Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 1 Mei 2011

Makin maju, makin ramai guru di Malaysia sakit jiwa


"Apa nak jadi dengan sistem pendidikan atau sistem pelajaran kita? Kita nak kejar apa, SPM 10A, Guru Cemerlang, Sekolah Kluster? Sistem pelajaran makin canggih, tapi guru makin ramai sakit jiwa. Kalau guru dah ramai sakit jiwa, selamat lagikah sekolah-sekolah kita? Itu belum lagi suasana politik negara kita yang semakin lucah, masjid-masjid pula semakin mati jadi macam kubur.

Artikel saya sebelum ini; “Ramai sangat ke guru sakit jiwa, apa sudah jadi sekolah kita” di http://waghih.blogspot.com/2011/03/ramai-sangat-ke-guru-sakit-jiwa-apa.html

Kerja hari Sabtu punca guru marah - NUTP
Kosmo 1 Mei 2011 (Hari Pekerja)
KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presidennya, Hashim Adnan berkata, arahan sedemikian menyebabkan guru merasakan diri mereka dibebani dengan pelbagai aktiviti sehingga mengorbankan waktu dengan ahli keluarga.
"Walaupun kerajaan sudah memberi dua hari Sabtu dalam sebulan sebagai cuti, ada sesetengah guru besar masih memberi arahan bahawa guru-guru perlu hadir ke sekolah pada hari berkenaan.
"Macam-macam aktiviti hendak dibuat ketika hari cuti itu, mesyuarat, latihan dan kadangkala tiada apa-apa pun kena suruh datang sekolah. Itu antara yang buat mereka (guru) marah-marah," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Menurut Hashim, aduan sedemikian diterima NUTP ketika pihaknya mengadakan mesyuarat selain menerima surat daripada guru-guru di seluruh negara.
Menurutnya, ada juga aduan mengatakan sesetengah guru besar membuat ugutan kepada guru yang tidak hadir pada hari Sabtu.
Ramai guru sakit jiwa
Kosmo
Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.
BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.
Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.
Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.
" 

1 ulasan:

l° ~❤Misz Nadea❤~°l berkata...

wow........... entry ni bagus