Tanpa mengambil kira perbatasan kaum, bangsa dan kefahaman agama, saya amat dukacita melihat kerakusan nafsu manusia yang boleh semberono sahaja merampas dan mencuri hasil usaha orang lain tanpa berasa malu atau segan dengan jenayah mereka itu.
Gambar Kosmo Online menunjukkan rakyat Malaysia bernafsu rakus mencuri beras dari lori kemalangan
Tempoh hari ada kes kereta pacuan 4 roda terbalik yang membawa siling berjumlah puluhan ribuan ringgit menjadi mangsa para pencuri yang terdiri dari rakyat negara ini yang mencuri didepan anggota polis yang tak dapat membuat apa apa kerana bilangan para pencuri terlalu ramai.
Berita kerakusan rakyat Malaysia yang mencuri beras ini dilaporkan disini oleh akhbar Kosmo. Para pencuri bertuhankan nafsu ini boleh membiarkan mayat kelindan lori yang terlibat didalam kemalangan ini terperosok dibawah lori beras yang terbalik dan mereka terus menimba hasil curian mereka itu untuk membawa balik beri makan kepada keluarga mereka!
Pemandu lori yang malang kesal dengan sikap rakyat Malaysia yang tak pedulikannya serta mayat rakan sekerjanya yang dibiar terperosok dibawah lori. Gambar Kosmo.
Bangsat sekali para pencuri berhati kejam ini. Saya amat sakit hati melihat semua ini. Saya hairan dengan sikap orang zaman sekarang yang sudah tidak ada sedikit pun rasa kasihan, belas dan ikhsan terhadap nasib malang yang menimpa orang lain!
Manusia semakin kejam di Akhir Zaman ini. Ini semua berpunca dari kelemahan pihak pemerintah Kerajaan Malaysia dan Kesultanan Melayu yang masih terus menjadi hamba pihak Kolonial British yang merangkakan Perlembagaan Persekutuan mengikut acuan mereka sehingga Hukum Syarak dan Syariah Allah hanya sekadar menjadi perhiasan semata mata di Mamluk al Malaisie ini.
Hukum hudud patut dilaksanakan terhadap para penjenayah seperti ini. Malangnya kita mempunyai Menteri Dalam Negeri yang hanya tahu memberi amaran demi amaran,demi amaran,demi amaran dengan tak sudah sudahnya sehingga ramai yang sudah naik tocang dengan kedayusan menteri ini!
Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia silap besar melantik sepupu beliau untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri ini.
Sepatutnya PM melantik menteri yang berani kerana benar dan tidak terhegeh hegeh tersengih sengih tak sudah bagaikan kerang mati!
Macamanalah puak Hindraf tak berani mengadakan protes itu ini saban waktu? Menteri KDN ternyata hanya mampu bagi amaran tak sudah sudah!
Tony Pua juga sudah berani mempertikaikan hal ehwal sulit Angkatan Tentera Malaysia sehingga membuka ruang untuk musuh musuh negara tumpang sekaki mengintip maklumat rahsia sistem pertahanan negara kita.
Andainya Kerajaan Malaysia pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak tidak memperkemaskan jentera keselamatan dan penguatkuasaan undang undang negara kita dengan menukar Menteri Keselamatan Dalam Negeri dengan kadar segera, maka jangan terkejut nanti jika ada puak yang mahu mencuri, merompak, merogol, membunuh sesuka hati mereka!
Iyalah! Pencuri dan perompak serta peragut sudah bermaharajalela sekarang ini sebab Dato Menterinya macam kena sampok dengan Sindrom SiLuncai!
Dok asyik biarkan biarkan!
Menteri KDN patutnya orang yang tegas dan sentiasa menegakkan undang undang tanpa mengira siapa pesalahnya!
Macamanalah pihak pihak yang berkenaan tak mengambil peluang menghuru harakan negara ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan