Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 3 Oktober 2011

Antara Orang & Orang Utan

Betapa caknanya orang melayu Malaysia terhadap penjagaan haiwan seperti Tan Sri Dr Yusof Basiron. Beliau cakna dan peka kepada Orang Utan yang berada didalam Zoo Melbourne. Baginya orang utan di Zoo tersebut tidak dijaga dengan baik. Pihak Zoo Melbourne pula memberi jawapan terhadap kritikan Tan Sri itu.

Sesekali ingat untung jadi orang utan pada orang di Malaysia atau di Melbourne.Ada orang yang cakna taraf Tan Sri yang pergi bersama menteri.

Kekadang penjara orang lebih teruk daripada Zoo untuk orang utan. Apatah lagi penjara Negara dunia ketiga maupun penjara negara miskin. Kekadang tiada beza juga dengan penjara yang dimiliki oleh negara orang Islam. Antara penjara yang terbaik adalah penjara Qatar. Siapa yang dikalangan mereka yang berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran akan dibebaskan dan berjaya merubah akhlak dan perilaku mereka bahkan mampu menjadi imam dimasjid-masjid.

Ketua Penjara tersebut menyatakan: ‘Beliau berusaha menjadikan penjara sebagai tempat untuk mengubah haiwan menjadi manusia berbanding sesetengah penjara menjadikannya sebagai tempat menjadikan manusia kepada binatang”
Itu penjara. Bagaimana diluarnya. Kekadang layanan kepada manusia lebih teruk daripada binatang. Sesetengah orang kaya, nikmat yang diperolehi oleh kucing atau anjing peliharaan mereka lebih mewah daripada orang.

Bila kedatangan Ramadhan macam ni, adalah sedikit sumbangan rezki sempena bulan Ramadhan tetapi mereka bukannya makanb sekali kenyang setahun. Di bulan-bulan lain bagaimana? Golongan yang miskin di Malaysia ini masih tinggi. Lihatlah rumah-rumah setinggan atau dipelusuk negara.

Terengganu negeri kaya tetapi masih lagi berjaya mengekalkan negeri kedua miskin selepas Sabah. Tapi pemimpin sibuk gila dengan berbelanja untuk Monsun Cup. Menteri Besar dok sibuk berbelanja 24 juta untuk beri makan binatang didalam Zoo Kijal daripada keperluan rakyatnya. Berbelas juta untuk sanctuary gajah daripada biasiswa pendidikan. Dok sibuk beli itik berjuta di Kenyir berbanding keperluan OKU.

Ingat-ingat sekali… seronok jadi orang utan pada orang. Orang Utan dipeluk dicium. Diambil foto dilayan mesra. Jadi orang merdeka pergi perhimpunan bersih dibaham gas, disepak, diterajang, digari, dipukul, dipenjara. Bahkan ada yang maut dengan patah tulang rusuk dan giginya.
Dalam Islam melayan binatang seperti memberi minum kepada anjing yang dahaga dimasukkan dalam syurga. Tetapi berlaku zalim terhadap manusia… adakah dimasukkan dalam syurga?

Zoo Melbourne menafikan dakwaan Ketua Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Tan Sri Dr Yusof Basiron bahawa orang utan di situ tidak dijaga dengan baik. Pengarah pemuliharaan zoo berkenaan, Rachel Lowry, berkata kandang untuk haiwan itu dibina khusus dengan mempunyai pokok bagi membolehkan mamalia berkenaan hidup dalam suasana habitat asalnya.

"Seperti semua haiwan lain di Zoo Melbourne, kandang untuk orang utan di sini dibina bagi membolehkan haiwan berkenaan membuat pilihan sama ada hendak duduk di bawah teduhan atau berjemur. "Terdapat sistem pemanasan, manakala suhu di kawasan pameran haiwan ini dikekalkan pada 20 darjah celsius dan kandang tempat mereka berteduh pada waktu malam pula mempunyai sistem pemanasan.
"Sudah menjadi tabiat mereka suka menggunakan selimut, bukan kerana kesejukan. Mereka memang suka berbaring dengan mengunakan selimut, termasuk pada musim panas," kata Lowry kepada Bernama.

Dalam kunjungan ke zoo itu minggu lalu ketika mengiringi misi lawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok ke Melbournei, Dr Yusof memberitahu Bernama bahawa haiwan itu ditempatkan dalam keadaan sungguh menyedihkan.

Dr Yusof berkata beliau juga melihat haiwan berkenaan menggigil kesejukan kerana cuaca sejuk dan mendengar suara mereka seperti teriakan dalam kesengsaraan. Katanya selimut yang diberi kepada orang utan di situ terlalu kecil untuk menutup seluruh tubuh mereka.

Tiada ulasan: