Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 8 Oktober 2011

Mr Cool' Najib akan berpeluh-peluh di bawah bahang pembicaraan Scorpenes Pe



Perdana Menteri Najib Razak, di sebalik membelanjakan beberapa dozen juta wang rakyat mengupah bekas pasukan media Tony Blair untuk menukar imejnya menjadi 'Mr Cool', akan cair di dalam bahang kehangatan mahkamah Perancis.
"Perbincangan makan malam Ops Scorpene di Holborn Uni berlangsung dengan lancar. Peguam Joseph Brehem mengumumkan bahawa hakim instruksi akan dilantik tidak lama lagi," kata pengarah Suaram Cynthia Gabriel di Twitter pada majlis pengumpulan dana di London pada 30 September, yang diikuti di sini.

"Mr Cool akan menghadapi bahang kepanasan tidak lama lagi! 'Legal briefing" Ops Scorpene di Holborn sudah diberitahu yang kes ini akan dibuka tidak lama lagi di Perancis."

Brehem tidak mengecewakan mereka yang datang untuk mendapatkan maklumat terkini tentang soal selidik terhadap syarikat jual-beli senjata api Perancis DCN itu. Menurut Cynthia, 'legal briefing' itu ditayangkan secara langsung dan diikuti dengan teliti oleh rakyat Malaysia di Australia walaupun pada jam yang tidak normal.
Pada tahun 2010, Suaram memfailkan aduan di Paris terhadap DCN, mendakwa mereka memberi wang imbuhan kepada pegawai Malaysia termasuklah Najib untuk memastikan perjanjian. Suaram telah mengadakan beberapa perbincangan makan malam untuk mengumpul dana untuk membawa kes ini ke mahkamah terbuka.
Sistem Inquisitorial
Sekarang, pentas sudah pun siap dan drama yang melibatkan DCN, Najib, rakan karibnya Razak Baginda dan si cantik tetapi tragik Altantuya Shaariibuu akan bermula.
Mahkamah Paris sudah pastinya akan mengikuti sistem perundangan Perancis yang berbeza dengan sistem di Malaysia yang berdasarkan undang-undang British. Di Perancis, hakim instruksi atau hakim penyiasat adalah sebahagian daripada sistem inquisitional yang dipraktik di mahkamah undang-undang Perancis.
Ini adalah sistem perundangan di mana mahkamah atau sebahagian daripada mahkamah terlibat secara aktif dalam penyiasatan kes, berlainan dengan sistem adversarial di mana peranan utama mahkamah adalah sebagai pengadil di antara pihak pendakwa dan pihak pembela. Sistem inquisitional digunakan di negara-negara yang mempunyai sitem perundangan sivil, berlainan dengan sistem perundangan umum.
Ciri-ciri utama sistem inquisitional dalam pengadilan jenayah di Perancis dan mana-mana negara yang menyerupainya adalah fungsi hakim penyiasat (investigating judge). Hakim ini menjalankan penyiasatan terhadap jenayah berat dan persoalan rumit. Objektif hakim bukanlah untuk menjatuhkan hukuman kepada yang dituduh, tetpi untuk menumpul fakta, dan oleh itu adalah tugas mereka untuk melihat sebarang bukti yang melibatkan dan membebaskan.
Sistem pemeriksaan yang bebas ini sudah pasti akan menyusahkan Najib. Dia harus menyertai perbicaraan pada tahun pilihanraya dengan popularitinya yang merudum, UMNO yang berpecah-belah, dan melayani hakim di Perancis yang sibuk dengan kes korupsi dan bunuh!
Penyalah gunaan sistem di Malaysia
Dengan sebegitu berat beban untuk dipikul, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menegaskan kenyataannya bahawa sekiranya pilihanraya dilakukan sekarang - yang dikatakan akan berlaku pada bulan November - gabungan BN yang diketuai oleh UMNO akan kalah pada pilihanraya umum ke-13. Walaupun tidak menyebut kes Scorpene, kes pembunuhan Altantuya dan juga kes sodomi di mana Najib dan isterinya Rosmah dikaitkan, jelas apa yang hendak dikatakan oleh Mahathir ialah Najib sudah menjadi liabiliti untuk UMNO dan BN.
Walaupun dengan syak wasangka daripada Mahathir, Najib mungkin berfikir dia boleh mengawal berita-berita dan maklumat dan perbaiki imejnya. Sudah pasti dia boleh berbuat demikian dengan kes Altyantuya dan Sodomi II di Malaysia, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa dengan kes Scorpene kerana perbicaraan berlaku di Perancis dan di luar jangkauannya. Dan oleh kerana itu dia merupakan sebuah bom-waktu untuk partinya, biarpun dia enggan mengakuinya.
Sodomi II menghubungkan dakwaan yang dia bersekongkol dengan bekas penasihat Anwar, Saiful Bukhari Azlan untuk memfitnah Ketua Pembangkang melakukan sodomi, perbuatan yang melanggar undang-undang di Malaysia, bertujuan untuk mematikan kerjaya politik musuhnya itu. Sememangnya, perhatian adalah terhadap bagaimana mahkamah Malaysia akan meluluskan permohonannya untuk mahkamah tidak megeluarkan perintah untuk Najib dan Rosmah untuk tampil ke mahkamah sebagai saksi dalam perbicaraan tersebut.
Sememangnya, adalah sukar untuk pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyatakan yang Najib bukanlah saksi yang relevan kerana dia pernah bertemu dengan Saiful Bukhari dan malah menasihatkannya untuk membuat laporan polis terhadap Anwar dua hari sebelum Saiful menyatakan dia diliwat sekali lagi oleh Anwar. Seperti mana yang dikatakan oleh peguam Anwar, Najib boleh memberi keterangan mengenai keadaan mental Saiful dan testimoninya adalah sangat penting untuk pembelaan Anwar. Tetapi garis yang memisahkan kehakiman dan eksekutif di Malaysia amatlah kabur berbanding di Perancis.
Samalah dengan kes pembunuhan Altantuya. Penterjemah warga Mongolia yang berumur 28 tahun itu berjalan ke sana-sini dengan Baginda sewaktu perundingan dengan DCN pada awal 2000, dan katanya Najib, yang selaku Menteri Pertahanan pada tahun 2002 telah meluluskan pembelian kapal selam, juga bersama mereka. Altantuya dibunuh oleh dua orang bekas pengawal peribadi Najib pada tahun 2006. Orang tuanya memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap kerajaan Malaysia pada tahun 2007, sementara pengawal peribadi tersebut telah meminta rayuan terhadap hukuman mati mereka.
Walau bagaimanapun, kedua-dua kes itu tetap tenggelam di sebalik pertanyaan di Parlimen tentang status mereka. Alasan demi alasan dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara dan Ketua Hakim, tetapi tidak ramai rakyat Malaysia yang tertipu oleh mereka. Mereka melihat campur tangan dalam kedua-dua kes itu dan tidak sukar untuk kita tahu siapa dalangnya.
Tetapi Perancis di luar genggaman Najib
Tetapi di Perancis, selain daripada mengesahkan sekiranya DCN benar-benar menyogok Najib dan pegawai Malaysia yang lain untuk menjaminkan perjanjian antara mereka, perbicaraan Scorpene berkemungkinan untuk mengungkit butiran kes pembunuhan Altantuya. Ini boleh memberi laluan untuk kes pembunuhan itu untuk dibicara semula.
Tambahan pula, adalah betapa besarnya impak perbicaraan Scorpene ini.
Lingkaran korupsi yang luas dan perjanjian haram di antara firma-firma penjualan senjata dan Kementerian Pertahanan akan didedahkan. Ramai ketua-ketua badan yang berkaitan dengan firma pertahanan, dan juga yang mempunyai jawatan dalam syarikat-syarikat lain, akan dikaitkan.
Ia adalah tali penarik yang akan mengakibatkan sebuah reaksi berantai yang akan menggugat sektor perniagaan dan memaksa perubahan dalam cara kerajaan BN mengkaitkan politik dengan perniagaan-perniagaan besar.
Tidak hairanlah Mahathir begitu yakin yang UMNO akan kalah besar jika pilihanraya diadakan segera!