Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 23 April 2011

Kisah jenab, bisul dan klinik 1 MESIA

"Disebuah rumah pangsa kos rendah yg terletak disebuah bandar. Jenab dah dua hari tidak kesekolah, bukannya jenab malas atau kaki ponteng , tapi sejak 3 hari lepas sebiji bisul yg tidak bermata telah tumbuh kat punggung jenab. Kesian jenab, terpaksalah dia ponteng sekolah, sakit bisul jenab akan bertambah-tambah jika duduk dibangku sekolah yang keras, almaklumlah kayu, kalau kerusinya empuk macam kerusi pak-pak menteri, pasti jenab akan kesekolah. Berkatalah jenab kepada ibunya, 

Jenab: Mak, sakitlah bisul jenab ni, makin lama makin sakit, dah makin besar bengkak ni.. marilah kita gi klinik ye mak.
Mak jenab : nantilah dulu jenab, ayah belum dapat gaji lagi, tau-taulahhujung bulan ni, mak nak minta duit beli beras pun, ayah marah, ayah kata, mak tak pandai berjimat.

Jenab: Abis tu takkan nak dibiarkan saje.. jenab dah tak tahan ni.. nak tunggu pecah sendiri lambat lagi ni. Matilah jenab macam ni. Nak tidur malam pun tak boleh, berdenyut2.

Mak jenab: Mak nak buat camana lagi, nanti kita ajak ayah gi klinik 1 mesia nak? Dengar kata situ tak mahal, bayar singgit je. Pasti ayah kata ok. Sementara tu makanlah panadol tu dulu, tahan sikit sakit tu.

Jenab : OOO rupanya panadol ni ialah paracetamol ye mak.. baru jenab perasan.

Malam tu jugak jenab bersama ayah dan mak dengan rasa gembira pun pergi terus ke klinik 1 Mesia yang tidak jauh terletak dari rumahnya. Maklumlah bayar seringgit je.. kalau pergi klinik swasta maunya habis 30-40 ringgit. Sesampai disana jenab terus dipanggil berjumpa dengan doktor bertugas dengan ditemani dengan ibunya.

Mak jenab: Cantik klinik ni ye Dr.. selesa betul nampaknya.. orang pun tak ramai

Petugas : errr, makcik saya bukan Dr, saya MA je.. kat sini tak de Dr hanya MA je.

Mak jenab. Ooo makcik ingat Dr. tadi, tak pelah, ni haa anak makcik ni dah 2-3 sakit naik bisul, dah bengkak.. dah nak demam ni, malam pula tak boleh tidur.

Tanpa membuang Jenab disuruh baring dan membuka seluarnya untuk membolehkan keadaan bisul dilihat, sambil ditemani ibu, bukan apa, takut terjadi apa-apa yg tidak diingini, ditambah pula MA masih muda dan hensem dan jenab juga agak cantik. Setelah memeriksa bisul jenab MA bertugas mengeleng-geleng kepalanya,

MA : Mak cik, bisul dah bengkak besar ni, macam ade jangkitan kuman, nak kena ambil antibiotik, takut makin melarat pula

Mak jenab : ye ke, patutlah dia kata dah berdenyut-denyut, tak pelah nanti makcik akan pastikan dia habiskan antibiotic tu, janji tak melarat.

MA : errr, minta maaf makcik kat sini takde bekalan antibiotic, makcik kena pergi klinik swasta juga. Nanti saya bagi paracetamol untuk tahan sakit ye.

Mak jenab : (dalam hati) mangkuk punye klinik... cerita je lebih.. ... Bisul pun tak boleh dirawat, ingatkan nak jimat, terlebih pula.... Terpaksa pula pergi klinik Dr Tan.... campur duit minyak lagi.. dah le minyak mahal.

Mak Jenab terus berlalu pergi tanpa mengucapkan apa-apa meninggalkan MA yang terkebil-kebil keseorangan.

2 ulasan:

.::: mr IQ :::. berkata...

kisah benar ke ni?

Mutiara Bernilai berkata...

owh, klinik 1 mesia xde Dr ke? kesemua klinik ya?