Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 23 September 2011

Sampai kucing bertandukpun UMNO tak akan laksanakan HUDUD












UMNO menyangak lagi.Kali ini mengulangi keengkaran Mahadir yang pernah berkata HUDUD Kelantan adalah HUDUD PAS, sebab itu dia menolaknya.Kini giliran  Muhyiddin yang menyebut kita belum sampai ketahap di mana kita merasakan sudah sesuai masanya(untuk melaksanakan hudud).Inilah alasan dan dalihan yang sering dilaungkan UMNO setiap kali ada desakan untuk melaksanakan hudud.Memang benar kata kata Mahyudin bahawa pengetuan tentang hudud masih belum berkembang dan sudah tentu benar masih ramai rakyat termasuk orang Islam sendiri tidak faham hudud.

Tetapi Mahyudin secara jelas menyembunyikan kebenaran apabila tidak menyebut bahawa kekurangan pengetahuan tentang hudud ini berpunca dari UMNO juga dan inilah dasar penyangak yang diteruskan UMNO sekalipun ianya melibatkan hukum ALLAH.Mahyudin, anak seorang tok guru mungkin tak takut mati ketika mengatakan sedemikian.

Sejak merdeka, berlambak pemimpin UMNO menegaskan HUDUD tidak akan dilaksanakan di Malaysia.Ada pemimpin mereka berkata undang undang Islam sudah lapuk, negara akan mundur kalau hudud dilaksanakan kerana ramai rakyat yang kudung, hudud tidak boleh dilaksanakan di negara yang majmuk dan berbagai bagai lagi.Begitu juga ketika satu PRU lalu, UMNO meletakkan perayu perayu undi mereka dipintu pintu masuk pusat mengundi untuk melakonkan aksi potong tangan dan kaki dengan tujuan menakutkan pengundi bukan Islam kepada PAS.
Kini Mahyudin mengulangi alasan majmuk tetapi dengan olahan ilmu.Dia berkata ilmu tentang hudud perlu disebarkan dan pada takat ini ilmu tersebut masih belum cukup berkembang dan oleh itu negara belum bersedia untuk perlaksanaan hudud.
Tetapi Mahyudin tidak pula mengatakan sebab sebab kenapa ilmu tentang hudud masih belum tersebar setelah 54 tahun negara merdeka? Mahyudin adalah seorang yang bebal yang menjadi penyangak negara kerana pura pura tidak sedar yang rakyat sudah nampak dengan jelas kenapa ilmu hudud masih belum bersedia dilancarkan di Malaysia.Kes Ustaz Samsyuri yang ditahan ISA dan kitab yang dibacanya dirampas masih segar dalam ingatan rakyat sebagai bukti jelas bahawa UMNO menerusi kuasa kerajaan tidak mahu rakyat tahu tentang hudud.
Kes Ust. Syamsuri menjadi bukti jelas di mata rakyat tentang keenggangan UMNO untuk melaksanakan perintah ALLAH itu.Kemudian UMNO meneruskan polisi polisi menjauhi rakyat dari hudud menerusi polisi polisi hiburan negara yang memberi lesen kepada media elektronik, memberi berbagai bagai faciliti kepada industri hiburan negara untuk merancakkan rancangan rancangan hiburan yang melalaikan, menjurus kepada galakan melakukan kesalahan hudud dan artis artis yang terbabit ada yang diberi sanjungan sehingga ada yang diberi pingat kebesaran negara.
Personaliti seperi Aznil Hj. Nawawi,Johan raja lawak, Zizan raja lawak,Nabil dan lain lain termasuk artis artis wanita terus dibiarkan meneruskan agenda maksiat tanpa sekatan sehingga filem filem yang menghina agamapun dibiarkan dibuat oleh golongan ini.
Sementara di peringkat daerah, majlis majlis tempatan terus menerus menjadikan agenda hiburan sebagai acara tahunan mereka.Pekan pekan budaya dijadikan acara tahunan untuk menjadikan rakyat terus lalai serta berisiko untuk melakukan kesalahan hudud.Sementara stesyen TV swasta diberi lesen untuk menganjurkan acara hiburan lagho sepeti pesta jom heboh dan seumpamanya.Begitu juga pusat hiburan swasta seperti Genting Highland serta pusat pusat membeli belah terus diberi kebenaran untuk menganjurkan acara hiburan seumpama atas alasan promosi, tidak kurang juga artis artis luar negara yang dibawa masuk sehingga ada yang menarik minat isteri isteri pemimpin UMNO.
Kerancakan remaja merempit di jalanraya sambil membahayakan orang lain tidak cuba diatasi secara berhikmah dan bersungguh sungguh.Begitu jugalah masalah dadah dan lain lain masalah sosial lain.Tiada arah, panduan agama yang diberikan dalam usaha usaha pencegahan ini malah dalam kes kes tertentu kalangan remaja yang merempit dan penagih dadah ini digunakan pula untuk survival UMNO.
Sementara sehingga kini,tiada satupun majlis majlis limu yang  tersusun dan istiqamah yang dianjurkan kerajaan malah di kebanyakkan tempat masjid dan surau yang diuruskan oleh UMNO terbiar termasuk di satu kampung suraunya kini diimarahkan oleh warga Bangla.
Sejak bilakah UMNO memulakan tarbiyah kepada hudud?jawapannya null.Tidak ada sehingga kini malah tarbiyah yang mudah untuk melihat isteri isteri mereka menutup auratpun masih belum terlaksana walaupuna ada seorang dua isteri menteri/menteri besar termasuk isteri Mahyudin menutup aurat.Jadi adalah dipercayai sekiranya UMNO terus diharapkan untuk melaksanakan hukum ALLAH ini, alamat sampai kucing bertandukpun tidak akan terlaksana.

Tiada ulasan: