Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 30 Oktober 2011

Asal Usul Melayu dari Bani Israel? ( 2 )


Kalau mengikut semua kitab-kitab agama (baik Islam mahu pun Yahudi) , Imam Mahdi sudah pun lahir. Beliau hanya menunggu masa sahaja perlantikan daripada ALLAH SWT . Kalau mengikut kitab Yahudi lama, Imam Mahdi mestilah muncul di sekitar 2009 sehingga 2012. Ini kerana negara Israel hanya dibenarkan oleh ALLAH SWT dalam lingkungan 40 tahun sahaja. Tahun 2008 adalah tahun yang ke 40 bagi negara Israel. Kalau mengikut kitab Islam pula, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda , mafhum – akan terjadi 2 gerhana serentak pada 10 Ramadan (iaitu sebuah planet besar akan menutupi ruang antara bumi dengan matahari sehingga mengakibatkan kedua-dua bumi dan bulan tertutup daripada pancaran matahari) yang mana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak akan berlaku lagi selepas ini.

Ketika itu di Masjid Nabawi di Madinah, akan muncul satu suara yang akan melantik Imam Mahdi sebagai Khalifah Islam. Kalau mengikut ahli kaji bintang, sebuah planet yang bernama Nibiru akan muncul pada tahun 2012, dan akan berada pada kedudukan sangat hampir dengan bumi sehingga ahli kaji bintang menganggap ianya mungkin akan berlanggar dengan bumi.

Jawapan bagi “Siapa gerangan yang akan menjadi Imam Mahdi”, sukar hendak saya jawab secara spesifik. Ini kerana saya belum berjumpa dengan individu tersebut.Namun secara amnya, namanya ialah sama ada Wan Muhammad bin Wan Abdullah atau Nik Muhammad bin Nik Abdullah atau Long Muhammad bin Long Abdullah atau pun Pangeran Muhammad bin Pangeran Abdullah. Beliau mestilah mempunyai pertalian dengan negeri Kelantan (namun tidak semestinya menetap di negeri Kelantan).

Beliau mestilah fasih dalam 4 bahasa , iaitu Arab, Melayu, Inggeris dan Urdu . Ini berpandu kepada hadis mengenai Bani Ishak yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. sebagai tentera Imam Mahdi. Jadi ada kemungkinan beliau belajar Tahfiz dan Alim di Pakistan dan beliau merupakan orang Melayu.

Tentang bahasa Inggeris pula, saya ambil dari cerita tentang peperangan antara tentera Imam Mahdi dengan orang puteh, yang mana Imam Mahdi akan berdialog dengan tentera orang puteh. Jadi mungkin beliau pernah berada di luar negara seketika iaitu tempat di mana pertututurannya adalah bahasa Inggeris. . Beliau juga mestilah berpakaian seperti orang-orang Pakistan utara, iaitu menyerupai pakaian Patan/Pashtun. Kegemaran beliau mestilah sama dengan puak Patan/Pashtun iaitu meminum teh pekat panas. Sifat beliau mestilah sama dengan sifat Saidina Ali r.a. . Iaitu pertama pantang melihat Agama Islam dihina, kedua suka berperang , ketiga pendiam (atau tidak fasih bertutur) dan keempat suka melayan tetamu. (Pandangan saya sahaja).Kalau ramai orang-orang saleh pernah bermimpi Nabi s.a.w. , begitu juga dengan Imam Mahdi. Malah beliau lebih kerap bermimpi Nabi s.a.w. lebih daripada orang-orang saleh yang lain. Bukan itu sahaja, beliau juga mestilah pernah bermimpi Saidina Ali r.a. dan juga Fatimah r.a. . Fatimah r.a. seharusnya memanggilnya sebagai anak atau cucu. Manakala Saidina Ali r.a. pula harus mengajarkannya satu amalan khusus yang pernah Nabi s.a.w. ajarkan kepada Saidina Ali r.a. . Iaitu amalan yang menyebabkan Saidina Ali r.a. boleh mendengar bumi bercakap. Jadi Imam Mahdi mestilah seorang yang mampu mendengar percakapan bumi. Contohnya , sekiranya akan berlaku kejadian tsunami, Imam Mahdi sudah tentu dapat mengesannya terlebih dahulu sama seperti hidupan-hidupan di laut. Namun ALLAH sahaja Yang Lebih Mengetahui tentang siapa sebenarnya Imam Mahdi.

Saya hendak komen sedikit tentang salah faham Umat Islam mengenai asal-usul Imam Mahdi. Terdapat kecenderungan Umat Islam untuk mengaitkan Imam Mahdi dengan bangsa Arab. Walaupun Imam Mahdi berketurunan Nabi Muhammad s.a.w. , namun pada pendapat saya beliau bukannya berbangsa Arab. Sesetengah Ulama cepat untuk membuat conclusion mengenai bangsa Imam Mahdi. Ini kerana ramai Ulama terkeliru tentang tempat kelahiran Imam Mahdi di Madinah sebagai bangsa Arab. Walaupun Imam Mahdi lahir di Madinah , bukan bermakna beliau juga merupakan seorang berbangsa Arab. Paling hampir, hadis mensabdakan bahawa (mafhum) wajah Imam Mahdi seakan-akan wajah Arab dan badan Imam Mahdi seakan-akan badan Bani Israel. Imam Mahdi sepatutnya merupakan pengikut kepada keluarga Bani Tamim.

Siapa Bani Tamim???

Bani Tamim merupakan keluarga yang terdiri daripada para wali dan Ulama tersohor di seluruh dunia, dan mempunyai salasilah daripada keturunan Saidina Abu Bakar r.a. . Mereka berpusat di sebelah Timur. Pengikut Bani Tamim terdiri daripada ramai Umat Islam dari serata dunia. Sekiranya mereka ingin membuat satu-satu perhimpunan, maka ramai Umat Islam dari serata dunia yang akan hadir, yang mana jumlahnya boleh mencecah jutaan orang. Bukan itu sahaja, Umat Islam dari negara-negara yang tidak popular seperti Guatemala dan Gabon juga akan hadir. Seperkara lagi, kalau berpandukan kepada cara penyampaian hadis, Bani Tamim mungkin mempunyai Khalifah yang telah meninggal dunia sebelum itu. Sebab itulah perlantikan Imam Mahdi oleh Bani Tamim di Mekah/Madinah disambut oleh ramai Umat Islam di serata dunia. Mustahil perlantikan Imam Mahdi disebarkan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang ada sekarang. Kerana kerajaan Umat Islam sekarang berada dalam keadaan sangat lemah dan mempunyai pemimpin-pemimpin yang pelbagai. Jadi pada hemat saya, Bani Tamim mempunyai Khalifah Islam yang telah meninggal dunia sebelum kemunculan Imam Mahdi. Jadi persoalan sekarang, kenapa kumanddie mengandaikan bahawa Imam Mahdi merupakan orang Melayu???Ketika perlantikan Imam Mahdi oleh seorang Pemuda Bani Tamim di hadapan Kaabah, kemudian melalui satu suara dalam Masjid Nabawi ; dalam waktu yang singkat sahaja pengikut-pengikut Pemuda Bani Tamim dari kalangan Bani Ishak (iaitu Bani Israel Islam dan anak-anak Keturah) terus menawarkan diri untuk bersama-sama Imam Mahdi untuk berperang Sabil. Sedangkan pengikut Pemuda Bani Tamim ini terdiri daripada seluruh Umat Islam di serata dunia. Jadi maksudnya, Imam Mahdi rapat dengan beberapa negara sahaja, seperti Pakistan, Afghanistan, Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia. Sebab itulah , kumanddie berani membuat hipotesis bahawa Imam Mahdi boleh bertutur dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Urdu dengan fasih (selain bahasa Arab).

Selain daripada itu, kalau berpandukan kepada hadis mengenai peperangan antara Umat Islam dengan Romawi, terdapat dialog antara Imam Mahdi dengan Jeneral Romawi. Maksudnya Imam Mahdi juga fasih berbahasa Inggeris. Seperkara lagi, saya ingin menegaskan, tentera Imam Mahdi bukan di kalangan orang-orang Arab. Sekiranya Imam Mahdi adalah orang Arab, maka ramai daripada Umat Islam dari Tanah Arab akan bertempur di Palestin bersama Imam Mahdi. Jadi kalau melihat kepada senario semasa, jarang orang-orang Urdu datang ke Alam Melayu untuk belajar Agama Islam. Sedangkan ramai orang-orang Melayu yang pergi menuntut di Alam Urdu untuk mempelajari Agama Islam. Jadi maksdunya, Imam Mahdi mungkin merupakan orang Melayu yang pernah menuntut Tahfiz dan Alim di Pakistan. Beliau juga merupakan pengikut Bani Tamim. Dan Bani Tamim mestilah berpusat di sebelah Timur.Jadi kalau berpandukan kepada hadis bahawa, Pemuda Bani Tamim meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Kemudian mereka berusaha dan berjaya.

Kumanddie mengandaikan bahawa ini merupakan percubaan Pemuda Bani Tamim untuk memindahkan pusat Bani Tamim dari sebelah Timur ke Mekah atau Madinah. Bendera hitam yang diberikan oleh Pemuda Bani Tamim kepada Imam Mahdi merupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. . Jadi ada kemungkinan , Pemuda Bani Tamim pernah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. . Dan Pemuda Bani Tamim mungkin ada diberi penerangan tentang lokasi bendera hitam tersebut oleh Rasulullah s.a.w. .

Conclusion :Imam Mahdi merupakan orang Melayu. Namun Pemuda Bani Tamim bukan orang Melayu. Ini kerana tidak ada jumlah Umat Islam yang sangat ramai dari serata dunia yang datang ke Alam Melayu.

Dalil mengatakan bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan dari Saidina Hassan r.a.
adalah dari kata-kata Saidina Ali r.a. . Sedangkan Saidina Ali r.a. adalah Sahabat yang sangat rapat dengan Nabi s.a.w. , dan sudah semestinya dalil ini adalah sah dan diambil daripada Nabi s.a.w. . Ini mengesahkan bahawa Imam Mahdi adalah daripada salasilah Saidina Hasan r.a. . Manakala pendapat daripada Syiah pula mengatakan Imam Mahdi merupakan keturunan dari Saidina Hussein r.a. adalah silap. Yang menghairankan pula ialah kebanyakan ustaz-ustaz mutaakhir lebih suka mempercayai dalil daripada syiah yang menyeleweng ini.

Saya dapati ramai pengkaji sejarah Melayu meragui tentang agama yang dianuti oleh Melayu sebelum Islam adalah agama Nabi Ibrahim a.s. atau Agama Jawi. Sedangkan pengkaji sejarah kita hanya membuka buku-buku Inggeris yang menyeleweng dan buku-buku Cina yang tidak banyak faktanya. Pengkaji sejarah tidak pernah lihat fakta sejarah Melayu dari simpanan Arab, Parsi, Yahudi, Amerika Latin dan lain-lain.

Sebelum kewafatan Baginda Nabi s.a.w. , beliau pernah mengarahkan para Sahabat r.huma untuk menghantar Jemaah Dakwah ke Samudera kerana di situ ada kawan-kawan Nabi s.a.w. Cuba fikir betul-betul (kalau pengkaji sejarah ada akal), di mana di dalam dunia ini yang ada perkataan Samudera selain yang digunapakai oleh orang-orang Melayu. Tentulah secara rasionalnya kita akan cakap Hadis ini merujuk kepada Jemaah Dakwah para Sahabat yang dihantar ke Alam Melayu. Kemudian saya nak tanya kepada pembaca budiman, apa yang dimaksudkan dengan Kawan-Kawan Ku yang dinyatakan dalam Hadis. Sekiranya orang Melayu menganut agama sesat, maka perkataan Kawan-Kawan Ku tidak akan disebut oleh seorang Kekasih ALLAH. Di dalam Al-Quran ada menegaskan bahawa, Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebaik-baik Umat Nabi Ibrahim a.s. (yakni sebelum diutus menjadi Rasul). Jadi maksudnya, orang melayu menganut agama Nabi Ibrahim a.s. . Ini dibuktikan dengan perkataan Masuk Jawi dalam kamus orang-orang Melayu . Perkataan Masuk Jawi dan Tulisan Jawi (bukan tulisan Arab) telah digunapakai oleh Orang-orang Melayu sejak sebelum kedatangan Islam lagi.

Sekiranya Sahabat r.huma pernah sampai ke sini , jadi mesti ada buktinya. Apa buktinya ???Ya !!! Memang ada bukti.

Bukti 1 – Ada Ulama mengatakan terdapat 60 lebih kubur Sahabat di kawasn Malaysia-Indonesia.

Bukti 2 – Kitab agama Islam di India menulis bahawa Malaysia telah di Islam kan oleh Sahabat r.a. , manakala Indonesia telah diIslamkan oleh Tabiin.

Bukti 3 – Kitab Kedah Tua mengatakan pada tahun 920 Masihi, terdapat jumlah Umat Islam yang sangat ramai di Kedah.

Bukti 4 – Arkaelogist Malaysia pernah terjumpa wang Zaman Rasulullah s.a.w. di Kuala Berang , Terengganu.

Bukti 5 – Kitab-kitab Kuning Lama orang-orang Melayu di tulis dalam bahasa purba. Sekiranya Islam tiba pada zaman Hang Tuah, maka bahasanya lebih moden lagi.

Mengikut ahli Sejarah, orang-orang Gujerat mengIslamkan Melayu. Jadi sepatutnya orang-orang Melayu mestilah fasih berbahasa Gujerat sebab yang Islam kan Orang-orang Melayu adalah pendakwah dari Gujerat India. Maka buku agama dalam Bahasa Gujerat mestilah berleluasa di Alam Melayu. Dan Mazhab orang Melayu mestilah Mazhab Hanafi dan bukan Syafie. Saya nak tanya Ahli Sejarah Melayu – Kenapa Orang Melayu tidak boleh bertutur dalam Bahasa Gujerat. Mana kitab-kitab Islam dari Gujerat. Kenapa Melayu begitu asing dengan Mazhab Hanafi. Ahli-ahli Kaji Sejarah Melayu begitu mudah diselewengkan dan diperbodoh-bodohkan oleh orang-orang Inggeris. Ahli Kaji Sejarah Melayu tidak jauh bezanya dengan Jabatan-Jabatan Agama kita yang ditipu oleh Wahabi sesat. Begitu juga sesetengah Umat Islam begitu mudah ditipu oleh ajaran Syiah yang sesat dan menyeleweng. Kerajaan Iran bukanlah kerajaan Islam. Tetapi kerajaan Freemason. Ayatollah Ruhollah Khomeni adalah ahli neraka. Ini disepekatkan oleh semua Ulama muktabar masa kini dan Wali yang diiktiraf. Saya hairan bagaimana PAS begitu menyanjung tinggi Iran dan Ayatollah Khomeni. Bertaubatlah wahai Ustaz-ustaz PAS sekalian. Anda semua tertipu oleh Yahudi Illuminati dan Freemason.

Saya yakin pada waktu ini Umat Islam yang mempercayai tentang kisah Imam Mahdi sekarang terbahagi kepada 2 golongan.

Pertama yang mengatakan beliau adalah bangsa Arab Quraish.

Kedua yang mengatakan beliau adalah ahlul bayt dari Timur. Bagi saya kedua-duanya betul.

Begitu juga mengenai 2 gerhana pada bulan Ramadan. Ramai Umat Islam sudah mula mengkritik kesahihan Hadis ini. Sebab sudah terjadi beberapa kali, tetapi tidak muncul jugak Imam Mahdi. Bagi pendapat saya , yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. ialah warna merah yang terpancar ke arah bumi (bukan gelap gulita seperti gerhana biasa).

Begitu juga, teori saya mengenai Imam Mahdi dan askarnya mungkin salah. Namun mesej yang ingin saya sampaikan ialah bila ada tentera Islam yang berjaya membantai seluruh Israel, maka ikutilah mereka. Yang penting bagi kita Umat Islam, bukan kita nak tahu sama ada Sahih atau Daif tentang Hadis-Hadis. Siapa kita untuk menjadi Hakim kepada Hadis-Hadis. Yang penting bagi kita ialah kita ikuti Jemaah Islam yang ada satu amir. Kalau tidak ada , maka duduklah kita dalam hutan sampai kita mati. Janganlah kita bersama-sama dalam dua kumpulan yang bertelagah. Tidak kira yang bertelagah itu adalah pasukan politik atau sukan atau negara atau syarikat atau seumpamanya. Itu semua benda yang membawa kepada Kemurkaan ALLAH S.W.T. .

Dalil-dalil Hadis/Quran yang saya berikan sebelum ini, saya tidak bertanggungjawab di atas kesahihan dan tafsir nya. Itu semua adalah andaian dan pendapat peribadi saya sahaja.

Percaya kepada Hari Akhirat tu adalah satu daripada Rukun Iman yang 6 . Dalam Hari Akhirat , terbahagi kepada Padang Mahsyar, Mizan, Titian Sirat dan sebagainya. Sebelum Hari Akhirat ada Hari Kiamat. Dalam Quran telah menerangkan secara berjela-jela tentang kedahsyatan Hari Kiamat. Jadi Hari Kiamat ada tanda-tanda besar dan ada tanda-tanda kecil. Jadi tanda besar adalah Imam Mahdi. Hadis mengenai Imam Mahdi adalah hadis sahih. Nabi s.a.w. tidak begitu memuliakan begitu tinggi seseorang individu selepas Sahabat-sahabat r.a.huma lebih daripada individu yang bernama Imam Mahdi. Bahkan Nabi s.a.w. telah mewajibkan semua umat Islam untuk ikut Imam Mahdi dan kumpulannya walaupun terpaksa merangkak di atas ais yang sejuk. Ini menunjukkan bahawa kesama tarafan pangkat yang diberikan oleh Nabi s.a.w. kepada Imam Mahdi menyamai dengan Khulafa’ Arrasyidin.

“Tidak akan berlaku hari Kiamat sehingga kaum Rum sampai di A’maq atau di Dabiq untuk menyerang kamu, maka datanglah suatu pasukan yang akan menghadapi mereka dari Kota Madinah yang mana mereka pada waktu itu adalah manusia-manusia yang terbaik di muka bumi ini. Apabila mereka semua telah berbaris-baris ( siap untuk berperang ) berkatalah orang-orang Rum: ‘Biarkan kami membuat perhitungan dengan saudara-saudara kami yang tertawan ( kaum Rum yang telah masuk Islam )’. Kemudian kaum Muslimin berkata: ‘Kami tidak akan membiarkan kamu mengusik ( menyakiti ) saudara-saudara kami’. lalu mereka ( kaum Muslimin ) memerangi mereka. Dalam pertempuran itu, 1/3 dari tentera Islam melarikan diri dari pertempuran yang mana mereka tidak akan diampuni dosanya oleh Allah swt selam-lamanya dan 1/3 lagi dari tentera Islam tersebut tewas sebagai para syahid yang paling baik di sisi Allah swt. Sedangkan 1/3 lagi dari baki tentera tersebut mendapatkan kemenangan yang mana mereka tidak akan tersesat selama-lamanya, kemudian mereka menakluki kota Kontantin dan ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang, mereka telah menggantungkan pedang mereka di pohon zaitun. Ketika itu, syaitan berteriak; ‘Sesungguhnya al-Masih ad-Dajjal telah menguasai keluarga-keluarga kamu’. Kemudian mereka ( tentera Islam bersama Imam al-Mahdi ) bergerak pulang. Ketika mereka sampai di Syam, keluarlah ia ( Dajjal ) dan ketika kaum Muslimin telah bersiap-sedia untuk berperang, tiba-tiba masuklah waktu solat, maka turunlah Isa Ibnu Maryam as., kemudian baginda ( Isa ) pergi menuju dan menghadap kepada mereka dan apabila baginda ( Isa ) dilihat oleh musuh Allah swt maka ia ( Dajjal ) akan meleleh ( hancur ) seperti garam yang mencair dan sekiranya ia membiarkan hal tersebut sesungguhnya ia ( musuh Allah ) akan hancur ( meleleh ) sehingga binasa. Akan tetapi Allah swt berkehendakkan untuk membunuhnya di tangan Isa Ibnu Maryam, maka Isa Ibnu Maryam memperlihatkan darah Dajjal di tombaknya”.

-Diriwayatkan oleh Muslim

“Akan terjadi suatu perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah, dan beliau lari ke Makkah, maka datanglah kepadanya orang-orang yang berasal dari penduduk Makkah, lalu mereka membawa lelaki tersebut secara paksa, kemudian mereka membai’ahnya antara Hajarul- Aswad dengan Maqam Ibrahim.

- Riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ummu Salamah

‘Aisyah Ummul-Mukminin ra. telah berkata:”Ketika tidur, tubuh Rasulullah SAW bergetar, lalu kami bertanya: ‘Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan, wahai Rasulullah?’, Rasulullah SAW menjawab: ‘Akan terjadi suatu kehancuran, iaitu bahawa sekelompok orang dari matku akan berangkat menuju ke Baitullah untuk memburu seorang ‘lelaki’ Quraisy yang pergi bersembunyi di Kaabah sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir ( al-Baida’ ), maka mereka ditelan bumi’. Kemudian kami bertanya: ‘Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?’. Baginda menjawab: ‘Betul, di antara mereka yang ditelan bumi itu adalah mereka yang sengaja pergi untuk berperang dan ada pula yang dipaksa untuk berperang serta ada pula orang yang sedang musafir, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat, sedangkan mereka berasal dari arah ( niatnya ) yang berbeza-beza, kemudian Allah swt akan membangkitkan mereka pada hari kebangkitan menurut niat mereka masing-masing”.

- Diriwayatkan oleh Bukhari

“Seorang lelaki akan berlindung di baitullah ( Kaabah ), maka diutuslah suatu utusan ( oleh penguasa ) untuk mengejarnya, dan ketika mereka telah sampai di suatu padang pasir maka mereka terbenam ditelan bumi”.- Diriwayatkan oleh Muslim dari Ummu Salamah”Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak bererti akan kembali ke Baitullah, maka diutuslah ( oleh penguasa ) sekelompok tentera untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai di suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi”.

- Diriwayatkan oleh Muslim dari Hafsah Ummul-Mukminin ra.

“Sesungguhnya Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan sehingga pasukan tersebut telah sampai di sebuah padang pasir, maka bahagian tengah pasukan itu ditelan bumi, maka berteriaklah pasukan bahagian hadapan kepada pasukan bahagian belakang, kemudian semua mereka ditenggelamkan oleh bumi dan tidak ada yang tertinggal kecuali seorang yang selamat yang akan mengkhabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka”.

- Diriwayatkan oleh Muslim dari Hafsah Ummul-Mukminin ra.

“Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam, menuju ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang lelaki yang akan dijaga oleh Allah daripada mereka”.

- Diriwayatkan oleh Ahmad dari Ummu Salamah ra

Cuba saudara saudari bayangkan. Ketika peristiwa bangunan runtuh di New York. Kejadian tersebut telah dirancang dengan lebih awal dan diberi nama 911 . Cuba saudara-saudari tulis di kertas dengan huruf “911″ . Kemudian sila gariskan satu garisan di bawah huruf 911 (secara bersambung dengan huruf). Kemudian tambah satu huruf “1″ di belakang huruf “911″ (9111). Ianya menjadi huruf ALLAH . Ini menunjukkan walaupun sang musuh-musuh ALLAH mengaturkan rancangan demi rancangan. ALLAH juga mengatur rancangan. Dan ALLAH jualah Sebaik-baik Perancang. Cuba anda semua fikirkan selepas kejadian 911. Terdapat 1.5 juta warga USA yang memeluk Agama Islam secara besar-besaran. Sekarang terdapat 5 juta Islam Muallaf di USA. Ini termasuk Orang Puteh (Gentile), Yahudi, Latino dan Kulit Hitam. Walaupun musuh-musuh ALLAH cuba memadamkan Cahaya ALLAH. Tetapi ALLAH adalah Sebaik-baik Perencana. Kemasukan beramai-ramai ke Agama Islam di Barat adalah garisan di sebelah bawah huruf 911. Dan akhir sekali ALLAH akan tambahkan satu huruf Alif dibelakang huruf 911 untuk melengkapkan rancangan ALLAH dengan mengishtiharkan Imam Mahdi. Jadi lengkaplah rancangan ALLAH dengan terlengkapnya huruf ALLAH hasil dari terjadinya huruf 911 melalui rancangan jahat si Yahudi keparat.

Imam Mahdi bukanlah Ulama’ yang tersohor sebelum beliau dillantik menjadi Khalifah. Ulama’ tersohor adalah Pemuda Bani Tamim. Imam Mahdi sendiri adalah pengikut kepada Pemuda Bani Tamim, yakni sebelum beliau dilantik menjadi Khalifah.Ketika peperangan dunia ketiga meletus nanti, beberapa kerat Umat Islam yang sudah mengenali Imam Mahdi akan mengelilingi rumah Imam Mahdi dan memaksa Imam Mahdi pergi ke Mekah. Wallahu alam bissawab……..

Bagi pendapat saya, tentera Amerika akan menakluki Turki. Di sisi Nabi s.a.w. , Rom adalah bangsa Romawi atau Gentile (dalam kitab Yahudi) atau Orang Puteh (dalam kitab Melayu) atau Mat Salleh (bahasa pasar Malaysia). Sungai Furat di Turki akan naik kerana empangan hidro di negara Turki akan dipecahkan oleh tentera Amerika. Kemudian sungai Furat akan kering dan akan timbul emas-emas berkilau-kilauan. Orang-orang Turki akan berbunuh-bunuhan untuk merebut emas tersebut. Saya tidak nampak sebab-sebab untuk tentera Imam Mahdi untuk menakluki Italy dan Vatican. Yang saya nampak ialah Turki adalah pangkalan istimewa bagi Amerika untuk menakluki negara-negara Islam yang lain. Sedangkan dalam surah Yasin, tempat tinggal Habibun Najar adalah di negara Antokia (atau selatan Turki). Rajanya bernama Raja Antika (atau Antique). Beliau adalah Raja Rom kerana Antokia adalah sebahagian daripada kerajaan Rom. Begitu juga dalam penaklukan Constatinople oleh tentera Islam, Mohammad Al-Fateh. Nabi s.a.w. menerangkan bahawa Constatinople (di Turki) adalah jajahan Rom. Begitu juga dalam peperangan kuda kayu raksasa. Troy di dalam kitab Romawi bermakna orang-orang Turki. Dan mereka inilah tentera-tentera Rom. Selepas saya mengaitkan semua peristiwa ini, maka saya mengandaikan bahawa gereja timur Rom yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. ialah di timur Turki, yang bersempadanan dengan Armenia. Armenia bukanlah golongan Romawi. Armenia adalah termasuk dalam golongan Parsi. Kaum Armenia inilah satu-satunya pengamal kristian yang tidak menjadikan salib sebagai lambang. Jadi , saya percaya kitab Injil asli dipegang oleh kaum Armenia. Jadi , sempadan antara Rom dengan Parsi sebenarnya adalah sempadan antara Turki dengan Armenia.

Walaupun Rom berasal daripada pergunungan Caucasius di Georgia dan Russia. Namun mereka sudah lama berhijrah ke Eropah barat sejak ribuan tahun yang lampau. Berbalik kepada peristiwa ketika peperangan Imam Mahdi. Saya tidak nampak Italy dan Vatican adalah timur Rom . Saya juga tidak nampak kenapa Imam Mahdi mesti menyerang dan menakluki Italy dan Vatican. Yang saya nampak ialah Wilayah Balkan; iaitu Bulgaria, Macedonia, Bosnia dan sebagainya ; adalah tempat istimewa untuk Umat Islam kerana di sini terdapat ramai orang-orang Romawi yang beragama Islam. Tentera Imam Mahdi perlu bertapak di Wilayah Balkan bagi melindungi Umat Islam di Balkan daripada di aniayai oleh puak-puak Freemason (iaitu Serb).Jadi sepatutnya Injil asli, tongkat Nabi Musa a.s. dan peralatan Baitul Maqdis sewajarnya berada di timur Turki iaitu di sempadan antara Turki dengan Armenia (iaitu di sebelah negara Turki).

Info terbaru, sekarang orang Puteh hendak berbaik-baik dengan Umat Islam. Sebab orang Puteh hendak bersatu dengan Umat Islam untuk lawan dengan Yahudi keparat

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: ” Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘Wahai Muslim, wahai Hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi 

Tiada ulasan: