Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 1 April 2011

Sebab Sebenar Minyak Naik – Pengakuan dari ‘Orang Dalam’

Tahukah kenapa harga minyak dunia naik mendadak (naik dan naik dan naik dan naikk!)? Minggu ini saja harganya lebih $130 dollar setong. Tak tahulah berapa tinggi lagi ia akan naik selepas ini. Kesannya, sudah terasa sekarang. Setiap orang mesti tertanya-tanya, kenapa ia asyik naik? Bila nak turun nih??
Kan? :P
Saya pun begitu juga ;)
Sebenarnya, jawapan ini datang dari sumber ‘orang dalam’ yang menjadi dalang kenaikan harga minyak dunia. Untuk memberi sedikit kredit kepadanya, kita panggil saja dia ‘pembocor rahsia’. Saya pasti, ramai juga telah membacanya, tetapi saya ingin berkongi dengan pembaca blog saya.
Saya pasti ramai juga sudah dapat mengagak sedikit sebanyak yang puncanya kerana ‘Future Trading’ atau Niagaan Hadapan. Future Trading maknanya kita menetapkan harga belian untuk sesuatu komoditi (contohnya) Pelabur A menetapkan akan membeli $140 dollar setong minyak pada bulan Desember 2008. Iaitu 6 bulan depan. Pelabur A mengambil risiko membayar harga lebih tinggi dari harga sebenar yang mungkin hanya berharga $135 setong pada bulan December nanti (Mungkin!). Munkin juga dia akan untung jika harga sebenar minyak Desember nanti naik $150 setong – jadi bermakna dia membeli dibawah harga pasaran waktu tu (Untung!). Bezanya dengan ‘Option’, yang saya pernah melabur, pembeli Option obliged atau harus, pada waktu matang contract – untuk menjual. Maknanya, dalam Option, Pelabur A tadi perlu menjual semula komoditinya selepas tempoh contractnya matang, contoh – Mac 2009. Yang menariknya, dalam Future Trading ini, Pelabur A not obliged atau tak wajib untuk menjual komoditi yang dipegang. Dia boleh pegang sampai bila2, macam Saham. Inilah salah satu punca, mengapa harga minyak tak turun2.
Yang memburukkan lagi keadaaan sekarang, pelabur2 dalam Future Trading bukan lagi Pelabur2 Conventional (biasa), yang pada kebiasaannya akan menjual tidak lama selepas itu untuk mengambil untung. Pelabur2 sekarang yang menyebabkan masalah kepada system Future Trading ini adalah terdiri daripada Institutional Trust atau Badan2 Pemegang Amanah. Contohnya, dalam negara kita ialah KWSP, Tabung Haji, ASN, dsb. Badan2 seperti ini mempunyai duit yang melambak dari hasil simpanan pekerja atau penyimpan. Badan2 inilah mula bergiat cergas dalam Future Trading – Badan2 ini bukan dari Malaysia dan Future Trading ini bukan di Malaysia. Mereka (Badan2 Pemegang Amanah di US) telah berjinak2 pada awal tahun 2000 dan kini ia telah menjadi salah satu ‘core’ atau teras pelaburan mereka – iaitu Future Trading. Ini bermakna, Badan2 ini telah ‘melabur’ atau lebih tepat lagi membeli komoditi dalam amount yang sangat besar – Beratus2 BILLION dollar! dalam masa 5 tahun lepas saja.
Yang menjadi MASALAHNYA, ialah mereka membeli tetapi tak menjual semula!! Ini kerana mereka ialah Badan2 Pemegang Amanah yang besar, mempunyai simpanan Berbillion2 dollar – mereka tidak perlukan pulangan cepat! Secara langsung, mereka menyebabkan permintaan terhadap komoditi sentiasa naik, dah tak pernah (atau sangat jarang) turun. Apabila trend ini terjadi, lagi ramai Badan2 Amanah yang berminat untuk turut serta setelah melihat trend harda sentiasa naik (Bull dalam bahasa Saham). Macam kita jugalah, bila lihat pasaran Saham asyik naik dan naik, ramai yang berminat bermain saham. So, begitulah ceritanya kenapa harga minyak dunia naik mencanak sekarang, dan tak turun2……..
Maaf, penerangan saya banyak cacat celanya, tapi saya yakin anda faham apa yang ingin saya sampaikan, iaitu punca kepada keadaan sekarang ini. Sebenarnya, ia tidak hanya melibatkan permintaan minyak dunia kian meningkat, ia juga menjelaskan kenapa kita dikejutkan dengan kekurangan bekalan makanan dunia baru2 ini, contohnya beras, gula, dll. Kenapa? Kerana Badan2 ini juga membeli komoditi MAKANAN!!
Untuk memahami lebih mendalam, baik anda baca sendiri cerita dari ‘Pembocor Rahsia’ yang sebenar.. Bacalah pengakuannya di sini (michael-masters-written-testimony). Muka mamat nih sengih je…
Michael W. Masters

Tiada ulasan: