Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 29 Oktober 2011

Asal Usul Melayu dari Bani Israel? ( 1 )

Img agung9 2.gif




Siapakah “Members of Royal Families” yang mendapat Darjah DKA dari Sultan Perak?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani :

Bersempena dengan sambutan Jubli Perak ke-25 yang lalu, Sultan Azlan Shah telah berkenan mengurniakan satu Pingat Darjah Kebesaran DKA (Degree Of Kinship to the Azlani’s Award).

Siapakah gerangannya orang itu? Mengapakah orang itu tidak hadir? Orang itu yang berada jauh,dari Kepulauan Cyprus,berdekatan dengan Turki telah menghantar anaknya sendiri untuk menerima pengiktirafan itu iaitu Encik Baha’uddin Adil.

Apakah hubungan istimewa antara Sultan Azlan Shah dengan bapa kepada Encik Baha’uddin Adil iaitu Sheikh Muhammad Nazim Adil Al Qubrusi Al-Haqqani?
.
Apakah hubungan istimewa dan kerohanian antara Sultan Azlan dan anakanda baginda dengan Sheikh Nazim ini?

Siapakah Sheikh Nazim ini dan apa kaitannya dengan Raja Ashman anakanda Sultan azlan dan Sultan Brunai ?

Sila lihat betul betul apa yang dititahkan oleh Raja Muda Perak iaitu Raja Dr Nazrin

Apa Pesanan dan kata Sheikh Nazim tentang Perang dunia ke-3
Apakah hubungan antara Kesultanan Turki dan Kesultanan Melayu?

Apakah hubungan antara kebangkitan akhir zaman,Al-Mahdi dan Bangsa Melayu Nusantara dari Timur ?

Wahai Melayu-islam…bersatulah….lupakanlah segala sengketa…Kita sudah tidak punya banyak masa!

Al Mahdi TIDAK AKAN muncul dari bangsa Pathan/Pashtun seperti yang di war-war kan dalam youtube .

Bangsa manakah yang dikatakan “Great Nation” ? .Pada pendapat saya mereka bukan bangsa Pashtun/Pathan. Bangsa yang digelar the “Great Nation” yang akan mengibarkan Bendera Hitam dari Timur itu ialah Bangsa Melayu-Islam dari Nusantara.!!!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Artikel dibawah adalah pendapat peribadi tuan punya blog tersebut iaitu Kumanddie.Pendapat beliau boleh kita baca dan masing-masing boleh membuat pertimbangan sendiri!

Tulis beliau berikutnya…..

“Sebenarnya sebelum perlantikan Imam Mahdi, pada tanggal 10 Ramadan, terdapat 2 gerhana , iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan berlaku serentak. Kejadian tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak akan berlaku lagi selepas itu. Jadi saudara-saudari boleh tunggu satu meteor besar (atau planet) yang akan menutupi bumi dan bulan nanti. Selepas itu baru ada satu suara di Masjid Nabawi yang akan melantik Imam Mahdi.

Mungkin masanya sudah dekat. Yang penting semua jemaah Islamiah dan umat Islam boleh bersatu ketika perlantikan tersebut. Nabi Muhammad saw kata Imam Mahdi berpakaian seperti Bani Israel (yakni sama dengan pakaian Nabi Isa as). Apa yang saya maksudkan dengan pakaian Bani Israel ialah pakaian orang Patan dan Pashtun. Orang kita cakap “kurta”.

Orang Patan dan Pashtun adalah dari keturunan Bani Israel (dari puak Nabi Yusuf a.s.). Selain kurta, Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda bahawa Nabi Isa a.s. pakai serban yg mempunyai 2 ekor (mafhum). Jadi 2 ekor di belakang serban adalah pakaian rasmi bagi Bani Israel.Mengikut kitab Yahudi tua (Book of Mormon), sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang Professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Bani Israel.

Nak periksa betul atau tidak benda nie. Kita kena periksa persamaan antara budaya Melayu dengan budaya Bani Israel:

Pertama adalah gendang. Dalam hadis sahih, ketika Nabi s.a.w. bermesyuarat bagaimana hendak panggil orang sembahyang ketika masuk waktu, salah satu cadangan daripada sahabat r.a. adalah dengan menggunakan gendang. Nabi s.a.w. sabda gendang adalah budaya Bani Israel. Di dalam dunia ini, gendang hanya digunakan di masjid-masjid di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia. Tempat lain tidak ada. Jadi ini semua adalah tempat Bani Israel. Di Eropah pun, synagogue Yahudi tidak pakai gendang. Jadi yang benar-benar amal budaya Bani Israel adalah Afghanistan, Pakistan dan Malaysia.

Kedua adalah songkok. Songkok digunakan oleh Yahudi secara meluas di Eropah. Begitu juga di Russia, Azerbaijan dan Armenia. Ini semua adalah tempat Yahudi. Di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia, umat Islam memakai songkok. Sebenarnya, songkok hanya dipakai oleh kumpulan Bani Israel sahaja.

Ketiga adalah serban 2 ekor. Cuba kita lihat tengkolok dan dasta. Tengkolok adalah ringkasan daripada serban Bani Israel yang mempunyai 2 ekor. Ini berdasarkan kpd serban Nabi Isa a.s. [ lihat semutar orang melayu kelantan ]

Keempat adalah nama tempat. Di NS terdapat satu kawasan bernama Juasseh. Yahudi memanggil Nabi Yusuf a.s. sebagai Jusuf , manakala anaknya bernama Manasseh, yang diringkaskan sebagai Asseh. Jadilah Juasseh. Jadi mungkin ini adalah keturunan sebahagian Melayu Semenanjung. Selain dari itu, dalam kitab Yahudi tua, terdapat perkataan Moron (Maran) dan lain-lain bandar yg hampir serupa bunyinya.

Kelima adalah nama surau. Terdapat di setengah tempat, surau 2 tingkat yg mempunyai madrasah di bawah, dipanggil sebagai Menesah. Jadi Menesah diambil daripada keturunan sebahagian Melayu iaitu Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.).

Keenam. Sekiranya sebahagian Melayu adalah dari keturunan Nabi Yusuf a.s., jadi mesti ada Melayu yang cantik dan tampan. Saya pernah pergi UK. Orang sana cakap Melayu adalah manusia yg paling cantik di dunia. Begitu juga di Australia, 10 tahun dahulu expat Australia cakap Melayu adalah wanita yg paling cantik di dunia. Saya sendiri sudah buat perbandingan, secara peribadi wanita tercantik adalah dari negara Venezuela, Italy , Palestin dan Jordan. Namun setelah saya buat perbandingan, sesetengah wanita Melayu jauh lebih cantik dpd mereka semua. Jadi mungkin terdapat gene Nabi Yusuf a.s. dalam darah sesetengah Melayu. Kerana Nabi Yusuf a.s. adalah manusia yg paling tampan dalam sejarah manusia. Kita boleh lihat ramai wanita cantik di Pasir Mas, Taiping, Seremban dan Kuantan.

Ketujuh adalah baju Melayu. Sekali tengok baju Melayu adalah seakan-akan kurta yg telah dipendekkan. Namun begitu, tujuan saya tulis ini adalah untuk menunjukkan bahawa yg dikatakan sebagai tentera Imam Mahdi adalah dari kalangan Bani Israel, iaitu seramai 70,000 orang. Mungkin terdapat sedikit Melayu dalam barisan tersebut. Sementara dalam kitab Yahudi tua pula, golongan Manasseh bakal sembelih Yahudi jahat di Palestin kelak.Wallahu’alam….

Sekarang saya ingin menghuraikan tentang cerita api masyriq ketika munculnya Imam Mahdi.Kalau Isyraq bermaksud, kedudukan matahari di atas bumi setinggi 2 galah. Maka api masyriq mungkin bermaksud BOM NUKLEAR. Jadi kalau berpandu kepada hadis, maka Iran dan Iraq bakal di bom nuklear selama 3 hari. Ini menyebabkan angin radio aktif berwarna hitam akan bertiup dan bakal membunuh ramai umat manusia. Sungai Furat di Iraq akan naik mungkin disebabkan empangan hidroelektrik pecah ketika berlaku peperangan.Tentera Amerika mungkin menggunakan Turki sebagai base. Setelah mereka mengebom Iraq dan Iran, maka tentera Amerika terus mara dan menakluki Arab Saudi pula. Ketika itu, Arab Saudi sedang mengalami masalah dalaman , iaitu putera-putera Raja sedang berebut harta.

Setelah Iran dan Iraq dibom nuklear. Amerika mengawal 2 negara , iaitu Turki dan Arab Saudi. Ketika ini barulah Imam Mahdi muncul. Tentera Imam Mahdi tidak bersenjata. Tetapi sejumlah 3,000 atau 6,000 malaikat (kalau tak silap) akan membantu tentera tersebut. Tentera Amerika akan tewas di Arab Saudi dan Turki. Israel juga akan lenyap.

Jumlah tentera Imam Mahdi adalah seramai 70,000 orang. Kebanyakannya adalah dari Pakistan dan Malaysia. Kenapa saya kata 2 negara tersebut. Ini berpandu kepada hadis bahawa ramai di kalangan tentera Imam Mahdi adalah dari keturunan Bani Ishaq. Kalau dilihat kepada salasilah keturununan, maka Patan/Pashtun adalah dari keturunan Nabi Yusuf a.s. Sebab itulah Russia dan Amerika menyerang Afghanistan. Mengikut kitab Yahudi, satu lost tribe Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi jahat di Palestin.

Daripada 12 puak Bani Israel, keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Di dalam kitab Yahudi tua pula, golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal sembelih Yahudi jahat di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii. Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip lost tribe). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh pemimipin Yahudi Amerika dan Russia). 4 tahun lalu (kalau tak silap), seorang Professor di USA bernama Ralph Olssen telah membuat hypothesis baru. Pada mulanya Yahudi sangka, Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala Manasseh. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.

Kemudian Prof Ralph Olssen kaji secara mendalam tentang Book of Mormon dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa lost tribe dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal sembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Jadi, bagi pendapat saya, 70,000 tentera Imam Mahdi adalah terdiri daripada orang-orang Pakistan (termasuk Afghanistan) dan Malaysia (termasuk Selatan Thai). Namun yang berada di barisan hadapan adalah orang-orang Melayu.

Satu lagi cerita , setelah kewafatan Imam Mahdi, Nabi Isa a.s. bakal melantik seorang lagi Khalifah Islam. Nama beliau adalah Muqat. Pada pendapat saya, tidak ada orang Arab yang bernama Muqat. Yang paling hampir adalah Megat. Jadi kalau Imam Mahdi bakal memerintah dunia Islam selama 19 tahun, jadi Megat pula bakal memerintah dunia Islam selama 70 tahun selepas itu.

Saya nak tambah sikit. Di alam Melayu ini, bukan puak Nabi Yusof a.s. (Ganu kite cakap Jusoh , mungkin pakai loghat Bani Israel) saje yang ada di sini. Bahkan ada satu lagi puak Bani Israel yang wujud, iaitu Jawi. Mengikut cakap orang tua-tua, semasa kerajaan Champa, telah wujud satu lagi puak Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Jawi (Levi). Ketika itu mana-mana orang Melayu yang menganut agama Nabi Ibrahim a.s. digelar sebagai “masuk Jawi”. Jadi mereka ini dikenakan berkhatan sebagai tanda kemasukan ke agama Nabi Ibrahim a.s. . Levi adalah salah seorang anak kepada Nabi Yaakob a.s., sama macam Nabi Yusof a.s. . Levi merupakan ketua kepada seluruh Ulama’ agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel ketika itu.

Perlu diingat , puak Manasseh yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu pada 600 BC bukannya beragama Nabi Musa a.s. . Bahkan mereka adalah beragama Nabi Ibrahim a.s. juga, sama macam keturunan Jawi (Levi) yang berada di Champa sebelum itu. Ini kerana Book of Mormon adalah kitab tentang agama Nabi Ibrahim a.s. dan bukannya agama Nabi Musa a.s. . Sesetengah orang-orang tua mengatakan bahawa kaum Jawi adalah bangsa Jawa sekarang. Kalau dilihat dari segi air muka, mungkin ada kebenarannya. Namun begitu tiada ujian DNA pernah dilakukan bagi tujuan pengesahan. Namun, sekiranya dakwaan ini benar, maka Jawa akan berada di barisan tengah di dalam pasukan tentera Imam Mahdi. Jadi ini tidak bersalahan dengan hadis Nabi s.a.w. bahawa , tentera Imam Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak.

Satu lagi, mengikut saintis, satu planet bernama Nibiru, akan muncul pada tahun 2012. Mungkin planet ini yang menyebabkan terjadi 2 gerhana serentak pada awal Ramadan .

Sebenarnya , saya hendak tambah sedikit cerita tentang Jawi. Pemahaman Arab tentang Bani Jawi yang merujuk kepada Melayu adalah sedikit tersasar. Di alam Melayu , Jawi merujuk kepada agama Nabi Ibrahim a.s.. Bani Jawi yang menjadi rujukan Arab sebenarnya bermaksud keturunan Keturah.

Siapakah Keturah???

Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. . Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa. Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak.

Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan Mala (nama bangsa asas Keturah iaitu Mala/Mon) , dan sementara Yur pula diambil dari nama tempat asal-usul Nabi Ibrahim a.s. , iaitu berhampiran dengan kota Babylon.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Yahudi tua. Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa.

Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.. Jawi sebenarnya adalah Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. . Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala/Mon . Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala/Mon. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala/Mon. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a .Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah lebih bijak dan segak, ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor dan Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. .Namun Mala/Mon bukanlah bangsa asal. Mala/Mon adalah daripada bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah berhampiran dengan Laut Hitam.

Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang Arkeologist Eropah di sekitar tahun 1830an lagi (lama tu). Maka , ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak , atau bermaksud 22 bangsa asas (kalau tak silap saya). Jadi Nabi Adam a.s. telah ajarkan 22 jenis bahasa kepada kesemua 44 orang anak beliau, berdasarkan kepada jenis bangsa tersebut.Jadi , apa yang saya hendak tegaskan disini ialah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan Bani Ishak yang menjadi tentera Imam Mahdi adalah merupakan anak-anak Keturah (orang Islam Asia Tenggara), dan juga Bani Israel yang beragama Islam (mungkin keturunan Nabi Yusuf a.s. iaitu dari Afghanistan, Pakistan dan Tanah Melayu).

Jika kita lihat hadis Nabi s.a.w., maka kita akan dapati cerita akhir zaman hanya berkisar di kalangan keturunan Nabi Ibrahim a.s. . Persoalan sekarang adalah kenapa ALLAH melantik tentera Imam Mahdi di kalangan Bani Ishak???Ini adalah kerana sewaktu dunia akhir zaman, keturunan Nabi Ibrahim a.s. di pandang hina malah disamakan dengan Iblis laknatullah alaihi , terutama sekali di sebelah Bani Israel. Contohnya adalah Dajjal laknatullah alaihi, Yahudi jahat, Freemason, Illuminati, dan sebagainya. Ini semua telah memburukkan nama baik Nabi Ibrahim a.s. .

Namun begitu di dalam al-Quran , ada terpampang tentang doa khusus Nabi Ibrahim a.s. untuk keturunannya , iaitu beliau meminta ALLAH menjadikan keturunan Nabi Ibrahim a.s. sebagai golongan yang mendirikan sembahyang , terus-menerus sehingga Hari Kiamat. Jadi kemunculan tentera Imam Mahdi adalah untuk memadamkan salah faham tentang keturunan Nabi Ibrahim a.s., yakni di kalangan Bani Israel. Mungkin ALLAH ingin menunjukkan kepada hambaNYA bahawa ada keturunan Bani Ishak (termasuk Bani Israel) yang terus-menerus mendapat hidayat daripada ALLAH SWT.

Ada sesetengah ulama ada mengatakan terdapat lebih 60 buah kubur Sahabat Nabi s.a.w. yang tertanam di kawasan Malaysia-Indonesia. Maksudnya kita masih belum putus daripada hidayat ALLAH sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. lagi. Begitu juga Pakistan dan Afghanistan masih belum putus daripada hidayat ALLAH sejak zaman Bani Israel lagi. Mereka juga menganut agama Islam sejak zaman awal Islam lagi.

Untuk menguatkan lagi hubungan antara Bani Ishak dengan anak-anak Keturah , cuba baca kitab Yahudi tua ini :

Genesis 25:1-9

“Then again Abraham took a wife, and her name was Keturah. And she bare him Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And Jokshan begat Sheba, and Dedan. And the sons of Dedan were Asshurim, and Letushim, and Leummim. And the sons of Midian; Ephah, and Epher, and Hanoch, and Abidah, and Eldaah. All these were the children of Keturah. And Abraham gave all that he had unto Isaac. But unto the sons of the concubines, which Abraham had, Abraham gave gifts, and sent them away from Isaac his son, while he yet lived, eastward, unto the east country. And these are the days of the years of Abraham’s life which he lived, an hundred threescore and fifteen years. Then Abraham gave up the ghost, and died in a good old age, an old man, and full of years; and was gathered to his people. And his sons Isaac and Ishmael buried him in the cave of Machpelah”

Sebelum wafat, Nabi Ibrahim a.s. telah memberi semua anak-anak beliau melalui perkongsian hidup bersama Keturah kepada Nabi Ishak a.s. . Ini membuktikan bahawa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa tentera Imam Mahdi adalah dikalangan Bani Ishak adalah umat Islam di kalangan Bani Israel dan anak-anak Keturah Yakni Afghanistan, Pakistan, Melayu dan Nusantara.

Pasal nasab Rasulullah s.a.w., kebanyakan nasab keturunan Nabi Muhamad s.a.w. adalah daripada Ali Zainal Abidin , iaitu anak kepada Saidina Hussein r.a. . Keturunan Ali Zainal Abidin merupakan yang ramai sekali di nusantara. Ini termasuk Raja Aceh, Sultan Pahang, Raja Lama Terengganu, Raja Lama Johor, Wali Songo, Sultan Banten, Sultan Cirebon, Sayyid dari Hadramaut, Sharif dari Hadramaut, Sheikh, Syed, Raden, Habib, Wan (Pahang), Wan (Terengganu), Megat, Meor, Tengku (Johor), Tengku (Pahang), Tengku (Terengganu), dan seumpamanya. Walaupun mereka juga keturunan pendakwah., namun ini semua bukan keturunan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bakal menjadi Imam Mahdi.

Yang bakal menjadi Imam Mahdi mestilah daripada keturunan Saidina Hasan r.a. . Setelah saya meneliti, maka keturunan Saidina Hasan r.a. adalah daripada Ali Nurul Alam, iaitu bangsawan Majapahit yang mentadbir Kelantan Lama. Keturunan tersebut adalah terdiri daripada Wan (kedua-dua Wan di Kelantan dan Wan di Acheh), Nik, Long dan Pangeran (Brunei). Inilah keturunan pendakwah yang ada kemungkinan merupakan gene yang dipunyai oleh Imam Mahdi.

Satu perkara yang perlu diingat, Imam Mahdi tidak pernah mengaku bahawa beliau adalah bakal Imam Mahdi. Hanya Umat Islam yang akan mencari beliau. Mengenai Pemuda Bani Tamim pula, mana-mana Jemaah Islam yang berkiblatkan kepada keluarga Saidina Abu Bakar r.a. ketika waktu ini, pemimpin mereka sebenarnya adalah Pemuda Bani Tamim yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w.. Tanda-tanda Pemuda ini ialah, sekiranya beliau hendak buat satu perhimpunan, maka jumlah Umat Islam yang hadir akan mencecah jutaan orang dari seluruh pelusuk dunia. Ini termasuk dari negara-negara yang tidak popular seperti Nicaragua, Botswana, dan seumpamanya. Saya kira , saya tidak perlu hurai secara detail tentang perkara ini. Anda semua boleh periksa di masjid masing-masing.

Saya ingin huraikan sedikit kenapa saya kata Imam Mahdi mungkin orang di sebelah sini.

Pertamanya , mengikut tertib ALLAH, sekiranya orang yang mulia hendak dibangkitkan, maka keturunannya mestilah di kalangan pendakwah. Sekiranya kita lihat sekarang, keturunan Nabi s.a.w. yang ada di Tanah Arab bukanlah terdiri daripada keturunan pendakwah. Jadi kalau ALLAH hendak membangkitkan manusia mulia, ianya mestilah seorang daripada darah pendakwah. Jadi ahlul bait yang berada di luar Tanah Arab yang sepatutnya menjadi keutamaan di sisi ALLAH. (Namun ini hanyalah pandangan saya yg hina sahaja).

Kedua , mengikut hadis, pengikut Imam Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak. Jadi terdapat dua golongan sahaja dalam kategori ini. Iaitu Bani Israel Muslim dan anak-anak Keturah. Setelah disiasat, hanya puak Nabi Yusuf a.s. sahaja yang dikatakan Bani Israel yang mendapat hidayat untuk menjadi Umat Islam. Mereka adalah Afghanistan, Pakistan dan Tanah Melayu.

Ketiga, yang dikatakan sebagai anak-anak Keturah adalah orang-orang Nusantara iaitu, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei dan seumpamanya. Jadi maksudnya , Imam Mahdi mestilah menguasai bahasa Melayu, bahasa Urdu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Saya kata bahasa Inggeris sebab ada dalam hadis mengatakan bahawa Imam Mahdi akan bersemuka dengan tentera Gentile (Romawi) sebelum Tentera Islam dan Tentera Nasrani berperang. Jadi Imam Mahdi mungkin fasih dalam 4 bahasa.

Saya hendak tambah sedikit, Imam Mahdi mungkin akan menjadi Khalifah Islam selama 19 tahun (ada satu lagi riwayat mengatakan hanya 7 tahun). Namun selepas pemergian beliau, maka Khalifah Islam yang seterusnya bernama MEGAT. Di sini perlu kita ingat. Terdapat 2 jenis Megat dalam negara ini. Satu Megat daripada Tengku. Ini adalah keturunan Syed Zainal Abididn Tun Dagang, iaitu keturunan Nabi s.a.w. , iaitu daripada Saidina Hussein r.a. . Yang satu lagi Megat adalah daripada Bugis Makasar, iaitu keturunan daripada Yemen.

Jadi Khalifah Islam yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah Megat daripada Bugis Makasar, iaitu keturunan daripada pendakwah Yemen. Megat akan menggantikan Imam Mahdi sebagai Khalifah Islam (selepas kewafatan Imam Mahdi) dan akan memerintah selama 70 tahun. Kemudian , 30 tahun selepas kewafatan Megat, maka terdapat seorang lelaki perkasa yang berkulit hitam keturunan Afrika akan menghancurkan seluruh Kaabah. Ketika itu akan muncul binatang yang bernama Dabbatul-Ardh yang boleh berkata-kata seperti manusia, dan akan keluar daripada perut bumi. Ketika itu juga, ALLAH akan matikan ramai orang yang berilmu dan orang beriman. Quran juga akan hilang daripada suhufnya. Waktu itu, mereka yang ada kalimah Tauhid LAILAHAILLALLAH sahaja yang akan mendapat keampunan dan kasih ALLAH.

Tiada ulasan: