Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 7 November 2011

Kaji Semula dasar Automotif & Perumahan Atau Ubah Kerajaan.



Dasar kerajaan banyak menyusahkan rakyat dalam semua segi terutama dari sudut kenderaaan dan perumahan... pendapatan yang semakin mengecil walaupun PM DS najib mencanangkan negara berpendapatan tinggi namun hutang isi rumah meningkat akibat peningkatan harga kenderaan dan rumah muktahir ni... dua perkara ini menjadi aset wajib bila melangkah ke bidang pekerjaan.

Ini bukan soal siapa sokong parti mana... tapi keadaan semasa menuntut perubahan yang drastik terutama akibat dasar yang tidak sesuai yang perlu dikaji semula,soal patriotik atau tidak bukan soal pokok tetapi adakah kita mahu mengenepikan soal hutang yang terlampau membebankan dek kerana soal patriotik yang tak membawa kita kemana-mana pun malah amat menyusahkan kita dekad ini... bukan mahu mengutuk atau memperkecilkan syarikat kenderaan nasional tapi sampai bila mahu berada dibawah ketiak kerajaan. 

Natijahnya, syarikat lindungan kerajaan ini tidak bersaing secara sihat dan teknologi jauh ketinggalan dibandingkan dengan syarikat luar yang kerajaannya tidak melindungi mereka .kalo kita boleh membuka kuota bumiputera kepada bukan bumipuitera melalui  meritokrasi dalam pelbagai bidang pendidikan(kemasukan ke Universiti,Biasiswa Jpa dan sebagainya), Pemansuhan jabatan yang menyalurkan bantuan perniagaan kpd bumiputera dan sebagainya, Kalo kita boleh memperuntukkan Koridor Wilayah kepada warga asing untuk berniaga di sana, maka sudah sampai masanya proton dan produa perlu keluar dari kepompong kerajaan yang terlampau selesa sekarang,berilah rakyat kuasa untuk memilih dan yang penting rakyat marhein merasai kenderaan pada harga mampu milik.

Apalah gunanya melaungkan negara berpendapatan tinggi walhal hutang pun naik serentak,kuasa membeli makin mengecil dan menghimpit kita. Kalo kita boleh berteriak mentranformasikan pelbagai sistem yang mensasarkan kaum bumiputra membuka pintu kpd bukan bumiputera apalah sangat kita juga memberi rakyat kemudahan yang sewajarnya sebagai ganti kuota itu dan ini dimansuhkan. Kalau ini pun gagal, maka nampaklah bukan kerajaan mengutamakan rakyat tapi kerajaan adalah kerajaan untuk syarikat swasta atau apa?

Sekiranya,dasar ini masih diteruskan juga.maka sudah sampai masanya kita perlu memtransformasikan kerajaan yang lebih prihatin permasalahan rakyat. Pendek kata dasar tak berubah maka ubahkan kerajaan sebelum parah.

Undi untuk Dasar diubah PRU13 adalah referendum tepat.Hidup Rakyat!hidup rakyat!