Polis nak tangkap atau selamatkan??
Mah..mah..mah..mah..mah..
Inilah kesannya bila rakyat tak paham matematik. Sasterawan negara terpekik-pekik mintak mansuhkan PPSMI dan
Aku pun pernah berniaga, lebih dari 10 tahun aku menceburi bidang business sama ada secara online atau face to face with costumers. Aku taw kl adalah lubuk business, jual nasi kosong pun boleh laku gak.Tapi kalu kata untung sampai 5 angka sehari,nampak sangat menjilat. Nak jilat sikit-sikit bolehlah,sampai faces penjajah pun hangpa nak jilat sekali.
KUALA LUMPUR 10 Julai - Kira-kira 5,000 peniaga kecil dan sederhana sekitar ibu negara dilaporkan terjejas kerana perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam, dengan kerugian dianggarkan RM100 juta.
Berikutan itu, lebih 100 laporan polis dibuat golongan berkenaan sejak semalam sehingga hari ini bagi menuntut hukuman ke atas penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga.
Daripada jumlah itu, seramai 146 peniaga kecil di sekitar Masjid Jamek terjejas kerana terpaksa menutup premis masing-masing bagi mengelak kejadian yang tidak diingini ketika peserta penganjur mula berarak di kawasan tersebut.
Menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah, nilai kerugian itu diperoleh daripada anggaran keuntungan RM10,000 setiap hujung minggu bagi seorang peniaga.
Sehubungan itu, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihaknya menawarkan khidmat guaman percuma untuk membawa semua tuntutan kerugian peniaga ke muka pengadilan.
"Khidmat itu dikendalikan oleh tiga peguam dan peniaga-peniaga yang terjejas boleh membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak Ikhlas supaya tindakan undang-undang boleh diambil.
"Ikhlas turut menyediakan satu bilik gerakan sementara di Masjid Jamek atau boleh menghubungi pihaknya di talian 019-2066666 yang akan beroperasi dalam tempoh sebulan mulai hari ini," katanya pada sidang akhbar di Masjid Jamek, di sini, hari ini.
Beliau turut memaklumkan akan menyerahkan satu notis pemberitahuan berhubung perkara berkenaan kepada Ambiga pada minggu depan.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di lokasi tumpuan orang awam dan pelancong luar negara mendapati rata-rata peniaga mendakwa kerugian besar kerana terpaksa menutup kedai mereka semalam.
Seorang peniaga aksesori yang sudah enam tahun berniaga di Masjid Jamek, Mohd. Riduan Abdul Rashid, 29, berkata, dia akan membuat laporan polis supaya tindakan akan diambil terhadap Ambiga kerana premisnya terpaksa ditutup ekoran kekecohan perhimpunan haram tersebut.
"Pihak penganjur mementingkan diri dan agenda sendiri tanpa memikirkan periuk nasi orang lain terjejas akibat tindakan itu.
"Bayangkan tiga pekerja saya yang dibayar gaji hari terpaksa pulang kepada keluarga masing-masing tanpa satu sen pun semalam," katanya.
Seorang peniaga topi, Nani Ahmad mendakwa perasaan cemas dan takut timbul apabila peserta perhimpunan haram mula berarak di sepanjang jalan di ibu negara semalam.
"Oleh itu, saya terpaksa menutup premis malah ada pelancong marah kerana urusan mereka ke negara ini turut terjejas.
"Sebagai rakyat, saya rasa amat malu dan kecewa dengan pandangan bangsa asing terhadap negara kita," katanya lagi.
Menurut seorang peniaga, Mohd. Nor Salleh, 80, yang juga seorang bekas tentera, dia akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur Bersih.
"Jika tiada tindakan diambil, saya bimbang pihak penganjur tidak serik dan mengulangi perhimpunan haram pada masa akan datang.
"Selain mengalami kerugian yang dianggarkan RM6,000 semalam, keadaan perhimpunan amat menakutkan dan lebih dahsyat daripada zaman komunis yang pernah saya lalui," jelasnya.
Seorang anak kepada pemilik kedai, Suzie Diana Ramli, 16, berkata, dia tidak dapat membantu bapanya semalam kerana kedai terpaksa ditutup.
"Hanya enam kedai dibuka semalam mungkin kerana terdapat beberapa sekatan jalan raya di ibu negara, namun selepas tengah hari semua kedai dilihat tidak beroperasi termasuk kedai bapa saya.
"Ketika peserta Bersih mula berhimpun dan keadaan semakin kecoh, orang ramai serta peniaga mula mencari lokasi selamat seperti di dalam bangunan berhampiran bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya lagi.
Sumber:Utusan Malaysia
Kebanyakan kedai tutup sejak subuh sehingga 4.30 ptg(demo selesai di KLCC) ,maksudnya tidak ada peniaga yang rugi disebabkan oleh kerosakan asset atau sumber perniagaan.Beerti, kerugian 100 juta adalah kerugian kerana mereka tidak berniaga separuh hari sabtu.
Kita kira sama-sama
100juta/5000 peniaga = RM20,000
Waaaawwww…!!!
Peniaga kecil dan sederhana secara purata memperolehi untung bersih sebanyak Rm20,000..
Jual apa sampai untung sebanyak ini? Jual goreng pisang? Baju bundle? Beg ? Kedai makan?
Agak-agaklah wei..Orang-orang yang interview termasuk IKHLAS terang-terang menghina daya intellectual rakyat Malaysia.
Kalau betol untung banyak nie, baik aku buat part time business tiap-tiap hari sabtu jam 8.00pg-4.30ptg di KL. Aku berniaga 4 hari sahaja dalam sebulan sudah cukup untung mendapat keuntungan sebanyak Rm80,000..Patutlah harga kereta Proton mahal nak mampus, sebab rakyatnya yang bekerja sebagai peniaga kecil dan sederhana mampu untuk buat bayaran secara cash..!!!
kedai-kedai yang ingkar dengan arahan POLIS supaya kedai mereka ditutup.
Agak-agak berapa untung kedai dalam gambar??Hampir kesemua adalah kedai mamak,kedai cina dan kedai serbaneka. Kedai melayu aku nampak satu je, yang buka kat masjid india, kedai jual kopiah,tasbih dan barang-barang sunnah. Kedai melayu lain sume tutup.Sama ada mereka terlibat sekali dengan BERSIH atau mati-mati kena tipu dengan PDRM..
Betollah kata pepatah melayu moden
Biakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama jadi menteri
Bercakap bohong lama-lama jadi menteri
"
1 ulasan:
untung besar tp pinjman bank x mmpu byr gak..
hehe..
sumber tdekat bgtau, depa bkn nk tutup pun premis masa hr kejadian, tp PDRM yg suruh tutup, WAJIB!! cm depa tutup jln gak la, kwsn x tjejas pun depa gi tutup pasai pa?
Catat Ulasan