Para sahabat selepas kewafatan Rasullulah, mengatur hidup mereka dgn belajar/mengkaji hadis2 Rasulullah krnRasullullah bercakap soal takdir/masa depan. Hidup mereka berpaksikan hadis. Mereka mahu membuktikan merekalah orang yg disebutkan didlm hadis.Mereka menjadikan hadis sebagai pedoman dan iltizam untuk kebangkitan Islam kerana mereka yakin dgn setiap kata2 Rasullullah.
Contoh hadis yg menjadi pedoman sahabat utk masa depan
Contoh hadis yg menjadi pedoman sahabat utk masa depan
Maksudnya: “Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas.” (Riwayat Al Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al Uqduddurar fi akhbar Al Muntazar.Dalam Hadis yang lain,
Maksudnya: “Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)
Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut. Tetapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.
Bagaimana pula sikap kita bila membaca hadis di bawah yg juga melibatkan perihal masa depan?
Rasulullah SAW bersabda:Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu,maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulahzaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulahzaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (ImamMahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” (Riwayat Ahmad)
Tuhan telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman. Maka kita sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk membuktikannya sebagaimana para Sahabat dahulu. Antara janji-janji Tuhan dalam jadual-Nya untuk zaman ini seperti berikut:
1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)2.
Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur
Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”
Tidak kisahlah samaada bumi nusantra ini tergolong dlm kelompok dari Timur atau tidak kerana (istilah Timur itu luas) tetapi kita yg tinggal di nusantara perlu membina azam/keyakinan untuk menjadi salah seorang dari golongan tersebut krn Allah sudah berjanji golongan itulah sebaik-baik golongan diakhir zaman. Tidak mahukah kita menjadi sebaik-baik golongan dari pandangan Allah?
Tetapi amat malang apabila umat Islam kini yg mengucap 2 kalimah syahadah menjadikan ilmu dan sarjana barat sebagai asas kehidupan bagi membina masa depan Islam. Dan dikalangan org Islam sendiri tidak mengambil inisiatif untuk mengkaji hadis-hadis bagi mengatur masa depan org Islam sendiri sedangkan mereka mengaku Muhammad itu Rasul mereka. Pengajian hadis hanya tertumpu kpd pengajian Fardhu Ain, sepertimana di ajar/suruh British. Atas alasan itu umat Islam perlu menguasai dan bijak berpolitik. Berpolilitik pula secara Islam bukan mengikut syallabus barat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan