Suatu ketika sampai masa untuk dia pulang ke kampung halaman. Dia mengemaskan barang-barangnya dan membawa sekali beg yang berisi nota-notanya. Dalam perjalanan pulang kafilahnya telah diserang oleh perompak. Setiap bungkusan, barang dan juga beg diperiksa. Tiba giliran Imam Ghazali, lalu dia berkata "Kamu boleh ambil apa sahaja yang kamu mahu, tetapi jangan beg ini. Para Perompak mengesyaki sesuatu yang berharga tersimpan di dalamnya lalu merampas beg tersebut. Namun apa yang mereka dapati hanyalah helaian kertas yang tidak berharga dan merasakan diri mereka ditipu. Kata mereka " Apakah ini yang dikatakan barang berharga bagimu? Apa yang kamu lakukan dengan kertas buruk ini? soal ketua perompak. Jawab Imam Ghazali, " Ini adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini. Semua catitan ini kuambil dari guruku. Jika kalian rampas nota-nota ini, maka hilanglah ilmu yang aku pelajari selama ini" jawab Imam Ghazali.
Seluruh usia muda Imam Ghazali dihabiskan dengan menuntut ilmu dari beberapa orang tokoh ulamak yang terkenal zamannya. Segala nota dan ilmu catitan yang dipelajarinya selama ini disimpan baik-baik dalam satu beg.
" Jika begitu kamulah orang paling bodoh, catitan yang kamu tulis itu bukanlah ilmu namanya jika kamu tidak memahami, mengingati serta menghafalnya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini, bagaimana keadaanmu? Ini bererti ilmu mu dapat dicuri! Balas ketua perompak. Imam Ghazali terpegun mendengar hujah yang tepat dari ketua perompak itu.. Mulai dari saat itulah Imam Ghazali menghafal kembali segala ilmu-ilmunya dan dimasukkan ke dalam ingatannya. Selepas ini tiada siapa lagi yang boleh mencuri ilmunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan