Tiba-tiba Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS, membawa satu sudut pandangan dan perspektif diluar dari kotak pemikiran rakyat Malaysia dengan satu lontaran bahawa mereka yang menyerang balai polis di Bukit Kepong dalam peristiwa 150 itu adalah pejuang yang menentang penjajah, bukan penderhaka. Meskipun di Bukit Kepong itu ada polis dari kalangan orang Melayu, Kongo, India, Sri Langka, dan Orang Asli mati dibunuh oleh penyerang, kematian pegawai polis ini tidak perlu dihebohkan oleh rakyat Malaysia kerana pegawai polis yang mati itu bukan pejuang yang menentang penjajah tetapi mempertahankan penjajah. Mereka bersumpah taat setia kepada Queen Elizabeth, dan bukan kepada Raja-Raja Melayu.
Dengan lontaran tersebut, UMNO menjadi kelamkabut, PM menjadi kalut, TPM menjadi bertih digoreng dalam kuali panas, manakala orang UMNO lain menganga lopong bagiamana terkena kejutan letrik. Pakar-pakar sejarah tanah air yang mendapat didikan barat mula termenung sebentar untuk “learn, unlearn, and relearn” sejarah Malaysia.
Kalau rakyat Malaysia berfikir secara jujur dan terbuka dalam menilai sejarah Malaysia, kita akan dapati:
- Ada rakyat yang bangun menentang penjajah Portugis, Belanda, dan British serta Jepun yang menjajah Malaysa. Penentangan ini dibuat oleh kebanyakannya daripada golongan agamawan Melayu dari pondok. Di zaman British, golongan agamawan yang terdiri daripada ulamak ini diburu, ditangkap, dibunuh, dan ada yang dibuang daearah “ke Mekah” kerana golongan ini menentang penjajah. Penjajah itu bukan kerajaan Malaya yang sah ketika itu tetapi satu regim, manakala Raja-Raja Melayu yang memerintah negeri-negeri di Malaya disekat dan dibekukan kuasa mereka. (nota: regim maknaya pemerintah yang tidak sah bagi sesebuah negara; kuasa pemerintahan dirampas).
- Apabila Jepun menakluk Malaya, ada rakyat Melayu dan Cina yang bangun menentang penjajah Jepun samada secara sendirian atau bersama Parti Kominis Malaya yang berkebetulan Jepun menganggaap orang Cina sebagai musuh tradisi mereka sebelum dan selepas Perang Jepun-China pada tahun 1940an. Apabila Jepun menakluk Malaya, orang Cina dan British adalah musuh utama kepada Jepun. Kehadiran Parti Kominis Malaya tidak ada kaitan dengan golongan agamawan tetapi ada kaitan dengan pemerintahan kominis di Tanah Besar China pada masa itu. PKM menentang Jepun adalah rentetan dari Perang Jepun-China.
- Semasa penaklukan Jepun ke atas Malaya, ada orang Melayu (termasuk Sarjan Hassan, Leftenan Adnan dll) yang berkhidmat dalam tentera Brtish iaitu penjajah yang menentang Jepun, atas sifat mereka sebagai pegawai British, bukan sebagai Askar Melayu DiRaja kepada Raja-Raja. Oleh itu, askar British yang terdiri dari orang Melayu, Kongo, India, Sri Langka, dan Orang Asli ini adalah pekerja British, bekerja untuk British, bukannya penentang British yang menjadi penjajah.
- Selepas Jepun menyerah kalah, British terus menyambung pemerintahan penjajahan mereka, dan banyak ulamak yang terus bangun menentang penjajahan British diburu, ditangkap, dibunuh, dan dibuang daerah. Dan orang Cina dari parti kominis yang turut sama bangun untuk menghalau penjajah British juga diburu, ditangkap, dan dibunuh. Orang Melayu, Cina, dan India lain yang berada di bawah pemerintahan regim British “terpaksa” akur kepada pemerintahan British yang disokong oleh gologan Melayu yang mendapat pendidikan barat.
- Persoalanya sekarang, siapakah pejuang sebenar yang menentang penjajah British? Siapa pula pengkhianat negara yang menjadi tali barut British? Siapa pula yang dapat jawatan untuk memerintah Malaysia selepas British keluar dari bumi Malaysia?
Inilah satu titik sejarah tanah air Malaysia, di mana rakyatnya diajak berfikir dan tidak mengikut telunjuk pemimpin Malaysia secara membuta tuli.
Golongan agamawan Melayu yang dipimpin oleh ulamak menubuhkan PAS (termasuk datuk kepada Tun Abdullah Badawi, bagi bertujuan membetulkan kesilapan pemimpin Melayu yang rata-rata terdiri dari UMNO yang menipu rakyat dan menjadi tali barut kepada British, dan mengekalkan falsafah dan amalan pemerintahan British di Malaysia hingga hari ini.
PAS ditubukan di awal 50an adalah antaranya kerana tidak mahu menjadi lembu dicucuk hidung oleh UMNO dan tidak mahu mengikut pemimpin Malaysia yang ramai daripada UMNO secara membabi buta.
PAS bangun menentang UMNO antara lain kerana UMNO mengekalkan roh dan pemikiran penjajah British dalam pentadbiran negara melalui pemerintahan sekular yang menolak kuasa mutlak Tuhan dan meletakkan kuasa tangan manusia melalui demokrasi untuk memutuskan halal atau haram mengenai sesuatu perkara.
UMNO meluluskan judi, arak secara berleluasa, pelacuran, riba, rasuah, dan penipuan dan penyelewengan dalam banyak perkara termasuk dalam proses pengurusan pilihanraya umum.
Semoga rakyat yang cerdik, jujur, dan berani dengan menggunakan ilmu dan akal bangun membetulkan UMNO dan Malaysia.
Semoga rakyat yang cerdik tetapi tidak jujur dan tidak berani (atas pagar) terbuka hati mereka untuk berfikir di luar kotak. Semoga rakyat yang tidak cerdik tetapi jujur dan berani akan bangun menjatuhkan UMNO-BN dalam PRU ke 13.
Semoga rakyat yang ikut UMNO secara membuta tuli dan ada kepentingan peribadi dan kepentingan dunia semata-mata akan menyesal di kemudian hari.
Bacalah siapa itu Pak Sako, Tok Janggut, Mak Kilau, Dato’ Bahaman, Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Tok Ku Paloh, Hj Abdul Rahman Limbong, Tuan Haj Hussien dalam konteks pejuang kebangsaan tulin?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan