Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 19 Oktober 2011

MISTERI KEBANGKITAN ISLAM di AKHIR ZAMAN 1


Assalamualaikum wbt. 

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam,Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w ,ahli keluarganya,kaum kerabatnya,keturunannya,para sahabat baginda,para tabiin-tabiin,para mujadid dan seluruh kaum muslimin.

Artikel kali ini adalah untuk ingat-memperingati di samping kita terus membongkar akan kospirasi dunia hari ini dan agar apa yang telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w 1400 tahun yang lepas akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi amalan buat menghadapi dunia yang kian tua ini.

Sering saja kita melayari 'blog-blog' yang memaparkan berbagai bentuk konspirasi dunia hari ini dan berbagai juga maklumat baru yang diperolehi setiap masa dan hari. Kita juga kerapkali mendengar akan hal Islam hari ini,sebagaimana di Eropah , Sinar Islam semakin menyinari dan telah mendapat tempat di kalangan masyarakat di sana,Pun begitu kita tidak terlepas dari keadaan bahaya yang mengancam Umat islam di mana carta kejatuhan penganut Ugama Islam dan juga carta kejatuhan moral di kalangan Umat Islam terutamanya di negara kita, yakni Malaysia amat membimbangkan. Agaknya bagaimanakah kefahaman Islam di kalangan masyarakat kita hari ini yer ?Sebagaimana yang telah disabdakan oleh baginda Rasul...


Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ," Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit.Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali ". Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Bersambung.........

Tiada ulasan: