Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 4 April 2011

Identiti Dajjal

Perbincangan dan hujah-hujah yang dinyatakan di sini 90 peratus adalah merujuk kepada pendapat “Muhammad Isa Dawud”. Pandangan dan hujah beliau diambli kira sebagai hujah dominan kerana hanya belaiu seorang setakat ini yang bergiat cergas dalam membongkar masalahat di atas.
Beliau juga mampu membaca dalam bahasa Ibrani, ‘Arami, Arab Kuno, Inggeris dan Parsi. Dan itu tidak mustahil kerana beliau memang berkelulusan dan Bidang Pengajian Perbandingan Agama di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Bukan itu sahaja malah beliau juga menyimpan pelbagai manuskrip-manuskrip kuno yang diperoleh beliau hasil dari pengembaraannya di seluruh negara Eropah, Skandinavia dan Arab.
Selain itu, teori-teori yang dikemukan juga merujuk kepada pandangan ulama’-ulama’ dan tokoh pemikir-pemikir lain yang dirasakan sesuai dalam membahaskan bab Dajjal ini.
Pandangan pembaca amat dialu-alukan dalam setiap teori yang dikemukakan. Pembaca juga digalakkan mengemukakan teori masing-masing berserta hujah-hujah yang konkrit. Sesiapa sahaja layak untuk membuat teori walaupun orang awam biasa.

Tiada ulasan: