“Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih . Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu , pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu.”
Surah Yunus, ayat 19
Itulah permulaan kepada kini dan permulaan kepada pentas dunia yang kita lihat kini. Umat yang satu dari diri yang satu. Pada tekaan awalnya, itulah umat nabi adam. Hanya Adam dan Hawa serta beberapa orang anaknya. Jika kita melihat sepintas lalu, itulah yang kita akan dapati. Jika di kaji terma ‘umat’ itu, ia bererti ‘segolongan manusia yang berkelompok yang mempunyai kesamaan’. Terma ‘segolongan’ itu pula bukannya bermaksud 10-100 orang, bahkan ia adalah melibat ribuan orang. Ia adalah mengenai Umat, bukannya kaum atau kumpulan manusia.
Setahu saya, nabi Adam mempunyai umur yang cukup panjang dan di katakan umurnya melebihi 1000 tahun. Kemudiannya, legasinya di teruskan oleh anak cucunya. Dalam usia 1000 tahun dan di sambung oleh anak cucunya yang mungkin melangkaui umur ratusan tahun itu, pelbagai usaha dapat di buat.
Apa yang saya maksudkan ialah, perkembangan manusia bermula dari Adam itu cukup produktif. Jarak Adam sehinggalah cucunya Nabi Idris adalah cukup lama. Tapi, saya rasa kita akan berfikir bahawa orang zaman dulu hidupnya di gua-gua serta memburu bintang dengan tombak dan sebagainya, meskipun usia mereka melampaui ratusan tahun.“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
Surah Al-Baqarah, ayat 31
Allah telah mengajar Adam mengenai ‘nama-nama’. Di dalam dunia sufi (hakikat dan makrifat), nama-nama (ismu) adalah tentang kerahsiaan. Dunia di cipta kerana adanya ‘nama’. ZatNYA yang di ‘maujud’kan harus mempunyai nama. Dari ‘nama’ itu, terbitlah ‘sifat’ dan dari ‘sifat’ terbitlah ‘kelakuan’.
ADAM TELAH DI AJAR TENTANG SEGALA-GALANYA TENTANG DUNIA DAN AKHIRAT.
Jika Adam yang ‘bijaksana’ itu tinggal di gua-gua dan memburu binatang dengan tombak, apakah ia menentang apa yang telah di beritahu di dalam Quran?! Dan adakah Adam hanya mengunakan ‘kebijaksanaan’ itu hanya untuk diri sendiri. Sudah tentu tidak. Ia akan di ‘wasiat’kan kepada anak cucunya yang terpilih.
Kenapa terpilih?
Ini kerana peristiwa Habil dan Qabil itu memulakan peristiwa baru yang belum pernah terjadi sebelum ini di era ADAM. Ia adalah lambing kepada jahat dan baik, ego dan ikhlas, patuh dan engkar dan sebagainya. Jadi, wasiat ‘nama-nama’ ini di serahkan kepada siapa? Itulah persoalannya, tapi jika di amati, wasiat itu kita akan dapat lihat pada perilaku Nabi Idris a.s.
Harus di ingat formula ini:
ZATNYA – NAMA – SIFAT PADA NAMA – KELAKUAN PADA SIFAT
Contoh: ALLAH mencipta sesuatu benda yang bercahaya dan menjadi penyuluh di malam hari. Nama kepada benda itu ialah Bulan. Bulan di panggil oleh rumpun Melayu. Moon di panggil oleh barat dan Qamar di panggil oleh Arab. Nama ialah isyarat untuk berkomunikasi. Sifat kepada nama ‘Bulan’ tadi itu adalah seperti bercahaya dan cantik. Kelakuan pada sifat itu pula, bulan hanya muncul di waktu malam. Dek kerana itulah di kelihatan cantik kerana tiada benda lain yang lebih terang di langit selain bulan.
Formula inilah yang menyebabkan wali-wali ALLAH mampu melakukan perkara di luar adat. Apa yang pasti, kita harus tahu di mana hendak ‘dijatuh’kan iktikad itu dan setakat mana keyakinan kita pada aturan itu. Dari mana saya tahu tentang ini? Tidak lain tidak bukan, dari pengembaraan saya di dalam dunia ‘sufi’ dan kedegilan saya untuk membantu ‘melayu’.
Formula inilah yang mampun untuk ADAM dan anak cucunya membina sesuatu di dunia ini. ADAM adalah khalifah pertama. Khalifah bermaksud ‘wakil tuhan untuk mengurus dunia’. Dari situ, dengan kemampuan luar biasa yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada hambaNYA, Adam, maka terciptalah satu legasi.
Dalam tempoh 1000 tahun dan dengan berbekalkan kebijaksanaan ‘nama-nama sekaliannya’ itu, Adam mampu mengolah fizikal dan spiritual atau mungkin perkara yang tidak kita ketahui. Tidak mustahil dalam tempoh 1000 tahun itu, Adam tidak ‘mencipta’ syurga untuk isteri dan anak-anaknya. Memori syurga di dalam diri Adam itu tidak mustahil tidak di aplikasikan di dunia ini. Syurga dunia tidak akan sama dengan Syurga di ‘sana’, walaubagaimanapun, syurga dunia adalah nyata pada fizikalnya.
Dari situ, bermulalah ketamadunan era ADAM. Legasi itu berterusan sehinggalah muncul bandar-bandar para ‘dewa’. Dewa di sini bukanlah bermaksud ‘tuhan’ selain DIA. Hanya kita saja yang mengunakan terma dewa untuk mendewa-dewakan manusia berkebolehan luar biasa ini. Saya di beritahu oleh seorang tua, bahawa ‘para dewa-dewa’ ini tidak suka bila manusia bertuhankan mereka. Bahkan mereka menyembah tuhan yang satu.
Ketamadunan ADAM itulah di gelar sebagai ‘umat yang satu’. Hidup dalam kebahagian. Walaubagaimanapun, ada perselisihan terjadi pada suatu zaman. Ia ibarat takdir yang harus di lalui oleh manusia pada era itu. Apa yang saya baca, perselisihan itu terjadi kerana ada segolongan yang tidak mempunyai ‘keluarbiasaan’ membuat onar. Ada pendapat mengatakan golongan ini bukan calang-calang orang. Mereka ini hebat dalam ilmu fizikal, lantas sebuah ketamadunan di gelar Atlantis di bina.
Pada era ADAM, manusia terdiri dari keluarga diraja, para pedagang, pekerja dan penyelidik. Tapi, ada di antara golongan-golongan ini tidak menyukai ‘para dewa’ yang mengurus bumi sebagai khalifah. Dek kerana itulah mereka berdendam dan cuba menjadi ‘tuhan’. Perselisihan ini kemudiannya menyebabkan perang yang amat besar dan ia ada di nyatakan dalam hikayat Ramayana dan Mahabrata.
AKhirnya perang ini menyebabkan kedua-dua golongan ini rugi lantas berpecah. inilah perang antara Atlantis dan Lemuria. Banjir besar noh itulah yang menengelamkan segala-galanya. Tidak pula di ketahui jarak masa ADAM sehingga tempoh peristiwa banjir Nabi Nuh yang mana di simpan elok dalam memori setiap insan sejak dulu hinggalah kini. Apapun, itulah permulaan dari pengakhiran era ADAM.Apakah yang terjadi sehinggakan berlakunya perang besar yang hebat itu? Masih wujudkah ‘wasiat Adam’ dan ‘Ilmu segala’ itu? Apakah peranan dewa-dewa itu dan bagaimana mengenalinya? Apa pula kaitan Melayu dan umat yang satu ini?
1 ulasan:
trima kasih atas ingtan ini...:D
Catat Ulasan