Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 27 Mac 2011

Setianya Cinta

(Kisah benar, pengalaman seorang doktor)

Pagi itu, lebih kurang jam 8.30 pagi, seperti biasa saya sibuk melayan pesakit yang datang ke klinik saya dengan berbagai-bagai masalah. Seorang lelaki tua, saya kira umurnya telah menjangkau 80 tahun datang untuk membuka balutan pada ibu jarinya. Dia memberitahu saya bahawa dia hendak cepat kerana ada temu janji pada pukul 9.00.

Saya menghulurkan kerusi untuknya. Sambil memulakan kerja membuka balutan dan memeriksa kesan luka di jarinya saya bertanya adakah dia mempunyai temu janji dengan doktor pakar untuk membuat pemeriksaan kesihatan?

Dia menjawab, tidak. Tapi dia hendak pergi ke rumah penjagaan orang tua untuk bersarapan bersama isterinya.

Saya bertanya kenapa isterinya tinggal di rumah penjagaan orang tua?
Dia menyatakan bahawa isterinya mengidap penyakit Alzheimer.
Saya bertanya lagi, adakah isterinya akan risau dan susah hati kalau dia terlewat sampai?

Dia menjawab dengan tenang: Dia tidak kenal saya lagi. Ya! Dia sudah tidak kenal siapa saya sejak lima tahun yang lalu.

Saya tergamam.

Saya bertanya dengan penuh kehairanan: “Dia tidak kenal pakcik, tapi pakcik tetap pergi bersarapan dengannya setiap pagi?”

Sambil tersenyum dan menekan tapak tangan saya dengan jarinya, dia berkata: “Dia memang tak kenal saya. Tapi saya kenal dia!”.
Saya menahan air mata yang mahu menitis. Dia bangkit meninggalkan saya yang termangu sendirian.

Maha suci Allah! Betapa agung cintanya. Isterinya sudah tidak mengenalinya, namun dia tetap setia mencintainya dan tidak putus-putus mengunjunginya untuk sarapan bersama.

5 ulasan:

Flow Cahaya Jannah berkata...

itulah yg dinamakan cinta sejati! cinta kerana Allah bukan kerana nafsu :)

hana berkata...

betol..
kalo cinta berlandaskan nafsu x kan ke mana...
cinta lah dia kerana Allah...

izzati wanie berkata...

moga cinta ini mendapat redha Allah...
susah nk cari suami mcm ni...^_^

una din berkata...

alhamdulilah, masih ada lagi lelaku mcm ni untuk zaman skrg ni.

Nyza Nurul berkata...

indahnya cinta jika kekal hingga ke akhirnya..:)
susah nak dapat seseorang yang boleh setia dengan cinta macam ni...