Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 21 November 2011

Pemuda Perlu Aktifkan Akaun Facebook Dan Twitter DEMI ISLAM

 Laman Sosial Facebook (Linknya ) dan Twitter (linknya ) memang sudah tidak asing lagi dikalangan pemuda hari ini. Mereka menggunakannya dan menganggapnya suatu hiburan tetapi ada dikalangan mereka menggunakan laman tersebut untuk menyebarkan dakwah Islam yang dibawa oleh junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Walaubagaimanapun, pendakwah seharusnya menjadikan laman tersebut sebaik mungkin untuk berdakwah dan menyebarkan ajaran Islam apalagi kepada mereka yang bercita-cita untuk menegakkan Islam di Negara ini..
Ini kerana kita perlu menghargai nik’mat teknologi dan ilmu yang kemuncak yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Bukan sahaja pendakwah, bahkan pemuda dan sesiapa sahaja seharusnya mengaktifkan Facebook dan Twitter sebagai media baru bagi penyebaran maklumat khususnya menjelang PRU13.
Setiap individu seharusnya mengaktikan satu akaun Facebook dan satu akaun Twitter seterusnya menggunakannya sebaik mungkin untuk meninggikan agama yang kita cintai. Ketahuilah musus-musuh Islam terlebih dahulu menggunakannya untuk merosakkan umat islam. Sebagai seorang muslim, wajib bagi kita menggunakan senjata yang telah digunakan oleh musuh untuk memburu musuh yang ada di hadapan kita. Rasulullah s.a.w pernah menyatakan bahawa “ peperangan itu suatu tipu daya “. Maka kita perlu bijak dan proaktif apabila berdepan dengan musuh.
Kita perlu menyedari dan memahami jatuhnya kerajaan rejim Hosni Mubarak di Mesir adalah kerana pemuda-pemuda mereka yang menggunakan internet atau IT sebaik mungkin terutamanya Facebook yang menjadi kegilaan remaja hari ini. Bahkan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan juga menyatakan kepentingan kita mengaktifkan facebook dan twitter demi menyebarkan Islam. Kebangkitan Islam seluruh dunia hari ini adalah kerana tersebarnya maklumat dengan cepat yang tidak dapat disekat oleh sesiapa termasuk musuh-musuh islam.
Laman seperti ini tidak wujud dizaman Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun, kita jangan melupai hadis Nabi s.a.w yang menyatakan “kebijaksanaan adalah barang tercicir umat islam, di mana sahaja kamu jumpa kamu mesti mengambilnya”. Ini menunjukkan bahawa, semua perkara dan ilmu wajib kita mengambilnya meskipun datang daripada orang bukan Islam.
Bahkan jika dilihat zaman khalifah islam, mereka banyak membuat perubahan walaupun perkara itu tidak dilaksanakan oleh baginda s.a.w. Sebagai contoh Muawiyah yang mewujudkan bala tentera laut yang tidak pernah dibuat sebelum itu. Harun al-Rasyid mewujudkan perpustakaan di zaman Abbasiah yang menjadi pusat pengumpulan dan penterjemahan ilmu kepada umat Islam. Hari ini, semua maklumat diwujudkan secara ‘online’ dan semuanya berada dihujung jari.
Tidakkan kita mengetahui bahawa penulisan akan kekal dan kata-kata atau percakapan akan hilang. Justeru, bagi pihak Pemuda Pas Dun Chukai menyeru sekali lagi supaya semua pemuda khususnya dan semua individu secara umum perlu mengaktifkan akaun facebook dan twitter masing-masing bagi yang tidak mengambil cakna perkara ini sebelum ini.
Bagi mereka yang telah wujud akaun mereka seharusnya bergiat aktif dalam menyebarkan maklumat apalagi menyebarkan risalah Islam. Sabda Nabi “sampaikan daripada aku walaupun satu ayat” menunjukkan kepada kita pentingnya kita mengaktifkan perkara yang memberi manfaat kepada umat Islam.
Oleh sebab itu, kita dapat melihat ulama-ulama Islam yang dikenali dengan ulama moden menulis dengan banyak samada menghasilkan buku-buku termasuk secara 'online' , mencipta blog dan sebagainya demi menyebarkan islam lebih-lebih lagi mempunyai matlamat menegakkan islam. Selamat Berjuang ....

Tiada ulasan: