Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 2 November 2011

Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia

Majlis Raja-raja merupakan badan rasmi dan merupakan kedudukan tertinggi di malaysia. majlis ini mempunyai ahli terdiri dari 9 sultan dan 4 YDP Negeri. Antara tugas Majlis Raja-raja adalah:

Memilih YDPA,Perbincangan isu-isu berkaitan budaya dan adat Islam - bagi semenanjung Malaysia, Memberikan persetujuan / atau tidak berkenaan perkara-perkara yang memerlukan persetujuan Majlis raja-raja, dan Mencadangkan polisi kebangsaan bagi pembangunan Malaysia.



Majlis Raja-raja Mesti di rujuk sebelum YDPA memberi persetujuan bagi pelantikan berikut (atas nasihat PM):
Pelantikan Hakim Besar, dua Ketua Hakim,

Hakim Mahkamah Persekutuan, dan Hakim Mahkamah Tinggi;
Pelantikan Juruaudit Negara; dan
Pelantikan suruhanjaya bebas.

YDPA adalah Ketua Negara. Baginda merupakan komponen utama Parlimen Malaysia. Tempoh pusingan menjadi YDPA - 5 tahun. Setiap Raja Melayu berhak dilantik kecuali Baginda tidak mencapai umur yang sepatutnya, Baginda tidak ingin dilantik sebagai YDPA, dan Baginda berniat untuk dikecualikan disebabkan sebab-sebab kesihatan. Cara Pemilihan YDPA: Hanya Sultan yang boleh dilantik dan hanya Sultan yang boleh mengundi (yang bermaksud - YDP Negeri tidak boleh mengundi). Pemilihan berdasarkan pusingan. Sultan boleh melantik proksi (dari negeri baginda) untuk tujuan pelantikan. Institusi YDPA hanya diamalkan selepas kemerdekaan.

Konsep Pengasingan Kuasa antara tiga badan; eksekutif, legislatif, dan kehakiman bertujuan mengelakkan mana-mana pihak dari mempunyai kuasa mutlak untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

Eksekutif Diketuai oleh Perdana Menteri (PM). PM dilantik oleh YDPA untuk mengetuai kerajaan dan parti yang mendapat majoriti di Parlimen. PM mempunyai kuasa mencalonkan ahli kabinet kepada YDPA.
Semua urusan kerajaan sebenarnya dilakukan dengan nama YDPA (dalam menjalankan tugas-tugas eksekutif baginda) atas nasihat PM atau ahli kabinet. Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan tugas-tugas eksekutif yang dipegang oleh YDPA. Polisi kabinet dijalankan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan. ia Diketuai oleh PM dan terdiri daripada Menteri-menteri. Jemaah Menteri Bertanggungjawab secara bersama ke atas semua keputusan yang dibuat oleh kabinet.

Legislatif berfungsi untuk menggubal, meminda dan memansuhkan/ membatal undang-undang. Proses perundangan - dijalankan oleh: Parlimen (peringkat persekutuan); dan DUN (peringkat negeri). Kedua-duanya boleh menggubal tetapi kuasa tidak mutlak - hanya bagi perkara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan persekutuan.

Dewan negara: Per 45 - Komposisi DN (70 ahli). 26 dipilih (2 dari setiap 13 negeri), 44 dilantik oleh YDPA. Tempoh pelantikan - 3 tahun (maksimum dua penggal). Senator biasanya dilantik dari golongan yang memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau wakil dari kumpulan minoriti.

Dewan rakyat: Per 46 - 222 ahli - 2010. Terdiri daripada:
i) 166 - Semenanjung, WP KL, Labuan dan Putrajaya
ii) 31 - Sarawak
iii) 25 - Sabah

Ahli DR dipilih semasa pilihan raya.

Fungsi Parlimen: Kuasa perundangan (Per 66 - 68 PP) Mengenakan cukai-cukai baru dan tambahan , Meluluskan bajet kebangsaan, Badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan juga forum untuk kritikan dan menumpukan pendapat awam tentang isu-isu nasional. Keistimewaan Parlimen - terpakai kepada kedua-dua ahli dewan parlimen. Kedua dewan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang sendiri, mempunyai prosedur dan kuasa sendiri yang tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah undang-undang. Ahli dikecualikan dari tindakan sivil atau jenayah bagi apa yang dinyatakan dalam Dewan.

Kuasa menggubal undang-undang boleh datang dari DR atau DN. ia mesti dimulakan dari mana-mana Dewan, kecuali rang undang-undang berkaitan kewangan, mesti dari DR. Setiap rang undang-undang perlu melalui 4 peringkat: Bacaan Pertama, Bacaan Kedua ,Perbincangan diperingkat Jawatankuasa ,Bacaan Ketiga. Selepas itu, mesti dibaca di Dewan satu lagi, sekiranya diluluskan, akan dibentangkan kepada YDPA untuk mendapat persetujuan. jika diluluskan akan digazet sebagai undang-undang di Gazet Kerajaan.

Kehakiman Merujuk kepada Hakim-hakim dalam sistem perlembagaan
Hakim - diberi kuasa untuk mentafsir dan melaksanakan undang-undang.
Mahkamah mempunyai kuasa dalam eksekutif dan legislatif kerana:
Mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan negara;
Mempunyai kuasa mentafsir undang-undang negara;
Mengisytiharkan undang-undang bertulis bagi persekutuan dan negeri; dan
Mengisytiharkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah.

Undang-undang yang dibuat oleh hakim dan badan eksekutif adalah berkait di mana eksekutif menggubal undang-undang dan mahkamah melaksanakan undang-undang berkenaan.
Mahkamah boleh mentafsir dan mengisytiharkan bahawa undang-undang tidak sah tetapi tidak boleh meminda undang-undang berkenaan.
Kuasa untuk meminda terletak pada eksekutif/ parlimen sahaja.



Mengapa kehakiman dianggap badan yang bebas?

Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi. selepas dilantik tidak boleh dilucutkan jawatan sebelum persaraan. Gaji hakim dibayar oleh Parlimen. Gaji dan terma kontrak yang lain tidak boleh diubah. Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan di Parlimen kecuali dibangkitkan oleh lebih dari ¼ ahli dewan. Hakim dilantik oleh YDPA. Pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya - PM perlu merujuk kepada Ketua Hakim dan dua Hakim Mahkamah Tinggi. Pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak - PM perlu merujuk kepada Ketua Menteri Sabah dan Sarawak. Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan - PM perlu merujuk kepada 2 Hakim Besar.

Pelantikan Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret Kelas Pertama:
WP - oleh YDPA melalui cadangan Hakim Besar
negeri lain - Sultan/ YDP Negeri melalui cadangan Hakim Besar

Majistret Kelas Kedua:
WP - YDPA
negeri lain - Sultan/ YDP Negeri

Per 43 - YDPA akan melantik Jemaah Menteri (Cabinet of Ministers) untuk membantu baginda dalam pentadbiran negara.
Jemaah meneteri diketuai oleh PM dan terdiri daripada Menteri lain (30 ahli kabinet) . Ia dibentuk dari parti yang mendapat majoriti dalam pilihan raya umum. Pelantikan PM, TPM, Menteri dan Timbalan Menteri mestilah dipersetujui oleh YDPA.

Agensi Kerajaan boleh dibahagikan kepada Agensi Pusat dan Agensi Pelaksana.
Fungsi Agensi Pusat adalah menggubal dan merancang polisi ekonomi,menentukan peruntukan bajet (perbelanjaan) ,menyelaras, mengawal dan membantu agensi pelaksana.

Fungsi agensi Pelaksana adalah melaksanakan arahan kerajaan;
Melaksanakan projek pembangunan; dan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk kegunaan orang ramai.

Jabatan PM merupakan Jabatan paling penting - mempunyai banyak agensi pusat
Fungsi Jabatan adalah merancang dan menyelaras polisi kebangsaan dan menentukan polisi kerajaan dan memastikan kelancarannya dan operasi yang efisyen melalui Kementerian


Terdapat banyak agensi di bawah Jabatan PM
Majlis Perancangan Negara
Majlis Pembangunan Negara
Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Peguam Negara
Jabatan Audit Negara
Agensi Pencegahan Rasuah
Jabatan Waqf, Zakat dan Haji
Biro Bantuan Guaman
Jabatan Insolvensi Malaysia"
 

Tiada ulasan: