Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 5 November 2011

Perutusan Aidil Adha





Selamat meraikan Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam, sesunguhnya hari raya bagi umat Islam, bukan sahaja makan minum dan berpakaian, tetapi lebih istimewa ia berkait dengan ibadah penting dan peristiwa besar kepada umat Islam.
Kita baru sahaja berhari raya sempena ibadah puasa Ramadan yang besar hikmat dan fadilatnya, serta peristiwa Nuzul al-Quran dan perjuangan besar seperti Badar dan lain-lain yang memberi kemenangan kepada umat Islam.
Sekarang kita menyambut hari raya yang berkait dengan ibadah haji dan peristiharan al-Quran disempurnakan, seterusnya peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang ikhlas beribadah hanya kepada Allah dan menentang syirik, walaupun ianya didukung oleh kuasa besar dunia paling kaya, kuat dan zalim di zamannya, akhirnya Allah memberi kemenangan kepada Islam.
Peristiwa ini dihayati pula oleh kalangan Ansar (para sahabat) dari Madinah yang berbai’ah di Aqabah dalam musim haji, menyatakan keimanan, kesetiaan dan bersedia untuk berkorban apa sahaja bagi menegak dan mempertahankan Islam di tengah kuasa-kuasa besar dunia dan seluruh dunia di zamannya. Akhirnya mencapai kemenangan dan Islam menjadi kuasa besar tunggal yang memimpin dunia dengan adil.
Marilah kita hayati Hari Raya Aidil Adha ini dengan mengambil iktibar daripada petunjuk di atas, demi kemenangan dunia dan akhirat....