Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 17 Oktober 2011

Strategi Kaum Pagan Menuju The New World Order (Part 9)

Zionis-Yahudi dengan sekutu-sekutunya di atas dunia ini, dan diketuai Amerika Syarikat sebagai ketua baginya merupakan pewaris paganisma dunia purba. Pengikut iblis yang dahulunya dikenali sebagai The Broterhood of SnakeSamiri (pada zaman Musa a.s.),Sanhedrin (pada zaman Isa a.s.), Biarawan SionKnight Templar,FreemasonTheosophy, dan berbagai nama sekarang ini, Bilderberg, CFR, Club of Rome, IMF, World Bank, The Federal Reserve, dan sebagainya, jelas menyatukan kelompok mereka di dalam kelompok Zionis Dunia.

Penamat dari agenda mereka adalah untuk membentuk Pemerintahan Dunia Baru (The New World Order) di mana mereka menjadi ketua bagi semua penduduk yang ada di atas muka bumi ini. Matlamat akhir mereka ini telah dipahat di dalam lambang negara AS dengan kalimat “Novus Ordo Seclorum”. Dalam menuju pengakhiran agenda ini, kaum pagan moden melaluinya dalam berbagai tahap dan setiap peristiwa sentiasa dikaitkan dengan ritual pagan kuno. Mari kita lihat beberapa peristiwa dunia yang seperti tidak memiliki apa-apa makna namun sesungguhnya ianya sebahagian dari ritual pagan mereka:

Jata AS yang terpampang Novus Ordo Seclorum

Tahun 2012 merupakan waktu untuk: 
  1. Memodenkan seluruh sistem ketenteraan AS di Pentagon. 
  2. Waktu untuk mencapai Codex Alimentarius.
  3. Untuk mencapai Agenda 21
  4. Waktu untuk mengimplementasikan Perjanjian Kyoto
  5. Dan banyak lagi agenda-agenda antarabangsa. 

Mengapa harus 2012?

Mungkin anda lupa, maka lihatlah kembali kalender purba suku-suku pagan kuno seperti kalender Aztec, suku Maya, suku Hopi, suku Kaliyuga, Mesir kuno, dan lainnya. Kepercayaan pagan yang diimplementasikan di dalam sistem kalendernya berdasarkan penelitian buruj bintang dan ramalan-ramalan mistik. Ini meyakinkan kita bahawa pada tahun 2012 merupakan tempoh perubahan dari Pemerintahan Dunia Lama (The Ancient World Order) kepada Pemerintahan Dunia Baru (The New World Order).

Filem yang memberikan gambaran tentang upacara mempersembahkan korban manusia

Di zaman purba, suku-suku pagan sering mengadakan ritual persembahan korban manusia dan binatang untuk dipersembahkan kepada dewa-dewi. Dalam budaya pop, filem “Apocalypto” yang diarahkan oleh pengarah anti Yahudi Mel Gibson memberikan gambaran tentang upacara mempersembahkan korban manusia. Upacara yang banyak menumpahkan darah dan mengorbankan nyawa ini diadakan pada situasi-situasi tertentu. Di dalam dunia sekarang, kaum pagan moden juga melaksanakan upacara yang sama saja tetapi dalam bentuk yang berbeza yang memiliki maksud yang sama. Beberapa peristiwa boleh dijadikan contoh seperti:

Serangan pada 20 Mac 2003 ke atas Baghdad

Pada 20 Mac 2003, Bush melancarkan serangan ke atas Baghdad tepat pukul 0515 waktu Baghdad. Serangan itu berlangsung dalam skala yang besar dan berlanjutan sehingga keesokan harinya, 21 Mac 2003. Media-media besar dunia menyebutnya sebagai “Shock and Awe” (serangan mendadak). Namun tahukah anda bahawa tarikh tersebut di dalam agama pagan merupakan perayaan Hari Ostara. Dahulu kala, suku-suku kuno merayakannya dengan memujaGaia (Mother of Earth) dengan cara mempersembahkan korban. Sedangkan kaum Druid merayakan hari itu sebagai Hari Kesuburan dengan melangsungkan acara makan-makan (Day of Feast).

Bush sengaja menamatkan perang pada 1 Mei 2003. Dalam tradisi pagan kuno, tanggal itu dikenali sebagai Beltane atau Malam Walpurgis. Nama tersebut berasal dari Saint Walpurga, Dewi Kesuburan Kaum Pagan. Dahulu, setiap tanggal 20 Mac hingga 1 Mei, kaum pagan melakukan ritual menumpahkan darah untuk kesuburan bumi.

Saint Walpurga

Presiden Bush jelas telah mengambil momentum keyakinan pagan kuno tersebut. Memulakan perang yang menumpahkan banyak darah pada 20 Mac dan mengakhirinya pada 1 Mei.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, banyak fakta dan data yang membuktikan kepada kita bahawa keputusan-keputusan politik dan ekonomi, juga ketenteraan pada peringkat global sering dikaitkan dengan ritual-ritual mistik kaum pagan. Banyak fakta yang membuatkan kita tercengang dan sukar untuk mempercayainya. Namun itulah yang terjadi. Semua ini hanya akan bererti untuk manusia yang mahu membuka fikirannya terhadap perkara-perkara dan situasi-situasi yang baru, yang tidak terkongkong oleh paradigma lama, dan menerima semuanya itu sebagai satu pengetahuan yang baru.

Hari-hari ini kita berada di tengah-tengah perlaksanaan agenda kaum pagan moden. Krisis kewangan yang bermula di Amerika, industri pornografi, mahalnya buku sehingga orang lebih memilih untuk menonton televisyen, dunia fesyen yang terus berlari, demokrasi yang bebal sehingga parti politik menjadi golongan elit yang banyak menindas rakyat, dan sebagainya. Jangan sangka semua ini terjadi secara kebetulan. Bagi mereka yang mahu membuka mata, hati, dan fikirannya, maka mereka akan memahami dan melihat dengan jelas manusia sekarang tengah diiring tanpa sedar menuju Pemerintahan Dunia Baru.

Bersambung...

Tiada ulasan: