Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 10 Oktober 2011

Sayang pada Bahasa Melayu? - Pandangan dari sudut agama



Berdoa dalam bahasa melayu? 'ate'? 'kenapanye'? .. tidakkah kita ingat bahawa kita telah dididik tentang Agama didalam medium Bahasa Melayu? .. bahkan tak semua dapat menghayati apa yang kita doakan itu jikaa tidak memahami apa yang didoakan..... Tajuk post harini! Kenapa Kita Kena sayang bahasa Melayu dari sudut pandangan Agama dan mencari Ilmu

Assalamualaikum,
dalam artikel kalini, saya ingin sentuh satu topik yang mungkin agak 'hangat' kepada beberapa pihak.
Tajuk artikel tulisan saya harini adalah

Kenapa kita kena sayang Bahasa Melayu?

Sebagai salah seorang pelajar jurusan yang berkaitan dengan Bahasa, saya terpanggil untuk menulis tentang perkara ini. Seperti diketahui, diwaktu ini, Bahasa Melayu sudah dilihat sebagai 'bahasa yang kurang dimartabatkan' oleh pengguna2 awal bahasa ini, iaitu Bangsa Melayu. Anak-anak muda diwaktu ini lebih 'memartabatkan' bahasa inggeris berbanding dengan bahasa melayu. jika ini diteruskan, bahasa melayu mungkin akan menerima nasib yang sama seperti tulisan yang dilihat hampir mati diwaktu ini, tulisan Jawi.

Ramai orang-orang bahasa cuba untuk menaikkan bahasa melayu itu kembali, supaya dimartabatkan, dicintai oleh anak2 muda serta banyak lagi, bahkan Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai kempen, salah satunya kempen 'cintailah bahasa kita', 'bahasa jiwa bangsa' dan pelbagai lagi.


Artikel kalini akan melihat dari segi logik akalnya, dan dikaitkan sedikit dengan sedikit pandangan dari Islam, tentang memartabatkan bahasa, dan kenapa kita kena sayang bahasa Melayu, iaitu bahasa Utama di Malaysia.
Artikel ini juga sekadar untuk membuka minda kita yang terlupa betapa berjasanya Bahasa Melayu dalam kehidupan kita dan dalam mencari sinar agama. 'Sila baca sampai habis, jangan main LANGGAR saja' .. hehehe


Klik baca seterusnya untuk teruskan bacaan
Artikel Penuh dan Bergambar di - http://hawauyu.blogspot.com/2011/10/kenapa-kita-kena-sayang-bahasa-melayu.html 
diwaktu perjalanan pulang dari kampung ke universiti baru2 ini, sebuah siaran radio telah menyediakan satu segmen bersama ustaz Kazim Elias, seorang ustaz yang tidak asing lagi didalam dunia dakwah dimalaysia. dan didalam segment tersebut, beliau telah menyentuh tajuk yang kita sedang bincangkan ini, dan beliau membahaskan dengan satu pandangan yang agak menarik. Penulisan saya kalini akan menyentuh dan membincangkan pandangan beliau dan beberapa pandangan lain


jadi
Kenapa kita Kena sayang Bahasa Melayu? - Pandangan islam tentang bahasa dan ilmu


1. Seperti yang kita ketahui, Allah menciptakan segalanya untuk kesenangan makhluk ciptaannya. salah satu ciptaan beliau adalah Bahasa. jadi disini perlulah kita tahu. Bahasa itu Merupakan Ciptaan Allah. semua bahasa merupakan ciptaan beliau untuk memudahkan kita.  bahkan surah pertama yang diturunkan , iaitu surah Al-Alaq, ayat pertama menegaskan tentang Membaca:


A001
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),


A002
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
A003
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -


A004
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -


A005
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.


seperti yang kita boleh lihat, Allah menyeru Umatnya untuk membaca, dan kita tahu, untuk membaca kita memerlukan pengetahuan tentang bahasa tersebut. dan salah satu bahasa yang 'mengajar manusia melalui pena dan tulisan adalah bahasa Melayu'. jadi apa kaitannya dengan islam? akan saya terangkan di point kedua.




oleh itu kita perlu tahu, Kalau kita benci Bahasa, ini bermakna, kita benci ciptaan Allah. maka dengan ini saya tegaskan. Kita kena sayang Bahasa Melayu, iaitu Bahasa kita




2. Tahukah anda, sedar tak sedar, Bahasa Melayu adalah Bahasa yang Banyak membawa manfaat kepada kita?
  • Dengan Bahasa Melayulah kita diajar tentang Agama.
  • Dengan Bahasa Melayulah kita Belajar beribadat.
  • Dengan Bahasa Melayulah kita kenal Al-Quran
  • Dengan Bahasa Melayulah kita kenal apa yang halal apa yang haram.
  • Dan seterusnya, Dengan Bahasa Melayulah, Kita kenal Islam.
Kenapa saya katakan begitu? kerana sejak dari kecil, kita diajar oleh ibu dan baca kita menggunakan bahasa melayu, bahkan Ibu dan Bapa kita mendidik kita tentang Agama dalam Bahasa Melayu.
cuba bayangkan, kita telah dididik dari kecil dalam bahasa melayu, bahkan hanya tahu bahasa melayu sahaja, tiba2 ibu bapa kita mengajar kita tentang Agama dalam bahasa Inggeris, Nepal, India, Cina atau lain2 bahasa. tentulah kita tidak faham apa yang mereka ajarkan.


Bahasa Melayu merupakan Satu Medium Yang mengajar kita tentang Agama!




Bahkan kita belajar tentang ISLAM dalam bahasa melayu, Allah ciptakan bahasa untuk memudahkan kita mengetahui tentang ISLAM.
tidakkah anda perasan bahasa kita 'TAHU' tetang selok belok agama, walaupun tidak banyak, kebanyakkannya DALAM bahasa melayu? - mungkin penambahan apa yang kita tahu ini dapat kita tahu selepas belajar atau mempunyai ilmu tentang Bahasa Lain.
Ceramah2 Agama dimalaysia juga kebanyakkannya dijalankan dalam bahasa Melayu.




jadi? ini merupakan sebab Kita kena sayang dengan Bahasa Melayu, Tanpa Bahasa Melayu, mungkin kita tak tahu tentang agama sebaik yang kita ketahui sekarang.




3. Seperti ramai ustaz2 dan ilmuan tegaskan, Berdoalah didalam bahasa yang anda faham.
ini kerana jika kita berdoa didalam bahasa yang kita paham, barulah kita boleh HAYATI apa yang kita doakan, bahkan dengan itu barulah kita dapat merasakan betapa pentingnya Doa yang kita bacakan pada diri kita.


"Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil."


lebih 'syahdu' rasanya dari








http://ibnrajab.files.wordpress.com/2008/08/adikbradik.jpg?w=470&h=49


kerana kita paham apa yang kita doakan, dan seterusnya kita boleh HAYATI apa yang kita doakan. Ini yang ilmuan dan ustaz2 selalu tegaskan, Barulah IKHLAS apa yang kita doakan jika kita mampu memahami apa yang kita doakan. bahkah berdoa dengan berdoa dengan medium bahasa yang kita ketahui, lebih mudah untuk kita mencapai 'Khusuq' dan 'Ikhlas' didalam doa kita. Tapi anda perlu ingat, tak semua benda kita boleh doakan dalam bahasa kita, ada juga beberapa doa lebih AFDAL didoakan dalam bahasa Arab, iaitu bahasa Al-quran.  ringkasan dibawah.




Imam Nawawi telah menjelaskan perkara yang dibenarkan terjemahan ke bahasa asing di dalam solat, ringkasannya:


1. Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat Al-Quran tidak boleh diterjemahkan ke bahasa lain, kerana akan menghilangkan kemukjizatannya.


2. Lafaz-lafaz yang wajib seperti takbir ihram, tahiyat akhir dan selawatnya dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu menyebut dalam arab dan tidak dibenarkan kepada orang yang mampu.


3. Ucapan-ucapan yang tidak wajib seperti doa-doa ma'thur dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu menyebut dalam arab. Dan tidak dibenarkan kepada orang yang mampu dan terbatal solatnya jika diterjemahkan.


4. Tidak boleh mencipta doa yang tidak ma'thur kemudian disebut dengan bahasa asing dan ini membatalkan solatnya. Tetapi boleh mencipta doa dalam bahasa arab.


5. Zikir-zikir lain seperti tahiyat awal, selawatnya, tasbih rukuk dan sujud, doa qunut dan takbir-takbir perpindahan dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu.


Dan pengarang "al-Hawi" ada menyebut: Sekiranya seseorang itu tidak boleh bahasa arab, dia boleh membaca semua zikir dengan bahasa asing. Dan jika dia boleh bahasa arab, hendaklah membaca dengannya. Jika sebaliknya dan dibaca bacaan yang wajib dengan bahasa Parsi, ini tidak dibenarkan. Dan jika bacaan itu perkara sunat seperti tasbih dan doa iftitah ia dibenarkan, tetapi dia telah melakukan perkara yang buruk.


Rujukan:
- al-Majmuk: 3/247-248. -http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/berdoa-ketika-sujud-dalam-bahasa-melayu.html








jadi dengan apa yang saya hujahkan ini, diharap anak2 muda dan para pembaca, tidaklah memperlekehkan Bahasa Melayu, kerana Bahasa Melayulah kita TAHU tentang Islam, dan kerana Bahasa Melayulah kita dapat belajar pelbagai perkara tentang islam




dan kerana Bahasa Melayulah
anda mampu membaca penulisan saya yang penuh dengan kesalahan tatabahasa ini.. hehehe


Harap Maklum, Penulisan ini sekadar untuk membuka minda pada rakan-rakan 'kita' yang memperlekehkan bahsaa melayu. mereka terlupa bahawa Bahasa Melayu banyak berbakti pada mereka dalam mencari sinar agama.
bukanlah penulisan ini bertujuan memperlekehkan Bahasa Arab, dan Bahasa2 Lain, tapi hanyalah satu penulisan 'Pembuka Mata dan Minda' untuk sama2 kita renungkan, betapa Berjasanya Bahasa Melayu Pada kita dari sudut Agama dan Islam