Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 9 November 2011

DAJJAL dan WAWASAN 2020


Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia (dajal) akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia (dajal) akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertamaseperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. 
Mengikut sesetengah pengkaji konspirasi, hadis tersebut menceritakan bagaimana dajjal mengatur perancangan Sebelum zahirnya beliau kpd khalayak ramai.
Perancangan tersebut dapat di bahagikan kpd 3 fasa : 
FASA 1 : 1000tahun masanya UNTUK dajjal menghancurkan khalifah
FASA 2 : 83 tahun masanya dajjal menerapkan ideology kehidupan tanpa agama atau iman
FASA 3 : 21 tahun untuk memusnahkan pejuang SYAHID
FASA 4 : zahirnya dajjal Di dalam
FASA 1/2 Dajjal, 2 blok kuffar menjadi perancang utama pemusnahan Islam iaitu blok Eropah dan blok Amerika. Misi pertama beliau adalah memusnahkan pemerintahan khalifah Islam seluruh dunia. Tempoh yg diambil hampir 1000tahun bermula dgn kejatuhan Andalusia dan diakhiri dgn Othmaniah pada 1924. Sepanjang kemusnahan khalifah beberapa FITNAH besar dilakukan mereka : 
1.       Memadamkan nama2 tokoh sarjana ISLAM didalam pelbagai cabang pendidikkan dan menggantikan dgn nama sarjana barat dgn tujuan generasi baru Islam/dunia  mengagungkan sarjana mereka.
2.       Pemberontak kpd khalifah dijadikan  idola, contohnya Kamal Attaturk manakala pembela khalifah dilabel Pemberontak
3.       Menukar sistem pemerintahan kepada  Negara Republik atau menggantikan khalifah yg asalkepada yg palsu sepertimana berlaku di Negara Arab ( syarif mekah kpd raja saud)
4.       Pejuang-pejuang yg menentang mereka dilabel pemberontak didalam sejarah
5.       Menghapuskan buku buku sejarah yg asal. Sejarah asal khalifah di hikayatkan
6.       Memperkenal sistem pendidikkan ala Eropah dgn syallabus yg tidak seimbang dunia dan akhirat dan menjadikan rumi sebagai pengantar yg utama. 
7.  Memusnahkan peninggalan umat Islam yg terdahulu
Setelah hancurnya khalifah, fasa kedua iaitu penerapan ideology kehidupan yg baru perlu dilakukan. Penerapan ini penting untuk menghapuskan nilai hidup beragama. Tugas ini di berikan kepada USA. Peralihan ini dilakukan dgn mencetuskan Perang Dunia 1 dan 2 dimana Jepun di jadikan kambing hitam dan USA telah dijadikan hero dunia selepasperistiwa pengeboman atom di Hiroshima dan Nagasaki.
Dgn alasan keamanan dunia akibat kekerapan perang dunia, mereka menubuhkan  United Nation(PBB) sedangkan pada hakikatnya penubuhan UN PADA 1945 adalah untuk mewujudkan One World Government. Tidak lama selepas penubuhan UN, Israel berjaya menubuhkan negara haram di Palestine pada 1947 dgn menggunakan mandat UN. 
Disini bermulalah revolusi kepada sistem ekonomi kapitalis, sistem pemerintahan demokrasi dgn fahaman komunisme, marxisme, sekularisme dan materialism menular masuk kedlm system kehidupan masyarakat. 
Dajjal memantau dari masa ke masa keberkesanan revolusi mereka dlm menghancurkan sistem hidup beragama. Dajjal sesungguhnya bencikan semua agama terutamanya Islam. Dajjal telah mengubah banyak agama mengikut nafsu beliau. Dajjal juga tahu di akhir zaman masih wujud puak di dlm Islam yg akan memerangi beliau iaitu panji-panji hitam sepertimana di sabdakan Rasullullah s.a.w.
Beliau tahu panji-panji hitam muncul dari timur ini bakal di ketuai oleh Imam Mahdi berketurunan Rasulullah. Pencarian Imam Mahdi tertumpu di sempadan wilayah Khurasan dan Afghanistan sepertimana disebutkan hadis.
Tentera Islam disini juga adalah tentera yg tak pernah dikalahkan. Mereka terdiri daripada puak Mujahidin dan Taliban. Para tentera Ahzab (USA/FRENCH/ITALI/BRITAIN/AUSTRALIA) berkumpul disitu untuk memerangi tentera Mahdi namun masih gagal hingga kini. Imam Mahdi yg di bantu oleh panji-panji hitam ygg terdiri dari puak bani Hashim, bani Tamim, Harith al Haras merupakan golongan yg sentiasa menjadi rahsia Allah dan dilindungi Allah.
Mereka berada disegenap ceruk wilayah timur dan setengah dari mereka tidak sedar yg mereka adalah diantara tentera panji-panji hitam.
 Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah) 
Mereka bukanlah pemimpin parti politik, pemimpin pertubuhan tetapi mereka adalah manusia yg berjiwa keras seperti kepingan besi sepertimana sabda Rasullullah.
Musuh mereka adalah Sufyani yakni munafikun yg bermuka-muka. 
Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaâI, al-Baihaqi & al-Husin)  Akan
datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim
)
 
New World Order dilancarkan dgn rasminya pada 1991 oleh George H. W. Bush . Untuk memastikan misi NWO berjaya  mereka perlu  menghancurkan panji-panji hitam dgn melancarkan War on Terrosim LALU menjadikan peristiwa 9/11 sebagai pemangkin. Ia dilancarkan sejurus USA mendapat Presiden yg baru George H. W. Bush. Penjajahan terhadap Iraq dan Afghanistan berlaku dan mengetatkan peraturan kpd muslim yg berimejkan muslim sebenar(berjanggut, berserban, berjubah). Pembunuhan org awam dan kanak2 secara semborono membuktikan takutnya mereka kpd kewujudan Imam Mahdi dan panji-panji hitam. 
Bagaimana pula panji-panji hitam dari Nusantara mahu dimusnahkan USA? Dgn melaga-lagakan Indonesia dan Malaysia ternyata gagal mencetuskan pergaduhan. Melaga-lagakan Kampuchea dan Thailand diatas isu kuil purba  PREAH VYAAR juga gagal. Namun mereka sudah meletakkan pengkalan mereka di wilayah ini sebagai badan pengawas. 
Untuk memungkinkan  dunia menyambut superhero yg baru yakni Dajjal, satu lagi Perang Dunia perlu di letuskan. Perang Dunia ke3. yg melewati setiap kampong, yg mematikan 99 dari setiap 100 jiwa, Jiwa yg hidup hanya 1/3, memusnahkan secara total tamaddunMODEN.
Adakah akan wujud Perang dunia ke3 sebelum datangnya 2020.?
Akibat WW3 manusia kelaparan, iklim dunia berkecamuk, dunia rosak, hujan tidak bermanfaat akibat keracunan. Itulah bahana ledakkan Nuklear. DIwaktu inilah Dajjal akan muncul sebagai superhero membawa makanan dan minuman dan mengaku dirinya tuhan.Adakah perancangan Dajjal untuk muncul mengaku sebagai Tuhan dan menjadi ketua kaum Yahudi di Baitulmuqaddis akan berjaya ? Takdir menetapkan TIDAK.
 3 fasa yg di atur Dajjal sejak kemangkatan Rasullulah bermula dgn kehancuran pemerintahan  khalifah, penerapan ideology baru manusia dan peperangan terhadap pengganas perlu difahami dgn jelas.  Demokrasi bukanlah titik noktah kepada kebangkitan pejuang Islam. Demokrasi adalah sistem yg mudah diekploitasi. Demokrasi lebih banyak mencetuskan  “semangat” dari ”kefahaman”. 
Setelah kewafatan Rasulullah saw, kehidupan sahabat selepas itu banyak berkisar dgn hadis beliau. Mereka berlumba-lumba utk menjadi org yg disebut oleh  hadis nabi. Contohnya mereka berlumba lumba utk menjadi sebaik-baik tentera menurut hadis utkmereka yg menawan Konstantinaple. Bagaimana dgn kita ? Hadis2 sudah memberi pengiktirafan kepada panji-panji hitam. Cukupkah dengan hanya sekadar berdoa? 
2021
21 YEARS
2000 – WAR ON TERRORISM(PHASE3)
83 YEARS
1914-1918- WORLD WAR 1 (PHASE2)
1917 – END OF AHLUL BAIT RULE MEKAH
1000 YEARS
900 – WAR ON CALIPHATES (PHASE1)

Tiada ulasan: