Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 22 April 2011

Tayangan Dokumentari Yang Dipinggirkan

Dokumentari yang merakam realiti masyarakat merupakan kategori filem yang diancam kepupusan di Malaysia. Genre filem jenis ini bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan penonton yang sentiasa mengharapkan unsur-unsur ‘hiburan', bahkan ia juga perlu mengharungi campur tangan daripada kerajaan dan tingkah-laku self-censorship (kawalan diri) oleh pihak media sendiri.

Pada April 2004, penerbit rancangan ‘Editor's Time' dan ‘Edisi Siasat' NTV7 Joshua Wong Ngee Choong telah meletakkan jawatan sebagai tanda tidak bersetuju dengan self-censorship oleh pihak atasan NTV7. Dalam bulan yang sama, penerbit ‘Galeri Mandarin Nasional' di TV2, RTM pula dipecat kerana menerbit dan menyiarkan siri dokumentari mengenai empangan Bakun.


Kedua-dua kes tersebut menunjukkan betapa seriusnya sekatan terhadap pendokumentasian filem di negara ini oleh akta-akta yang ketinggalan zaman dan bagaimana kebebasan terhadap informasi dan media disekat oleh campur tangan politik.

Justeru, dalam keadaan yang terdesak demikian, dokumentari yang merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan dalam penyebaran maklumat dan kritikan sosial terpaksa berhadapan dengan masalah kekurangan penonton, bahkan masalah kongkongan media oleh pihak berkuasa.

Oleh sebab itu, kami memutuskan untuk mengenepikan keinginan untuk memasukkan lebih banyak unsur-unsur hiburan ke dalam dokumentari dan mengatasi rintangan self-censorship untuk menayangkan dokumentari di pinggir media arus perdana.

Kami menggelarkan siri tayangan ini sebagai ‘Yang Dipinggirkan” atau ‘Exiled Documentary’, tidak bermaksud mengundurkan diri dari tayangan untuk orang ramai, sebaliknya kami tidak ingin meletakkan diri dalam zon yang selesa dan selamat yang selama ini hanya mampu ditawarkan di RTM dan stesen-stesen TV swasta.

Kami memilih untuk bersemuka dengan penonton secara terus dan berhadapan dengan cabaran, bahaya serta peluang yang jauh lebih besar.

Sebagai tayangan pusingan pertama, kami akan membawakan dokumentari ‘Bakun Trilogy’ bahagian 1 dan 2, yang dihasilkan semula oleh bekas penerbit ‘Galeri Mandarin Nasional’ Chou Z Lam bersama dokumentari ‘March Encircling’ mengenai perjuangan rakyat di Kampong Baru Rawang, karya Pengarah dan Penerbit Video Art, Lai Kim Koon.

Tayangan ini akan diadakan di 13 tempat di pantai barat semenanjung Malaysia dan Singapura. Tujuan utama tayangan ini adalah untuk membangkitkan semula isu kesan sosial empangan Bakun dan kabel elektrik Rawang dan mendedahkan kedua isu ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Berikut adalah maklumat terperinci tentang tayangan ini:
   

Tajuk Aktiviti:
Tayangan Dokumentari Yang Dipinggirkan

Objektif:
1.Membantah kongkongan media
2.Memperkenalkan dokumentari
3.Membentuk masyarakat  madani

Penganjur:
Peoples Documentary Foundation, Video Art Magazine, Malaysiakini
Penaja utama:
Kumpulan wartawan dan penulis yang menyokong orang Asal

Penganjur Bersama:
KLSCAH Social Economic Committee, KL
New Era College Media Study Department, Kajang
Lim Lian Giok Cultural Development Centre Perak (LLGPERAK), Ipoh
Penang Chinese Town Hall, Penang
SUARAM Penang
Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) Perak
Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall Youth (NSCAHY), Seremban
Malacca Chinese Assembly Hall (Youth Section), Malacca
Pusat Khidmat  Ahli Parlimen Bakri, Muar
Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Kluang
SUARAM Johore Bharu
Singaporeans For Democracy(SFD)

Tarikh Tayangan
8 March 2011 – 6 April 2011

Kandungan:
1.Tayangan Filem :      
a) Bakun Trilogy: Episod  1 – ‘Tenggelam’  (42 minit)
b) Bakun Trilogy: Episod 2 ‘Ketidakadilan’ (47 minit)
c) Defend Our Homeland (60 minutes)
2.Sesi Soal Jawab (20 minit)
3.Upacara Perasmian : Ceramah  (Tajuk : Dokumentari  dan Perubahan Sosial ) & Showing  the trailer




Jadual Masa Tayangan (dipinda mengikut keperluan)

Tarikh
Masa
Tempat
Penganjur Bersama
Aktiviti
01/3/2011
(selasa)
11am-12pm
KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
Social Economic Committee
Sidang Akhbar
08/3/2011 (Selasa)
8pm  - 1030pm 
KLSCAH
Social Economic Committee
Forum & Trailer
09/3/2011 (Rabu)
8pm  - 11pm 
KLSCAH
Social Economic Committee
Tayangan filem
10/3/2011 (khamis)
8pm – 11pm
Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall Youth (NSCAHY)
Tayangan filem
11/3/2011
( jumaat )
8pm  - 11pm 
No 50-B, Jalan Kemuja
Bangsar Utama
Kelab 50-B
Tayangan filem





15/3/2011
(selasa)
8pm  - 11pm 
Dewan Seah Tih Kong,
Kuala Sepetang

Parti Keadilan Rakyat 
Tayangan filem
16/3/2011
(rabu)
8pm  - 11pm 
Perpustakaan Mini Oasis, Ipoh
Lim Lian Giok Cultural Development Centre Perak (LLGPERAK)
Tayangan filem
17/3/2011
(khamis)
8pm – 11pm
Taiping
(To be confirmed)
Parti Keadilan Rakyat
Tayangan filem
18/3/2011
( jumaat )
8pm  - 11pm 
Penang Chinese Town Hall
Penang Chinese Town Hall
SUARAM Penang
Tayangan filem
19/3/2011
(sabtu )
2pm  - 5pm 
Caring Society Complex,
Penang
Penang Chinese Town Hall
SUARAM Penang
Tayangan filem





24/3/2011
(khamis)
8pm – 11pm
Pay Fong Media Room, Malacca
Malacca Chinese Assembly Hall (Youth Section)
Tayangan filem
25/3/2011
( jumaat )
8pm  - 11pm 
Pusat Khidmat  Ahli Parlimen Bakri
Pusat Khidmat  Ahli Parlimen Bakri
Tayangan filem
26/3/2011
(sabtu )
8pm  - 11pm 
Anika Hotel, Kluang

PKR Cabang Kluang
Tayangan filem
27/3/2011
(ahad )

28/3/2011
(isnin)
8pm  - 11pm 


8pm  - 11pm 
Pejabat SUARAM
Johore Bharu

Post Museum,
Singapore
SUARAM JB


Singaporeans For Democracy
Tayangan filem
6/4/2011
(rabu)

3pm -6pm
New Era College, Kajang Selangor
Media Study Department
Tayangan filem






Ceramah

1. Tajuk:Documentari dan Perubahan  Sosial
2. penceramah: Chou Z Lam         (pengasas Peoples Documentary Foundation )
                                                Anna Har             (Director KOMAS)
Sylvia Lim              (Pengasas & Ketua Pengarang  Video Art Magazine )     
MC : NTV7 Host - Cik. Tan Ley Teng

Person in Charge 
  1. Coordinator:Chou Z Lam & Sylvia Lim
  2. Admin Secretary : Raymond Lim

Sinopsis  Filem

A)     Bakun Trilogy: Episod 1-Tenggelam /42 minit/2010/Pengarah Leerang Bato/HD  Format
Pada tahun 1998, Projek Hidroeletrik Bakun di Sarawak mula memindahkan lebih 9,500 orang Ssal secara paksa. Namun begitu, ada sekumpulan daripada mereka yang enggan berpindah dan bertekad mempertahankan tanah dan kawasan kediaman.

Pada bulan Oktober 2010, penakungan air empangan Bakun bermula, kawasan tanah adat orang asal seluas pulau Singapura dijangka akan ditenggelami dalam tempoh setengah tahun.

B)    Bakun Trilogy: Episod 2-Ketidakadilan/47 minit/2010/Director Leerang Bato/HD Format Projek empangan Hidroeletrik Bakun dengan kos RM 4.5 billion pernah tergendala 2 kali akibat kemelesetan ekonomi. Namun begitu, kerajaan Sarawak tidak mengendahkan permintaan orang Asal yang menerima kesan akibat projek tersebut dan lebih 9,500 penghuni dipindahkan dari Ulu Bakun ke kawasan penempatan baru di Asap Koyan.

Sehingga hari ini, kebanyakannya masih tidak menerima sepenuhnya pampasan rumah panjang lama mereka, tanah adat dan tanaman di tempat asal. Pendek kata, penghuni Sungai Asap hidup dalam keadaan yang amat menyedihkan.

C)    Mempertahankan Kampung Halaman Kami/60 minit/2010/Director Lai Kim Koon/HD Format
Perjuangan selama 5 tahun penduduk Kampong Baru Rawang di Selangor untuk mempertahankan kesihatan mereka daripada diancam oleh pembinaan kabel berkuasa tinggi.

Pada 17 Mac 2010, Tenaga Nasional Berhad (TNB) masuk ke Kampung Baru Rawang untuk memusnahkan rumah-rumah. Penduduk yang khuatir sekiranya TNB melakukan operasi pada larut malam telah berjaga mengikut giliran. Kegiatan ini melibatkan lebih daripada  1000 orang termasuk penduduk kampong dan sukarelawan dari organisasi bukan kerajaan (NGO)

Pada masa yang sama, Chou Z Lam, penerbit bagi TV2, RTM telah mendedahkan bahawa satu rancangan dokumentari bahasa Cina ‘Galeri Nasional Mandarin’ yang dijangka akan menyiarkan rancangan tersebut terpaksa dibatalkan penyiarannya atas alasan isu sensitif.

Lanjutan itu, lebih 80 orang telah mengadakan tunjuk perasaan di depan Kompleks Bangunan Jabatan Penyiaran (Kompleks Angkasapuri) untuk membantah pemecatan Chou Z Lam dan pembatalan penyiaran isu Kampung Baru Rawang dan Bakun. Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh 528 Media Action Group, Writers Alliance of Media Independence (WAMI) serta Centre of Independent Journalists (CIJ).

Dokumentari ini bukan sahaja merekodkan perjuangan penduduk Kampung Baru Rawang, bahkan memaparkan kongkongan terhadap kebebasan media dan kelemahan dasar penswastaan.


Tiada ulasan: