Air zam-zam palsu ini tidak hanya dijual di jalan tol yang menghubungkan Kota Makkah dan Jeddah. Tapi juga banyak penjual air suci palsu ini di sekitar Masjid Al-Haram, Makkah, dan Masjid Nabawi, Madinah. Ini merupakan dua masjid suci bagi umat Islam. Penjualan zam-zam palsu ini berlaku 24 jam.
Di sekitar Masjid Al-Haram, perdagangan zam-zam palsu ini berpusat di kawasan Al- Ghazzah. Dikatakan pendatang dari Afrika, Bangladesh, dan Burma mengisi penuh air zam-zam dalam bekas. Kemudian bekas ini yang masih kosong dicampur dengan air biasa dan ditambahkan dengan sedikit air zam-zam.Ini berlaku di daerah Kudai.
Kalangan muslim menganggap air zam-zam sebagai air suci dan boleh mengubati penyakit. Air dari telaga yang tidak pernah kering sejak zaman Nabi Ibrahim itu selalu menjadi ole-ole wajib bagi yang beribadah haji atau umrah ke Arab Saudi. Air zam-zam ini tidak dieksport untuk kepentingan bisnis.Air Zam-Zam Tercemar Dibantah Pemerintah Arab Saudi
Sementara itu pemerintah Arab Saudi telah membantah kenyataan bahwa air Zam Zam –yang berasal dari mata air didalam kompleks Masjidil Haram Mekah tercemar dan menegaskan tak ada ancaman kesehatan pada air suci itu. Dewan Pimpinan Urusan Dua Tempat Suci mengatakan di dalam satu pernyataan, Sabtu (7/5), dewan tersebut tidak menerima laporan yang menyatakan ada masalah dengan air Zam Zam, yang aman untuk diminum.
Itu bukan pertama kali ada usaha untuk memburuk-burukkan air Zam Zam.Sementara itu, Kedutaan Besar Arab Saudi di London mengeluarkan kenyataan yang menegaskan air Zam Zam tidak tercemar dan kajian di pelbagai makmal di Eropah pada Mac lalu mengesahkan air tersebut selamat untuk diminum. Raja Abdulah pada September lalu telah merasmikan projek bernilai US$187 juta yang mampu mengisi 200,000 botol sehari di Mekah.
3 ulasan:
berhati-hati lah...
kat mekah pon ada yg palsu..aishhhh...susa la mcm ni...air zam2 ni byk khasiat...
untung punya pasal sanggup menipu!
Catat Ulasan