Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 24 September 2011

2011 Matahari sudah terbit dari barat



2011 sudah menjelma, dan ia menjadi sebuah permulaan bagi semua orang dan ada juga yang menjadi titik akhir bagi mereka. 2011 menjadikan saya untuk lebih komit dengan kesilapan yang saya lakukan sebelum ini, dan saya berazam untuk tidak mengulanginya dan saya mengharap kekuatan dari sang pencipta untuk memberi saya NUR dalam perjalanan kembara kehidupan ini.
Saya ada bertanya kepada seorang kawan, tentang Matahari Terbit dari barat. Jawapan yg saya terima adalah yang terbaik sehingga memberikan saya ruang masa untuk menulis pada hari ini. Kata kata seseorang boleh diterjemahkan dalam 2 bentuk. Kita boleh menterjemahkan ia dalam bentuk yang terang dan kita juga boleh mengandaikan ia adalah metafora.
Tidak bermakna tafsiran peribadi boleh dijadikan untuk tafsiran umum, ia sekadar sebuah pemahaman peribadi untuk memahami betapa benarnya ramalan yang telah disampaikan oleh seorang nabi junjungan ummah Muhammad S.A.W.
Bila menyebut matahari, ramai memikirkan matahari fizikal yang menerangi bumi dan menjadikan masa yang dilalui sebagai siang. Tanpa matahari, masyarakat melalui proses malam.
Kalau dari sudut metafora, matahari dilihat sebagai permulaan bagi hari yang baru. Matahari adalah simbol permulaan.
Kalau dilihat dari sudut metafora, sudah berpuluh tahun matahari terbit dari barat. Sistem pendidikan yang diiktiraf adalah sistem yang digunakan dari barat.
Sistem ekonomi hari ini, hanya sistem dari barat sahaja yang diguna pakai.
Sistem kehakiman, sistem pertahanan, sistem kemasyarakatan, hampir keseluruhan sistem yang diguna pakai pada hari ini adalah sistem yang lahir dari barat.
Setiap manusia memulakan harinya dengan sistem yang datang dari barat.
Pada ketika matahari sudah terbit dari barat, IMAN tiada guna lagi.
Pada zaman ini, sesiapa sahaja yang membuat keputusan dengan sandaran iman, hanya akan mendapat kepuasan diri sendiri dan keputusan sandaran iman itu hanya dinikmati bagi orang beriman. Ia tidak bermanfaat kepada sistem yang diguna pakai pada hari ini.
Sebagai contoh, orang orang yang sudah terperangkap dengan sistem masyarakat yang suka melihat kemasyhuran, keputusan yang dibuat adalah sandaran nafsu, iman tiada guna lagi.
Dalam membuat apa pun jua, mereka akan menilai baik dan buruk tanpa perlu melihat dimana kedudukan iman.
Iman hanya berguna kepada mereka yang mahu mencari jalan menuju tuhan, iman hanya berguna bagi mereka yang mahu melihat sang pencipta.
Inilah permulaan yang baru bagi saya dan menyedari bahawa mentari sudah terbit dari barat dan sesungguhnya iman tiada berguna lagi dizaman ini.
benarlah semua ramalan mu junjungan ummah Muhammad S.A.W.
Selawat buatmu.

2 ulasan:

Muhd Amirul Ashraf berkata...

Ada juga penerangan scientific. Ada pendapat bahawa mantel bumi yang berpusing dalam bumi pernah berubah arah menjadikan pola magnetik bumi berubah (utara jadi selatan, selatan jadi timur), jadi kat kompas, barat jadi timur, timur jadi barat. Fenomena itu dikatakan pernah berlaku sebelum ini lebih kurang pada beberapa ribu tahun lepas atau beberapa ratus tahun lepas. Dan dikatakan akan berlaku kembali pada kurun ini.

Jejaka Terhangat berkata...

ada logiknya jugak kalo nak ikut metafora..tp tanda2 kiamat besar spt asap meliputi bumi, bencana alam semakin banyak, semuanya jelas secara visual..utk matahari terbit dari barat ni, wallahualam..