Lucunya dan tololnya puak UMNO/APCO dan Perkasa bila berlakun dengan memberi amaran kepada pihak tertentu yang kononya hendak menjadi Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Mereka bertempik umpama sang kaldai kononya akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Malaysia tanpa boleh diubah, digugat atau pertikaikan oleh mana-mana pihak.
Persoalanya, benarkah Islam itu agama rasmi Malaysia? Jika benar apa buktinya dan apa keistimewaanya? Pernahkah kita mendengar dimana ratusan ribu orang Melayu anak orang Islam yang telah murtad, keluar dari agama Islam dan menganut agama lain seperti Kristian, Buddha dan Hindu?
Mengapa begitu mudah mereka ini murtad? Dimana Islam dan ketuanya yang dikatakan agama rasmi tadi sehingga tidak mampu menghalangnya?
Malahan terdapat undang-undang yang membenarkan anak orang Islam boleh menganut agama lain apabila umur mereka genap 18 tahun tanpa boleh dihalang oleh keluarga mereka hatta mahkamah syariah sekalipun tidak boleh menghalangnya? Mengapa berlaku begini? Ini adalah kerana Islam adalah agama rasmi!
Pernahkah kita mendengar pihak berkuasa dengan arahan kerajaan UMNO/APCO merobohkan kilang arak, tempat judi dan tempat-tempat pelacuran dan maksiat yang lain? Tetapi amat mudah untuk merobohkan masjid, surau dan Pasti tempat anak-anak dididik dengan ilmu akhlak Islam? Mengapa ini sering berlaku? Ini adalah kerana agama rasmi Malaysia adalah Islam.
Bagaimana pula penahanan pemimpin politik atau seteru UMNO/APCO tanpa sebarang bukti atau dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan? Apa yang terjadi hanyalah bukti rekaan atau palsu, yang pasti mereka ini di "ISA" kan tanpa dapat membela diri sedangkan dalam Islam walau sekecil manapun kesalahan mesti ada bukti dan saksi dan dibicirakan di hadapan hakim untuk diputuskan. Ini antara merupakan satu kezaliman pemerintah terhadap rakyat sedangkan kezaliman dan menyokong kezaliman adalah haram hukumnya dalam Islam, tetapi mengapa ia tetap dilakukan oleh pemerintah UMNO/APCO? Tidak lain kerana Islam adalah agama rasmi Malaysia.
Mengapakah ada ustaz-ustaz atau ulama-ulama yang disekat untuk menyampaikan ilmu-ilmu Allah di masjid atau di surau-surau sedangkan dalam masa yang sama hiburan melampau, pergaulan bebas umpama haiwan, arak dan judi bebas untuk diperolehi, pakaian yang jelas haram di sisi Islam dibiarkan malahan di promosi pula dengan bantuan alat media pemerintah? Ini adalah kerana Islam adalah agama rasmi.
Perasuah, pemfitnah, perogol, pembunuh, penindas, perompak harta negara dan harta rakyat bebas berkeliaran kerana mereka adalah dikalangan penguasa yang punya kuasa dan kroni-kroni mereka sedangkan pihak yang ingin membela rakyat, melindungi rakyat, menjaga harta, akhlak dan aqidah rakyat di tangkap, dipenjara dan diwar-warkan sebagai pengkhianat, penghasut dan pemecahbelah rakyat? Kerana apa? Kerana agama rasmi Malaysia adalah Islam. Kerana negara diperintah oleh manusia dan pemimpin yang benar-benar Islam, tawaduk, warak dan adil! Dahsyat dan hebatnya Malaysia!
Sedarkah wahai semua umat Islam di Malaysia ini? Perhatikan dengan cermat dan fikirkan apa yang disampaikan di atas ini. Jika benarlah Malaysia ini negara Islam, agama rasminya ialah Islam, pemimpin-pemimpinya adalah orang Islam, mengapa semua ini berlaku? Mengapa dan mengapa?
Yang jelasnya ialah, selama ini Islam bukalah agama rasmi negara kita tetapi dikongsi dengan agama Kristian, Buddha dan Hindu.. Malaysia bukanlah negara Islam sebenar dan kita sebenarnya dipimpin oleh golongan munafiq yang berlakun sebagai penganut Islam tetapi hakikat sebenarnya mereka dalang, pengkhianat dan penyesat yang sangat merbahaya.
Sebenarnya jika umat Islam punya aqidah yang kukuh, menghayati ilmu Tauhid dengan sebenarnya yang diambil dari guru yang ikhlas mengajarnya, bukan dari ustaz atau ulama yang berfahaman UMNO/APCO, insyaallah mereka tidak perlu bimbang dan tidak akan terpengaruh dengan agama-agama lain. Kerana yang paling merbahaya dalam negara kita ialah UMNO/APCO yang wajib kita jauhi dan hati-hati bila berhadapan denganya. Kerana agenda puak munafiq ini lebih bahaya dari golongan kafir.
Tinggalkan mereka dan jauhilah UMNO untuk keselamatan dunia dan akhirat demi untuk masa depan anak cucu dan cicit kita serta demi agama dan negara yang tercinta ini. Jangan nanti sampai kita di kuburan menerima caci maki dari keturunan kita angkara durja dan kesilapan kita memilih pemimpin dan jemaah (parti) semasa hidup kita. Segeralah kembali ke pangkal jalan sebelum kita menutup mata, semuga semua amal ibadah kita diterima oleh Allah. Amin.
3 ulasan:
terima kasih untuk info. nak share boleh?
assalammualaikum kawan..nie sy nk bgi pandangan sy la kn, biarpon pemerintah agak terlihat kemunafikannye, kite x boleh salah kn pemerintah 100%..sedangkan zaman rasulullah dulu di madinah, rakyat bebas beragama n agama islam agama rasmi dlm piagam madinah..same mcm perlembagaan malaysia..ianya sebagai cabaran bagi umat islam..agama tak buleh dipaksa..zaman rasulullah la kan, hasil org2 yg bkn agama islam yg da tau x halal pon di ambil untuk tabung negara mase tuh..nie strategy rasullullah..Malaysia pon macam tuh..bagi sy, memang tugas pemimpin tuk pertahankn agama islam sebagai agama rasmi yg ader kt perlembagaan..kite sebagai rakyat sadar lah..da besar boley pikir mane baik n buruk..da tau club tu tmpat maksiat, jgn pegi..depend pd diri la..negara arab negara rasmi islam pon x laksanakan hukum hudud..nie kn Malaysia..sy sayang Malaysia..so, kite kene bersatu..dah la nie ek..nie pengalaman ngn ape yg sy tau la ye..owner jgn marah yew..=)
sesungguhnya golongan yang perlu di perangi adalah golongan musyrik dan munafik itulah golongan yang harus dibersihkan dahulu dari dalam sebelum berhadapan dengan golongaN KAFIR.. sabda rasulullah... selebihnya terpulanglahpada pembaca andaikata masih hendak mempertahankan golongan ini...
Catat Ulasan