Samada kita perasan atau tidak bil eletrik bulan ini mencanak naik antara 30 -50 peratus. Lazimnya bila TNB berhasrat untuk menaikkan bil maka akan diwar-warkan 1 malaysia. Tapi kali ini nampak lain sikit. Ribut tak de hujan tak de tetiba TNB dah naikkan tariff eletrik melalui cari pengiraan bill berbelit dan penuh strategi. Ramai yang mengeluh. Termasuk pak cik dan mak cik ahli UMNO kat kampong. Dah la harga barang-barang keperluan harian yang tidak pernah tahu apa istilah turun harga di tambah lagi dengan kenaikan caj eletrik, menyebabkan ramai pihak termasuk ahli UMNO yang berdendam kepada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Di tambah dengan sindiran penyokong Pakatan Rakyat ahli UMNO boleh dapat diskaun bill TNB dengan syarat tunjukkan bukti keahlian UMNO. Bertambah bengang penyokong UMNO terhadap kerajaan UMNO ciptaan Najib 1 Malaysia. Terima kasih TNB kerana turut membantu menjahanamkan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Apabila TNB naik bill yang jadi sasaran rakyat ialah kerajaan UMNO dan BN. Tu yang seronok tu. Semua orang tahu TNB asalnya adalah agensi kerajaan yang tugasnya membekalkan tenaga eletrik kepada seluruh rakyat Malaysia. Nama asalnya adalah LLN (Lembaga Letrik Negara) Ketik era LLN memang ia benar-benar menyediakan kemudahan eletrik kepada rakyat Malaysia dengan kadar bayaran yang amat munasabah. Ia tidak berorientasikan keuntungan. Ia benar-benar bekerja untuk memberi khidmat terbaik untuk rakyat.
Namun apabaila LLN ditukarkan menjadi TNB (Tenaga Nasional Berhad) maka ia telah menjadi sebuah syarikat korporat yang telah sampai ke tahap keparat. Semua pekerja TNB semua peringkat diajar dan dilatih bagaimana nak maksimakan keuntungan dan mengurangkan kos sepanjang masa. Soal kebajikan rakyat tidak lagi menjadi keutamaan. Kerana mereka tahu rakyat tidak mempunyai alternative lain untuk mendapatkan tenaga eletrik. Apa jadi pun rakyat akan tetap membeli daripada mereka. Yang agak bernasib baik tidak lain tidak bukan ialah pekerja TNB sendiri. Mereka tidak lagi perlu beratur panjang untuk dapatkan rawatan di klinik / hospital kerajaan. Mereka cuma perlu pergi ke mana-mana pusat rawatan pakar yang semakin bercambah untuk dapatkan rawatan. Di sana segala-galanya bersifat esklusif. Tidak seperti mana keadaan di hospital kerajaan. Ada juga pekerja-pekerja TNB yang dapat diskaun bekalan eletrik. BIla bermesyuarat ketua-ketua esekutif TNB hanya bermesyuarat di hotel-hotel 5 bintang. Mengalahkan pengarah-pengarah Jabatan Kerajaan yang hanya bermesyuarat di hotel 3 atau empat bintang. Tu pun tengok hotel mana sebab banyak hotel 3 dan 4 bintang dah naikkan kadar pakej mesyuarat.
Kemudahan yang diterima oleh kakitangan TNB adalah baik. Tetapi harus diingat setiap keuntungan yang diperolehi oleh TNB yang bakal dinikmati oleh pekerja TNB adalah penderitaan seluruh rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar lebih tinggi untuk bil eletrik . TNB tidak seperti petronas yang bergerak diluar negara untuk menjalankan perniagaannya. Keuntungan utama TNB hanyalah datang dari poket seluruh rakyat Malaysia yang terpaksa bayar bill eletrik yang lebih tinggi. Untuk memaksimakan keuntungan TNB tiada cara lain selain menaikkan caj bill eletrik. Maka rakyatlah akhirnya yang menjadi mangsa dan menderita.
Siapakah yang menjadikan TNB sebuah syarikat korporat yang keparat? Orang ramai tidak nampak ia berpunca dari pengarah urusan TNB walau pun ia menerima lebih sejuta setahun untuk gaji beliau. Atau esekutif TNB atau pekerja bawahan TNB yang bekerja siang dan malam. Tapi yang orang ramai nampak tidak lain dan tidak bukan semuanya berpunca dari Kerajaan UMNO/ BN yang pada satu masa duhulu yang beria-riakan untuk menswastakan LLN hingga menjadikannya syarikat korporat yang keparat. Sekali lagi syabas dan tahniah TNB kerana berjaya menambahkan kemarahan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional."
1 ulasan:
apakah maksud anda 'terima kasih tnb kerana bantu menjahanamkan kerajaan'?? mungkin saudara tak ada saudara mara yang bekerja sbg staff tnb ?
Catat Ulasan