Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 8 Oktober 2011

Nizar dan masa depan politik Perak



Kenyataan yang dibuat oleh seorang ahli politik bahawa Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa di Perak pada pilihanraya umum yang seterusnya tidak boleh diguna pakai. Terdapat sentimen yang benar-benar tidak memihak kepada pemegang kuasa politik di Perak sekarang. Menurut pemerhati politik, pilihanraya umum di Perak yang seterusnya akan menjadi saksi penting bagi saingan sengit antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN, dan hasilnya ialah PR mengambil alih kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Pakatan Rakyat yang merupakan gabungan DAP, PKR dan PAS telah memenangi pilihanraya di Perak ketika huru-hara politik pada tahun 2008 akan tetapi mereka kehilangan kuasa ketika perampasan kuasa oleh BN pada tahun 2009. Kemelut politik bagi PR ini masih menghantui bukan sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri yang menyerah kalah di dalam Dewan tetapi juga pengundi di Perak.

Kerajaan negeri Perak mempunyai populasi Bumiputera sebanyak 55.74 peratus, Cina 28.77 peratus, India 12.15 peratus dan lain-lain termasuk bukan warganegara 3.44 peratus. Nisbah pengundi adalah beranggaran 6:3:1 masing-masing di kalangan Bumiputera, Cina dan India. Walau bagaimanapun, komposisi perkauman antara pengundi tidak dibahagikan sama rata di antara kawasan bandar dan luar bandar dan di antara majoriti penduduk Bumiputera dan bukan Bumiputera – kelebihan politik yang biasa terdapat di hampir kesemua bahagian di Negara ini untuk memihak kepada kerajaan yang sedia ada.
ADUN PAS dipilih jadi Ketua Menteri
Pada pilihanraya umum 2008 di Perak, DAP telah memenangi 18 kerusi, PKR tujuh dan PAS enam. Walau digabungkan kerusi PKR dan PAS (iaitu 13) masih tidak dapat melebihi jumlah kerusi DAP. Ketiga-tiga parti ini mewakili PR. Walaupun DAP telah memenangi kerusi terbanyak, akan tetapi penggubal undang-undang PAS merupakan wakil yang terpilih untuk menjadi Ketua Menteri. Ketua Menteri yang dilantik tersebut telah menjadi pemimpin yang dikenali ramai dan juga amat berkebolehan. Walau bagaimanapun, kerajaan PR telah jatuh ke tangan BN selepas tiga dari wakil mereka meninggalkan pakatan tersebut untuk menjadi ADUN bebas dan mesra BN. Rakyat Perak rupanya, tidak dapat melupakan bagaimana peliknya kerajaan PR digulingkan setahun selepas memegang kuasa. Di atas sebab ini, pilihanraya umum seterusnya akan menunjukkan persaingan sengit antara BN dan PR di mana terdapat petanda bahawa ia tidak akan memihak kepada BN. Terdapat petunjuk optimistik bahawa PR akan memenangi semula negeri itu dengan majoriti mudah.
Menurut kajian bebas yang baru sahaja dilengkapkan, didapati bahawa 6 dari 10 rakyat Perak masih boleh menerima kerajaan Perak yang sekarang dan selebihnya telah berpecah mengikut siapa yang patut memerintah Perak pada masa akan datang. 9 daripada 10 orang mahukan kerajaan yang stabil dan juga mahukan rakyat untuk mengundi menggunakan peti undi bagi memilih kerajaan pilihan. Menurut mereka, pihak mahkamah tidak sepatutnya membuat keputusan berkenaan hal-hal politik – ia adalah hak rakyat bagi memilih siapa yang sepatutnya dijadikan pemimpin. 52 peratus daripada responden yang dikaji dalam kawasan majoriti Melayu memilih PR bagi membawa perubahan dan 76 peratus daripada responden dalam kawasan majoriti bukan Melayu juga akan membuat pilihan yang sama. Ternyata bahawa Cina, India dan Melayu masih lagi memihak kepada PR untuk menang jika pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa sebelum pertengahan tahun depan. Ini membuktikan bahawa rakyat tidak dapat melupakan kejatuhan politik yang berlaku di Perak pada tahun 2009.
Perpecahan di dalam UMNO
Kajian tersebut juga tidak mempunyai sebarang maklum balas yang baik bagi MIC, PPP, atau Gerakan. Kemungkinannya adalah semua calon MIC, PPP, atau Gerakan yang bakal bertanding di dalam pilihan raya umum akan datang semuanya akan tewas kepada calon PR. Persaingan sengit akan berlaku di antara kerusi-kerusi majoriti Melayu di mana prospek purata 52-48 masih memihak kepada PR. Calon-calon DAP akan memberi kesan yang besar dengan memenangi hampir semua kerusi yang dikawal mereka sekarang. Empat penggubal undang-undang tersebut (2 dari PKR dan 2 dari DAP) yang telah meninggalkan PR akan kehilangan duit deposit mereka jika mereka bertanding lagi. Rakyat sudah tidak mempunyai sebarang kepercayaan terhadap mereka dan sudah pastinya BN tidak akan memilih mereka sebagai calon bagi mewakili parti gabungan BN. Apa yang diramalkan ialah kesemua kerusi yang dipegang mereka pada masa ini akan dimenangi oleh PR pada pilihan raya umum akan datang sama ada kerajaan asal bertanding atau tidak. Inilah senario yang bakal berlaku di Perak jika kajian ini dilakukan untuk mencerminkan sentimen rakyat.
Untuk meyakitkan hati BN lagi, UMNO sedang mengalami perpecahan kuasa di Perak kerana terdapat segelintir ahli parti tersebut yang amat bercita-cita tinggi dan mahu dipilih sebagai calon bagi pilihan raya umum akan datang. Telah dikatakan sesama responden bahawa Pemuda Umno negeri tidak berpuas hati dengan ketua menteri yang sedia ada. Mereka juga berpendapat bahawa ketua menteri tersbut akan digantikan selepas pilihan raya umum akan datang dan tidak akan bertanding bagi kerusi di peringkat negeri. Perebutan dan pertelagahan di antara bakal calon- calon tersebut akan memberi kesan kepada peluang kemenangan UMNO di mana peluang kemenangan sudah nampak tipis bagi mereka. Tiada sebarang inisiatif dari parti UMNO untuk berkempen secara besar-besaran bagi BN kerana mereka sedang menantikan sebarang petanda daripada pemimpin-pemimpin parti bahawa mereka adalah calon yang terpilih. Walaupun seseorang itu ahli politik yang berbakat, menurut kiraan politik, ketua menteri yang sedia ada di Perak tidak akan dapat membendung rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan BN dan ini akan diungkit oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang. Rakyat mempunyai persepsi bahawa PR masih boleh menang walaupun ketua menteri negeri ditukar.
Petanda kurang baik bagi BN
Orang ramai masih mempunyai persepsi bahawa proses demokrasi di Perak telah dirosakkan. Mereka masih berdendam dengan BN kerana rampasan kuasa oleh BN yang menghancurkan kerajaan PR pada tahun 2009. Ditambah lagi dengan beberapa faktor setempat yang dihadapi kerajaan seperti kos sara hidup yang semakin meningkat, jurang pendapatan yang besar antara golongan kaya dan miskin, pengangguran di kalangan graduan dan belia, kekurangan peluang pekerjaan, kemasukan pekerja tanpa izin, kadar jenayah yang tinggi, kekurangan pembangunan dan aliran pelabur, perkhidmatan kesihatan yang lemah dan kekurangan perumahan kos rendah bagi mereka yang kurang bernasib baik. Peminggiran etnik telah membuatkan mereka yang terabai semakin miskin. Majoriti golongan miskin kekal miskin dan negeri itu sendiri digambarkan sebagai mundur berbanding Selangor dan Penang. Mereka menganggap rasuah sebagai endemik dalam kalangan mereka yang berkuasa. Orang-orang luar bandar dan golongan miskin di bandar merasakan bahawa mereka tidak mendapat banyak manfaat sejak pilihan raya umum yang lepas. Ini semua merupakan petanda buruk bagi kerajaan negeri sedia ada.
Pujian bagi Nizar
Anehnya, pertelagahan dan perebutan antara BN dan PR selepas dua ADUN PKR dan satu ADUN DAP menjadi penggubal undang-undang bebas di Perak (Februari 2009) masih lagi segar di ingatan rakyat. Ketua menteri yang sedia ada yang membuat pengorbanan besar kerana telah memasuki pertelagahan pada masa yang salah, sehingga kini belum lagi membuat sebarang kesan yang besar dalam meyakinkan rakyat bagi benar-benar memihak kepada BN. Dan kini, tidak kira sebaik mana beliau cuba untuk memainkan peranan sebagai ketua menteri yang sah bagi rakyat di Perak, beliau masih belum sepenuhnya memenangi hati rakyat. Pada pendapat rakyat, majoriti pengundi mempunyai persepsi bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin sepatutnya menjadi ketua menteri Perak yang sah. Kajian menunjukkan bahawa Nizar masih lagi seorang ahli politik yang disegani.
Tragedi di Perak pada tahun 2009 mempunyai kesan yang mendalam iaitu melahirkan seorang pemimpin politik yang amat berkemampuan di Malaysia dan beliau bernama Nizar. Nizar telah meletakkan dirinya dengan elok pada di dalam politik negara sebagai pemimpin yang dikenali ramai di kalangan semua kaum di negeri ini. Kejatuhan di perak telah meletakkan beliau di dalam perhatian politik negara dan ini juga merupakan petanda yang baik bagi negara. PAS nampaknya mempunyai seorang lagi pemimpin yang boleh diharapkan.
Nizar sebenarnya adalah amat muda berbanding ahli-ahli politik lain yang berpengaruh di negara ini dan beliau mempunyai bersifat tenang dan mempunyai kebijaksanaan yang boleh menjadikan beliau seorang pemimpin yang baik.
Dilatih untuk menjadi jurutera, beliau dikurniakan dengan kecerdasan dan kebijaksanaan. Peranannya sebagai ketua menteri Perak selama hampir setahun telah membuatkan dirinya disukai kebanyakan rakyat Perak dan Malaysia.
Dianggap sebagai tidak gila kuasa, beliau dianggap rakyat sebagai ahli politik yang ikhlas dan sanggup berkhidmat bagi rakyat pada bila-bila masa. Latar belakang agamanya yang kukuh talah menjadikan beliau seorang lelaki yang kukuh prinsipnya. Rakyat dengan sendirinya telah mengesahkan beliau di dalam hati sebagai pemimpin masa hadapan untuk semua rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat juga telah meramalkan bahawa beliau boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kami boleh melihat beliau sebagai pemimpin PAS yang tulen dan bersederhana menerajui kepimpinan negara ke arah kemakmuran masyarakat berbilang kaum dan agama yang diketuai oleh pemimpin Islam yang diterima semua.
Pemimpin bersih diperlukan
Nampaknya, lebih banyak Nizar ditolak di dalam kemelut politik Perak lebih dikenali ramai dirinya – ringkasnya BN telah berjaya mencipta seorang pemimpin kuat PAS yang sebelum kemelut politik Perak ini cumalah seorang lelaki yang biasa di dalam politik. Walaupun beliau berlembut berkenaan nilai-nilai agama yang sederhana dan juda merupakan seorang pemimpin PAS, beliau mempunyai pendekatan yang bijak tentang agama dan politik dan sokongan berterusan yang beliau berikan berkenaan keadilan dan kesaksamaan dari perspektif Islam telah membuatkan PAS dan Islam lebih diterima oleh orang bukan Islam.
Falsafah politik Nizar berdasarkan nilai-nilai universal seperti keadilan untuk semua dan amanah telah memenangi hati rakyat Malaysia. Bagi beliau, pemimpin-pemimpin yang rosak, nepotistik dan dicemari skandal tidak mempunyai tempat di dalam politik Islam. Rakyat kini mencari seorang pemimpin yang "bersih" untuk memimpin mereka. Ini telah menambah nilai kepada kelayakan politik Nizar.
Dididik dengan didikan agama, merendah diri dan bahagia bersama keluarga,bebas skandal yang melibatkan rasuah, nepotisme dan wanita, Nizar adalah lelaki yang telah diramalkan untuk memimpin Perak sekali lagi dan mungkin negara ini satu hari nanti. Ini adalah persepsi kebanyakn rakyat Perak. Tidak dinafikan lagi, beliau mempunyai masa depan yang cerah di dalam politik Malaysia. Seorang poliglot, beliau amat bersahaja dan sederhana, sentiasa didekati dan berkarisma menjadikan beliau pemimpin pilihan di kalangan ramai rakyat Malaysia - tua dan muda.
Penyelidikan yang dijalankan oleh stesen TV tempatan selepas "rampasan kuasa" 2009 Perak menunjukkan bahawa 99 peratus daripada orang yang mengundi mahu pilihan raya baru di negeri Perak. Ini adalah bukti yang cukup bahawa rakyat sudah muak dengan keadaan huru-hara dan perebutan kuasa yang berlaku di negeri ini pada masa itu. Dalam persepsi rakyat, keseluruhan insiden di Perak telah merendahkan imej Polis, Badan Kehakiman dan Perlembagaan - dan ini juga dianggap sebagai tamparan hebat bagi demokrasi di Malaysia. Bottom of Form
Kuasa mutlak di tangan rakyat
Rakyat juga berasa bahawa mereka telah ditipu oleh wakil-wakil mereka. Mereka yang meninggalkan PKR dan DAP untuk menjadi penggubal undang-undang yang mesra BN kini sedang dipandang jijik. Abraham Lincoln (1809-1865) pernah berkata, "Anda boleh menipu sesetengah orang pada sesetengah masa tetapi bukan semua orang pada setiap masa”. Rakyat tidak boleh ditipu lagi oleh mereka yang tidak mengenang budi pada pilihan raya umum akan datang. Rakyat Malaysia, secara zahir, kini telah mempunyai kesedaran bahawa mereka telah ditipu untuk jangka masa yang cukup lama dan kini mereka mempunyai kekuatan mereka dan boleh memutuskan dengan yakin siapa pemimpin mereka yang tidak boleh dinafikan lagi.
Rakyat Malaysia secara amnya kini lebih responsif kepada peristiwa politik di negara ini. Mereka menyedari bahawa kuasa mutlak adalah di tangan rakyat dalam formula menentukan politik negara. Mereka menghargai undang-undang, perlembagaan dan pengekalan demokrasi di Negara ini. Mereka jijik dengan pertelingkahan undang-undang hanya untuk mencari kesahihan dalam politik. Seorang rakyat Perak berkata selepas rampasan kuasa, “Kini semuanya di tangan Ilahi. Rakyat tidak boleh mudah dimanipulasi kali ini. Pihak media boleh bersikap berat sebelah dalam laporan mereka dan lebih banyak mereka taksub dengan pendekatan ini untuk mengelirukan rakyat, rakyat akan menunjukkan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan. Ini telah dibuktikan dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan selepas kejadian di mana pembangkang menang lebih berbanding BN. "
Menjatuhkan BN
Daripada semua pilihan raya kecil, penunjuk terbaik penolakan yang ditunjukkan oleh rakyat untuk BN adalah di kerusi Parlimen Bukit Gantang. Dari ketua menteri hinggalah ke ahli parlimen, ketua menteri Perak yang tersingkir, Nizar (PAS) menang dengan majoriti yang memberangsangkan iaitu 2789 terhadap calon UMNO/BN. Dalam pilihan raya kecil Bukit Selembau pada tahun 2009 menunjukkan S. Manikumar menang dengan majoriti undi 2403 berbanding dengan calon MIC/BN. Ini adalah petanda jelas bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan BN dan kejatuhan di Perak pada tahun 2009 . Orang ramai akhirnya akan menolak BN tidak lama lagi di peringkat kebangsaan, mungkin ke tahap tidak pulang lagi ke gelangggang politik Malaysia.
Persepsi bahawa Polis dan Badan Kehakiman yang disalahgunakan oleh BN membawa kerosakan teruk kepada reputasi BN. Persepsi bahawa politik perkauman adalah permainan yang dipatuhi oleh UMNO dan BN akan terus mendatangkan lebih banyak mudarat kepada reputasi mereka. Nampaknya, rakyat kini telah menetapkan fikiran mereka untuk membawa perubahan. Persepsi mereka adalah terdapat ramai pemimpin lain di luar sana yang lebih cekap untuk memimpin dan membawa kemakmuran kepada rakyat.
Nizar dikurniakan dengan karisma yang tinggi dan amat disukai oleh orang Melayu, Cina dan India. Lemah-lembut, berpendidikan dan meyakinkan, beliau telah memenangi hati rakyat hanya dalam masa yang singkat dalam politik. Pada satu ketika beliau merupakan seorang ahli politik yang teragak-agak, kerana beliau tidak begitu bersemangat untuk jawatan ketua menteri apabila disyorkan oleh pasukan Pakatan Rakyat yang telah menang. Beliau telah dipilih di kalangan beberapa orang lain dalam parti gabungan Pakatan Rakyat untuk mengetuai kerajaan oleh Raja. Dia teragak-agak menerima jawatan itu tetapi kemudiannya membuktikan dirinya menjadi seorang pemimpin yang berkmampuan di dalam proses tersebut. Keperibadiannya bersinar lebih cerah berbanding orang lain semenjak beliau dilantik menjadi ketua menteri Perak selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.
Perbandingan dengan Zambry
Musuhnya, ketua menteri sekarang telah berusaha keras untuk meyakinkan rakyat, tetapi tidak mempunyai karisma seperti beliau dan amatlah berwaspada pada setiap masa. Beliau pernah juga mengalami "penolakan" ketika mendekati rakyat tetapi telah menggunakan strategi bijak kerana beliau memahami sentimen semasa . Ketua menteri yang sedia ada boleh menjadi pemimpin yang baik dengan kesabaran dan keberanian tetapi oleh kerana mencari pertelagahan pada waktu yang salah telah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang sukar. Nizar walaupun telah digulingkan masih lagi kekal berjaya dan nampaknya lebih popular di kalangan kebanyakan rakyat Perak. Walaupun Nizar tidak kembali sebagai ketua menteri, Perak masih boleh diselamatkan daripada BN dengan ketekadan Nizar. Ini adalah persepsi rakyat. Ini juga merupakan ramalan kebanyakan penganalisis politik. Pilihan raya umum akan datang mungkin akan menyaksikan pertembungan PR diketuai oleh Nizar terhadap pasukan BN untuk menuntut takhta politik di Perak.
Oleh itu, untuk mendakwa bahawa BN akan mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang oleh parti BN yang berpemikiran sempit adalah satu strategi politik semata-mata kerana sentimen sebenar mengatakan sebaliknya. Patut diperhatikan bahawa terdapat turun naik di dalam politik. Dalam politik, anda boleh digulingkan sekali tetapi ini tidak bermakna bahawa anda tidak boleh mendapat kembali kuasa, terutamanya apabila rakyat yakin untuk menerima anda lagi bergantung kepada kredibiliti dan pengalaman yang anda telah melalui.