Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 14 Oktober 2011

Apakah Bangsa Melayu Berpecah???


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Aku selalu mendengar laungan demi AGAMABANGSA dan TANAH AIR, kita orang-orang Melayu mesti BERSATU. Kalau dulu... orang Melayu menggunakan huruf jawi... Alif (Agama), Ba (Bangsa) dan Ta (Tanah Air)... Hebat orang Melayu ni dalam mencari istilah untuk perjuangan.... Aku amat kagum dengan falsafah perjuangan ni.....

Persoalannya???


Adakah orang-orang Melayu BERPECAH??? Kenapa mereka berpecah???? Aku tercari-cari jawapan dari usia ku remaja sehingga kini, aku digelar OTAI.... he he he

Memang lawak laaa... bila aku memikirkannya sendirian. He he he he....... Apakah Melayu sudah tiada formula yang boleh menyatukan bangsa????? Ya munkin Melayu tidak mempunyai formula tu... Kalau tak ada, kenapa tak kembali kepada formula AGAMA????? Ishhhhhh


Setelah lama aku menelitinya, memikirkannya, mengkajinya... rupa-rupanya formular itu ada dalam solat... Ya... ada di Rukun Solat yang WAJIB di baca oleh setiap individu Islam yang mengerjakan solat seminimanya 17 kali iaitu Surah Al-Fatihah.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١) 
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ
 ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ
 ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ
 غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan)orang-orang yang sesat. (7)”


Dalam surah ini Allah mengajar kita erti SYUKUR, PUJI, PENGABDIAN dan PERMOHONAN. Justeru itu, amat lah malang bagi orang-orang ISLAM yang tidak menghalusi maksud dan perintah sebenar surah ini secara mendalam.

Kenapa alim ulama yang beribu tidak membuat kertas kerja menjadikan surah Ummul Kitab sebagai satu formula penyatuan UMMAH????


Ayat terakhir yang memisahkan dua puak dari setiap suku kaum yang Allah ciptakan dimuka bumi ini samada hendak memilih أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ (jalan-jalan nikmat) atau ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ  (jalan-jalan yang Allah MURKA)…. Kalau kembali bersukur kepada Allah, Tuhan sekelian alam, mengaku menghambakan diri dan memohon kepadaNya… 
Islam lah jalan atau formula yang terbaik… Caranya??? Kembali kepada Islam dan menerima Islam secara TOTAL atau secara Menyeluruh….. 

Sebagai seorang Islam... kesampingkan kepentingan bangsa sebab yang akan menyelamatkan kita ialah Islam... 

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 208
 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً

وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (٢٠٨)
 “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.(208)”


Rasulullah ﷺ bersabda:
لاَ فَضْلَ لِعَرَبِىٍّ عَلَى عَجَمِ إِلاَّ بِتَقْوَى
“Tiada kelebihan bangsa Arab dengan bangsa Ajam (lain-lain) bangsa kecuali TAQWA”

Wahai bangsa ku... kembalilah kepada Islam untuk keselamatan dan kesejahteraan kita semua di dunia dan akhirat... Insya Allah... Janji Allah adalah BENAR.

Ingatlah!!! Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan...... Tinggalkan lah ilmu yang bermunafaat.... anak yang soleh dan bawa lah amal jariah mu mengadap Tuhan Rabbul Jalil...