. Bunyamin dan Yusuf adalah bersaudara di bawah satu ibu. Manakala lainnya dari ibu yang lain dan cukup dengki pada Yusuf. Akibat dari itu, yusuf di bawa ke mesir dan pelbagai ujian di temphinya
termasuklah di penjara. Akhirnya, dia di lepaskan dan menjadi gabenor di ketamadunan mesir ketika itu. Saudara-saudaranya meminta ampun dan mereka semua hidup bahagia. Tapi, ada satu ayat yang cukup menarik untuk di kaji. Bunyamin dan Yusuf ini mempunyai sesuatu tanda di badan mereka atau genetik yang membawa kepada generasi selepas mereka. Cuba perhatikan ayat 12 surah Yusuf. Yahudi yang ada sekarang adalah hasil asimilasi daripada bani Judah dan Benjamin. Nabi Musa yang membawa dan menyelamatkan bani Israel dari penghambaan itu adalah dari sukuan LEVI.Kita telah ketahui bahawa Nabi Musa membawa 70 pengikutnya yang beriman menuju sesuatu tempat. Di katakan, 70 orang inilah di kenali sebagai 'the lost tribe' oleh para yahudi. 'The lost tribe' ini di katakan dari bani Manaseh dan Ephrahim, dari darah keturunan Nabi Yusuf a.s.

Isteri kedua Nabi Ibrahim, Hajar pula melahirkan bangsa arab yang kita ketahui kini. Akan tetapi, arab terdapat pelbagai suku kaum juga. Apa yang pasti Nabi Muhammad s.a.w adalah dari bani Quraisy. Ada yang menceritakan pada saya tentang terdapat bani Quraisy kuno sebelum bercampur dengan waris HAJAR yang melahirkan QURAISY BARU. Hal ini saya tidak dapat pastikan lagi dan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, silalah berkongsi. Daripada Nabi Muhammad, lahirlah Fatimah dan berkahwin dengan ALI r.a, kemudiannya melahirkan HASSAN dan HUSSIN. Daripada mereka inilah 'ahli rumah' mula kedengaran semula. Ternyata, ahlul bait ini berpunca dari waris QURAISY KUNO yang mungkin dari kalangan BAHTERA NUH itu. Ahlul bait kemudiannya di buru oleh para pembenci dan lari ke nusantara. Kita harus tahu bahawa arab mempunyai banyak kaum dan keturunan dan
mereka tidak bersatu padu. Lihatlah timur tengah sekarang, meskipun negara arab lain sedang berperang, orang arab lainnya tidak mahu membantu saudara mereka di atas nama 'ARAB', bahkan membenarkan musuh melalui ruang udara lagi. Jadi, status ahlul bait ini tidak di gemari oleh orang arab tambahan lagi ianya dari keturunan QURAISY yang terang lagi nyata turun dari kalangan 'ahli rumah' Bahtera Nuh.

Isteri ketiga Nabi Ibrahim, Qeturah pula melahirkan ramai anak. Ada yang kata lima dan ada yang kata enam. Bagaimanapun, anak-anak QETURAH ini melahirkan generasi yang hebat dan kuat. Antara nama-nama mereka ialah; Medan, Zimran, Shuah, Yokshan dan Madyan. Peristiwa kaum Madyan dan nabi Syuib itulah yang berasal dari QETURAH ini. Nabi Syuib adalah golongan bangsawan yang berasal dari darah keturunan MADYAN dari QETURAN + IBRAHIM. Dek kerana itulah keluarga Nabi syuib di sanjung tinggi akan tetapi Nabi syuib di benci kerana menghalang para jutawan dan hartawan daripada menipu dalam perniagaan. Ternyata Kaum Madyan adalah kaum yang suka berniaga. Selain dari itu, bangsa seperti AKKADIAN, BABYLON dan CHELDEA adalah antara dari susur galur QETURAH ini.

Daripada MADYAN ini juga, lahirlah suatu bangsa baru yang di namai ARYAN. Lahirnya ARYAN ini adalah apabila CYRUS THE GREAT menakluki MADYAN dan mengabungkannya dengan bangsa PARSI. Proses asimilasi ini berjaya dan ARYAN di katakan bangsa yang kuat peribadinya. CYRUS THE GREAT ini  pula di katakan sebagai ISKANDAR ZULKARNAIN. DI dalam HIKAYAT SEJARAH MELAYU, para raja-raja melayu berketurunan Iskandar zulkarnain. Makanya, raja melayu dari keturunan cyrus the great dan ARYAN. Bagaimana ini boleh terjadi?

ARYAN kemudiannya terpecah kepada dua yakni golongan ARYAN TIBETAN dan golongan ARYAN INDIA KUNO. Golongan ARYAN INDIA KUNO inilah yang melahirkan bangsa KEMBOJA ASLI yang mana mendapat penentangan dan melarikan diri lalu menduduki INDO-CHINA. Golongan ARYAN TIBETAN pula melalui tibet dan menetap di sana lalu menjadi ketua agama Hanif pada ketika itu. Seterusnya mereka meneruskan perjalanan menuju YUNNAN dan menuju ke Indo-China juga. Maka, dua golongan ini bertemu di satu tempat yakni di NUSANTARA.

Tiada ulasan: