Apabila MCA, DAP dan Gerakan termasuk UMNO menolak hukum hudud yangmana undang-undang tersebut adalah milik orang Islam yang beriman dengan Allah Rasul, maka sebagai kontranya orang Islam juga boleh menyatakan bahawa kita juga menolak undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah dulu kerana ianya tidak ada mengena dengan kita sebagai orang Islam bahkan tidak ada kena mengena dengan rakyat negara ini.
Kita berhak membuat bantahan ke atas undang-undang yang ada sekarang ini kerana ia tidak ada kaitan dengan orang Islam, orang Cina, Orang India dan bangsa lain. Sekiranya Perlembagaan Persekutuan dijadikan sebagai alasan, ayuh! Kita sama-sama sebagai rakyat Malaysia menolak dan meminda semua undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah itu.
Apabila ada kalangan orang bukan Islam menolak syariat Allah termasuk hudud dilaksanakan oleh PAS khususnya di Kelantan, ini bermakna mereka ini telah memaksa kita sebagai umat Islam supaya meneripakai undang-undang tinggalan penjajah dahulu. Ini menunjukan ketidakadilan telah berlaku oleh orang bukan Islam terhadap umat Islam dalam negara kita ini. Berasaskan ilmu Tauhid adalah haram atau syirik hukumnya mana-mana umat Islam tunduk dan patuh kepada undang-undang atau hukum-hukum yang selain dari yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul.
Dalam hal yang berkaitan dengan aqidah ini, umat Islam wajib bertegas untuk mempertahankan syariat Allah walaupun terpaksa hilang undi, sokongan dan hilang kuasa memerintah. Aqidah lebih penting kerana ianya akan dibawa mati untuk bertemu dengan Allah kelak. Syariat Allah termasuk hudud adalah termasuk dalam bab aqidah, bab tauhid. Tidak boleh dipandang ringan atau tidak boleh berkrompomi dengan mana-mana pihak termasuk dengan UMNO atas alasan rakyat berbilang kaum, belum sesuai atau apa saja alasan.
Oleh itu, sekiranya orang bukan Islam benar-benar menghormati kita sebagai umat Islam, maka ubah segera Perlembagaan Negara itu dan jika perlu adakan dua undang-undang dimana satunya untuk orang Islam yang berpandukan Quran dan hadis dan satu lagi dikhaskan untuk orang-orang bukan Islam dalam negara ini. Orang bukan Islam boleh memilih antara satu dari dua undang-undang ini untuk mereka tetapi orang Islam hanya wajib patuh dan taat kepada satu undang-undang sahaja iaitu yang berasaskan syariat Allah sahaja, tidak ada pilihan.
Dimanakah keadilan sekiranya orang dipaksakan untuk mengikut undang-undang sivil yang sediada yang tidak ada kena mengena langsung dengan orang Islam dengan tidak dibenarkan untuk melaksanakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Islam untuk orang Islam tetapi dalam masa yang sama orang bukan Islam boleh pula untuk patuh dengan undang-undang yang sediada yang juga tidak ada mengena dengan agama mereka juga. Mengapa mesti kita patuh dan kekalkan satu undang-undang yang dibuat orang orang lain, bukan rakyat negara ini seolah-olah kita sebagai rakyat tidak punya keupayaan dan kedaulatan sendiri untuk kita melaksanakan undang-undang yang bersesuaian dengan agama kita sendiri dalam negara kita sendiri?
Perlembagaan Negara adalah hasil ciptaan dan peninggalan penjajah tetapi mengapa pula kita berhempas pulas dan bermati-matian mempertahankanya? Sehinggakan sanggup menidak dan menolak Quran dan Sunnah sebagai penggantinya? Dimana aqidah kita sebenarnya? Sedangkan kesyirikan jelas berada dalam Perlembagaan itu! "mana-mana undang-undang Islam yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara akan terbatal dengan sendirinya". Wow! Hebatnya penjajah merosakan aqidah kita. Yang kita sehari semalam dirikan solat lima waktu, pergi haji, saban tahun pergi umrah, puasa wajib campur puasa sunat lagi untuk apa jika Perlembagaan yang mengatasi Quran dan Hadis kita sanjung dan pertahankan? Agama apa sebenarnya kita ini?
Depan masyarakat kita dengan lantang berkata bahawa undang-undang Allah itu adil tapi dalam masa yang sama kita tolak syariat Allah dan berbangga dengan undang-undang peninggalan si kafir itu. Bukankah syirik namanya itu? Orang Islam yang bertaqwa, mana boleh berpegang kepada dua undang-undang kerana Allah itu satu dan kepada syariat Allah sajalah yang wajib kita patuh dan mesti kita laksanakan.
Oleh itu, dalam konteks negara kita sekarang ini, umat Islam hanya boleh berharap kepada PAS sahaja untuk melihat syariat Allah dilaksanakan. Mana-mana umat Islam yang menentang PAS untuk melaksanakan tuntutan ini, maka mereka samalah dengan MCA, DAP, UMNO dan Gerakan itu. Janganlah mendabik dada dengan masjid yang indah dan banyak, pusat tahfiz yang bertaburan, bagi lembu berpuluh ekor untuk qurban, musabaqoh al Quran yang dihadiri oleh peserta dari umat Islam di serata dunia dan sebagainya sekiranya dalam masa yang sama syariat Allah kita tolak, Sunnah Nabi kita pertikaikan. Ingatlah, kewajipan melaksanakan syariat Allah adalah berkait dengan soal aqidah.
Wallahualam.