Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 24 Oktober 2011

Raja Melayu Hilang Kuasa Sebab Siapa?


Raja berperlembagaan adalah sebuah kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.[1]. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan. Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kalau mengikut peranan dan keistimewaan yang telah diperuntukan kepada Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Mulia Raja-raja Melayu maka sesiapa yang mempertikaikan atau menentang kelulusan undang-undang negeri yang telah di perkenankan oleh raja atau sultan negeri tersebut seharusnya di patuhi bukannya dihalang dari dilaksanakan.

Bila ada pihak yang mempertikaikan peranan Raja atau Sultan secara tidak langsung sudah menghina raja atau sultan yang memerintah negeri tersebut. Contoh di Kelantan dan Terengganu di mana undang-undang syariah sudah diluluskan dengan perkenan dari sultan mengapa masih ada pihak yang berani menghalang atau mempertikaikan undang-undang tersebut sampai sekarang terhalang. Bukankah ini sama saja menghina raja-raja Melayu? Mengapa tidak ada tindakan diambil keatas pihak yang menghina raja-raja Melayu tersebut?

Adakah disebabkan mereka memegang kuasa di pusat maka mereka bebas dari sebarang tindakan undang-undang tetapi kalau ada pihak yang memberi pandangan berdasar ilmu pengetahuan dan kepakaran beliau dalam bidang perlembagaan maka dengan segera tindakan diambil. Bagaimana pula kalau pihak yang mempertikaikan yang Malaysia tidak pernah dijajah tiada pula sebarang tindakan diambil.

Kita mendesak agar pihak keselamatan dalam negeri dan juga mereka yang bekenaan janganlah bertindak berdasar arahan dan kepentingan politik tertentu tapi biarlah bertindak secara professional. Malaysia sekarang dalam perhatian dunia kerana demokrasi di Malaysia sudah tercemar akibat campur tangan politik kotor yang melampau. Bebaskan Malaysia dari campur tangan orang politik yang kotor dan tidak adil. Semoga rakyat Malaysia dapat menentukan nasib mereka dengan memberi pengajaran kepada mereka yang mengotori amalan demokrasi di Malaysia ini nanti dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat.