Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 29 April 2011

Jom lihat statistik yang mengejutkan..islam di eropah

"Perangkaan dan kajian menunjukkan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan Belanda akan mempunyai kadar penduduk Muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat di mana perangkaan tahun 2008 menunjukkan bahawa lima peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah adalah terdiri di kalangan umat Islam.

Ini bukanlah suatu yang baru kerana Islam dan Eropah mempunyai tersendiri yang cukup lama semenjak wujudnya era emas empayar Islam di Sepanyol selama lebih 700 tahun sebelum ditewaskan oleh Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Akibatnya pada tahun 1609 orang Islam dihalau dan amalan agama Islam dilarang perlaksanaannya sehinggalah Islam kembali diterima semula oleh masyarakat moden Eropah hari ini.

Sejarawan dunia telah mengiktiraf sumbangan Islam kepada Barat terutamanya dalam bidang intelektual, pembinaan tamadun, penemuan sains, kemajuan perubatan moden, perkembangan budaya dan falsafah, disiplin ilmu dan sebagainya. Philip K Hitti dalam bukunya "Orang Arab: Sejarah Ringkas" (The Arabs: A Short History) menukilkan seperti berikut:


"Orang Islam Sepanyol mengarang salah satu daripada bab-bab yang gemilang dalam sejarah intelek pada Zaman Pertengahan Eropah. Di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan abad ke-13, orang Arab merupakan pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Kedua-dua bidang ini merupakan perantara untuk memulih, menambah dan menyebar sains dan falsafah kuno yang telah memungkinkan pembaharuan di Eropah Barat." (h 174-175).


Peningkatan jumlah pendatang dari negara Islam di Eropah dan kadar kelahiran rendah dikalangan penduduk asal Eropah bermakna jumlah umat Islam di sana akan meningkat menjadi 20 peratus pada 2050 seperti yang dilaporkan kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan. Ketika ini di United Kingdom (UK) sahaja mempunyai lebih 1.8 juta (tahun 2009) adalah penduduk, ditambah 72 juta di Turki.


Manakala pada tahun 2008 direkodkan Russia mempunyai bilangan orang Islam paling ramai di Eropah, iaitu kira-kira 27.04 juta, France (6.12 juta), diikuti Jerman kira-kira 3.05 juta warga Islam, Itali (2.4 juta), UK (1.51juta), Belanda (890,000 orang), Sepanyol (550,000), Austria (300,000), Belgium (380,000), Sweden (280,000) dan beberapa negara Eropah lain yang terus mencatatkan peningkatan jumlah umat Islam di sana.

Kebanyakan Muslim di Eropah terdapat di bandar-bandar bear eropah seperti 25% di Rotterdam (Netherlands), 24% di Amsterdam (Netherlands), 20% du Marseille (France), 17% di Brussels (Belgium), 16% in Bradford (UK), dan 10% di Paris, London dan Copenhagen. (soures ; wikipedia)


Bagi Tariq Ramadan, seorang sarjana falsafah dan pengajian Islam di Switzerland dalam tulisan beliau berkenaan peningkatan jumlah umat Islam di Eropah berpendapat bahawa Islam kini telah menjadi sebahagian dari dunia budaya Eropah dan masyarakat Islam di Eropah bukan lagi pendatang yang kemudian kembali ke negara asal tetapi telah menjadi warga Eropah beragama Islam.


Sementara itu, menurut sarjana Barat tersohor iaitu John Esposito, pengasas Majlis Persefahaman Islam-Kristian di Washington, Amerika Syarikat pula berpandangan Islam bukan saja agama kedua terbesar secara global tetapi juga agama kedua atau ketiga terbesar di Eropah dan Amerika. Ini akan membuka peluang dan ruang lebih besar kepada Islam berkembang di seluruh dunia.

Tiada ulasan: