Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 11 Oktober 2011

Strategi Kaum Pagan Menuju The New World Order (Part 4)

Bangunan UN di New York

Pengawalan populasi merupakan kaedah asas dalam ritual kaum pagan untuk menyeimbangkan manusia dengan alam, iaitu bumi (Gaia). Pihak Konspirasi yang merupakan pewaris ritual agama pagan kuno (sebab itu disebut juga sebagai Paganis Modern) meneruskan usaha ini demi memelihara Gaia bagi mereka.

Jika kaum pagan kuno seperti suku Aztec, Mesir Kuno, Maya, Kaliyuga, dan Indian Hopi dengan sistem kalender sonarnya meramalkan kehancuran fasa lama pada 31 Disember 2012. Maka kaum pagan moden ini juga menjadikan tanggal tersebut sebagai fasa yang penting bagi sejarah gerakan mereka. Momentum akhir Disember 2012 dijadikan tonggak berakhirnya Pentagon lama dan kemunculan Pentagon baru, dimulainya dengan fasa pengurangan populasi manusia sehingga 93%.

Pengawalan populasi ini sudah diterapkan sejak bertahun-tahun lalu melalui beberapa ujian dan strategi seperti program Keluarga Berencana (KB), yang sampai sekarang ditentang oleh Gereja Katolik. Sikap Gereja bukanlah alasan bahawa program ini seolah-olah cuba melawan takdir Tuhan, namun Gereja yang memang sejak sekian lama menjadi musuh bagi Konspirasi (penumpasan Templar pada tahun 1307), mengetahui taktik licik di sebalik program dunia tersebut.

Strategi pengawalan populasi tidak hanya meliputi di dalam program KB, namun juga terhadap memanipulasi genetik tumbuhan dan haiwan. Dari kaedah inilah istilah-istilah seperti makanan transgenik dan sebagainya muncul dan popular. Ini menyebabkan munculnya penyakit baru yang menyerang manusia. Bahkan kebanyakannya merebak begitu cepat sehinggakan manusia mati tanpa diduga.

Salah satu perkara yang menjadi rahsia kebanyakan pakar kesihatan adalah penggunaan bahan-bahan kimia hasil kajian dan manipulasi genetik yang diletakkan di dalam aneka makanan dan juga tanam-tanaman. Bahan-bahan yang kelihatan kecil dan tidak memberi kesan ini dalam waktu yang lama akan 'berkampung' di dalam tubuh atau di dalam aliran darah. Dalam jangka waktu tertentu, perkara ini akan menjadi penyakit yang sukar untuk disembuhkan. Belum lagi jenis-jenis bahan transgenik lainnya yang mampu menghilangkan fungsi-fungsi utama manusia.

Salah satu forum antarabangsa yang membahas masalah ini adalah pertemuan National Association of Nutrition Professional (NANP- 2005 Conference). Dalam persidangan yang berjudul “Codex and Nutricide’, Dr. Rima Laibow dari Natural Solutions Foundation (sila rujuk di www.HealthFreedomUSA.org) mengatakan, “…mereka yang menguasai makanan akan menguasai dunia… Mereka telah mengatakan pada tahun 1962 bahawa Projek Codex Alimentarius secara global akan dijalankan pada 31 Disember 2009. Projek Dunia ini diarahkan oleh WHO dan FAO, dua lembaga dunia di bawah PBB...”

Lihat ceramah beliau di bawah.


Dalam ceramahnya, Dr. Laibow tiba-tiba menyuruh para hadirin untuk diam seketika. Dia kemudian berkata, “Pada tahun 1994, secara diam-diam, di luar pengetahuan masyarakat Amerika, Codex menyatakan bahawa Gizi pemakanan adalah racun, yang bermaksud berbahaya dan harus dijauhi. Di bawah ketentuan Codex, semua lembu di muka bumi ini WAJIB diinjeksi dengan hormon pertumbuhan yang dikeluarkan oleh Monsanto. Dan lebih jauh lagi, semua haiwan ternakan yang dijadikan sebagai sumber makanan di planet ini harus disuntik bahan anti biotik khusus dan hormon pertumbuhan buatan.”

Dr. Laibow melanjutkan, “Menurut perhitungan WHO dan FAO, jika projek mereka ini terus berjalan lancar, sekitar 3 milion orang akan mati. Iaitu kematian yang sukar dicegah yang disebabkan gizi.”

Jadi siapa yang mampu untuk memeruskan hidup? Dr. Laibow berkata, “Hanya mereka yang kaya, yang mampu mendapatkan gizi dan vitamin dalam makanan mereka yang akan dapat meneruskan hidup.”

Kegusaran ini bukanlah tanpa asas yang kukuh. Ada fakta dan bukti yang sukar dibantah mengenai hal tersebut. PBB sendiri telah mengeluarkan berdozen dokumen rasmi yang meminta pengurangan populasi dunia sehingga 80%. Salah satunya di dalam Konferen Perempuan Sedunia di Beizing (1997), di mana setiausaha FAO dengan tegas mengatakan, “Kami akan menggunakan makanan sebagai senjata melawan masyarakat.”

Dengan kata lain, PBB melalui FAO dan WHO akan mempergunakan makanan, termasuk bahan-bahan yang akan masuk ke dalam tubuh manusia, sebagai sebahagian dari senjata ampuh yang besar dan kompleks, bernama “Pengawalan Populasi”. Digunakan untuk mengurangkan jumlah populasi dunia, seperti yang diamanatkan kaum Pagan Kuno berabad silam lamanya.

Dalam tulisan keenam akan dipaparkan beberapa zat aditifberbahaya yang diletakkan ke dalam bahan makanan dan juga bahan-bahan kesihatan. Namun pihak konspirasi mengatakan zat aditif sangat berguna dan menguntungkan bagi kesihatan tubuh manusia.

Bersambung...

Tiada ulasan: