Kita sungguh tertarik dengan pandangan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada sekumpulan wartawan dalam satu pertemuan baru-baru ini mengenai kepentingan berhikmah dalam berdakwah, hatta melalui pilihan raya dan perang sekalipun.
Tuan Guru Presiden mengingatkan semua pihak agar berhemah dan berdakwah dengan lemah lembut seperti yang diperintahkan Allah SWT kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. ketika menyeru Firaun dan kuncu-kuncunya.
Katanya, kesabaran dalam berdakwah termasuk dalam bidang penulisan amat penting; beliau mengambil kiasan bagaimana seorang suri rumah memasak daging, apinya hendaklah perlahan; dengan cara itu dapat menghasilkan masakan daging enak dan empuk sedangkan jika gopoh dan tidak sabar lantas menggunakan api pada tahap kepanasan tinggi, hasilnya mengecewakan.
Dari perspektif bahasa, dakwah bererti seruan atau ajakan kepada sesuatu. Menurut pengertian istilah, dakwah bererti seruan atau ajakan kepada Islam. Dakwah adalah mendorong manusia agar melakukan kebaikan dan mengikuti pentunjuk, menyuruhnya membuat kebajikan dan meninggalkan kemungkaran agar mereka memperolehi kebahagian dunia dan akhirat.
Dalam al-Quran, Allah memerintahkan orang Islam: "Serulah manusia ke jalan Allah dengan bijaksana dengan nasihat yang baik. Nyatakan alasan-alasan yang munasabah (6:125). Dakwah merupakan pengisian kepada perintah ini. Dakwah melibatkan usaha mengajar kebenaran kepada mereka yang lalai; membawa berita yang baik tentang nikmat dunia dan tentang nikmat syurga; memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan tentang kesengsaraan di alam ini (22:67).
Tugas memenuhi perintah ini dinyatakan oleh al-Quran sebagai puncak kebaikan dan kebahagiaan. "Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya untuk menyeru manusia ke jalan Allah." (41:33). Rasulullah (s.a.w.) juga menganggap bahawa dakwah merupakan usaha paling mulia dan hasilnya, iaitu penganutan kepada Islam sebagai kesan paling agung.
Al-Quran dan hadis menyatakan di beberapa tempat mengenai prinsip dan kaedah komunikasi dalam berdakwah ini. Antara ayat-ayat al-Quran yang menyatakan perkara ini ialah:
1. "...dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik..." (Surah 2:83).
2. "...dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras, tentulah mereka akan lari dari kelilingmu..." (3:159).
3. Allah tidak suka kepada perbuatan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan." (Surah 4:148)
4. "Dan katakan (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata-kata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia." (17:53).
5. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut." (20:44).
Dalam hadis juga terdapat beberapa prinsip dakwah yang disabdakan oleh Rasulullah (s.a.w.). Dalam kita membicarakan mengenai bentuk dakwah, Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda - seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Dunya yang bermaksud: "Sebutkan perkara baik mengenai saudara kamu yang tidak hadir dalam perjumpaan, terutama sekali perkara yang kamu suka diperkatakan oleh saudara kamu ketika kamu tidak hadir bersama."
Berdasarkan ini, kita berharap penyeru kebenaran terutama daripada parti dapat menjalankan peranan sejajar dengan kehendak al-Quran dan contoh ditunjukkan oleh Rasul s.a.w. Dalam salah satu kisah, seorang tua buta Yahudi memeluk Islam selepas menyedari lelaki yang menyuapi mulutnya dengan makanan setiap pagi adalah Nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa dimaki hamunnya.
Jika kita mengamalkan apa ditunjuki oleh Rasul ini, insya-Allah cahaya kebenaran akan bersinar ke seluruh alam, namun sudah pastilah untuk meraih kejayaan itu perlukan kesabaran seperti kisah surirumah memasak daging yang kiaskan oleh Tuan Guru Presiden.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan