Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 27 September 2011

Isu Hudud dilaksanakan di Malaysia, dimana "Pendirian" Anda?



Isu Hudud dilaksanakan di Malaysia, dimana "Pendirian" kita?

Baru2 ini negara dihangatkan "KEMBALI" dengan isu Hudud yang dibangkitkan oleh Parti Pembangkang(pakatan rakyat serta beberapa NGO)

Isu hudud di Malaysia sudah beberapa kali "DIHANGATKAN" di media2 "bawah tanah"(media bawah tanah merujuk kepada media2 selain arus perdana, yakni BLOG, dan FORUM"

Isu hudud ini juga telah dijadikan satu "alat" yang dikatakan oleh pihak2 Parti Pembangkang sebagai yaitu alat untuk menakutkan Penduduk malaysia. "Tuduhan" ini(kenyataan bahawa isu hudud digunakan sebagai satu "ALAT" untuk "menakutkan" penduduk malaysia) telah saya dapati sebagai satu Tuduhan yang berasas.

Lihat saja didalam catitan didalam Surat Khabar Media Perdana ini. yang diterbitkan pada 25 September 2011. Satu catitan didalam akhbar melayu ini yang boleh dilihatkan bahawa isu Hudud ini dibangkitkan untuk kepentingan "politik". dan jika anda lihat di"akhbar" bahasa inggeris yang diterbitkan oleh Syarikat yang sama, dinyatakan "KETEGASAN" kerajaan tentang isu Hudud. Perkataan NO TO HUDUD telah ditulis dalam Capital letter(huruf besar) untuk menunjukkan ketegasan tentang pekara ini, yaitu perlaksanaan isu hudud diMalaysia

 
Mari teruskan perbincangan"Isu Hudud dilaksanakan di Malaysia, dimana "Pendirian" kita?" dengan menekan butang Klik seterusnya


Isu Hudud dilaksanakan di Malaysia, dimana "Pendirian" kita?
Untuk penulisan kalini, saya cuma ingin menyentuh tentang Pendirian pembaca2 mengenai isu hudud. Saya yakin, isu hudud ini dimainkan hampir setiap TAHUN, hangat seketika, kemudian senyap, kemudian hangat, kemudian senyap. kenapa senyap? kerana diwaktu "KEMUNCAK" isu hudud ini, kita di'alih'kan dengan isu2 yang lain (LIWAT,MURTAD, PERANG POLITIK dan LAIN2).

Ingin saya tegaskan, Jika pembaca saya Beragama islam, bahawa Hudud bukanlah satu perkara yang boleh "DIMAIN-MAINKAN", kita tidak boleh pertikai tentang "PERLAKSANAAN" hudud, "FALSAFAH" hudud, dan segalanya berkaitan hudud. Ya! saya amat tegas dibahagian ini, HUDUD adalah hukum yang DITURUNKAN oleh Allah, dinyatakan dengan jelas didalam AL-QURAN, dan diperjelaskan lagi oleh RASUL kita, Nabi Muhammad.

Terdapat Banyak surah didalam Al-Quran yang menyentuh tentang Hukuman Hudud.
boleh baca disini: http://ilmudanamalan.blogspot.com/2008/12/perintah-hukum-hudud-di-dlm-al-quran.html
bahkan hudud juga diterangkan oleh RASUL kita, Nabi Muhammad melalui Hadith.
boleh baca disini: http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=139:28-terjemahan-hadits-shahih-muslim-kitab-hudud&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=13

sebelum meneruskan perbincangan saya, ingin saya tegaskan serta "TUJUKAN" kenyataan saya yang seterusnya kepadabeberapa "penyokong" tegar pembangkang, yang saya yakin tidak paham beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh "penyokong" kerajaan. kebanyakkan kenyataan mereka (Penyokong kerajaan) bukanlah untuk Menentang isu HUDUD, akan tetapi mereka cuma mempertikaikan Perlaksanaan Hukum Hudud dinegara kita.
Terdapat perbezaan yang BESAR diantara MENENTANG HUDUD dan MENENTANG HUDUD DILAKSANAKAN DIMALAYSIA.
Saya harap anda Jelas tentang perbezaan dua perkara ini. cuma cara mereka sampaikan tidak JELAS, itu ja. ini kerana mungkin mereka menulis dalam perasaan MARAH dan Beremosi. jadi kita anggap merena cuma MENENTANG HUDUD DILAKSANAKAN DIMALAYSIA dan bukannya MENENTANG HUKUMAN HUDUD, kecualilah itu kenyataan mereka. Bersangka baik (HUSNUZON)

Jadi, Mari  kembali kepada topik asal.

Isu Hudud dilaksanakan di Malaysia, dimana "Pendirian" kita?
Dimana pendirian kita?
Pastikan anda membuat pendirian berdasarkan KENYATAAN yang tepat, bukannya kenyataan yang KABUR yang boleh mengundang pelbagai maksud, kalau kenyataan tersebut mempunyai banyak interpretasi, itu yang terjadinya seperti kes diatas, mempunyai 2 perbezaan.

yang pastinya, ini kenyataan dari 2 belah pihak tentang perkara ini



Malaysian PM says no to hudud law in the country
http://ibnlive.in.com/generalnewsfeed/news/malaysian-pm-says-no-to-hudud-law-in-the-country/835261.html










tidaklah saya ingin berpihak didalam perkara ini, tetapi sebagai seorang yang beragama islam, saya sekadar ingin berkongsi satu hadith

…….Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah Hudud! tidak boleh kita pertikaikan, kerana itu adalah Hukum Allah.
Mempertikaikan "relevant" perlaksaanaan disesuatu negara bukanlah menunjukkan mereka Mempertikaikan hukum Allah, akan tetapi mereka mempertikaikan berlandaskan hujah2 yang telah mereka jumpai (Walaupun kebanyakkan hujah tidak releven).[saya bersangka baik dibab ini]  Jadi,
jika saya disoalkan dengan soalan
Isu Hudud dilaksanakan di Malaysia, dimana "Pendirian" Anda?
  

Pastinya, tanpa sebarang was2, dan berdasarkan hujah2 yang saya ketahui, akan saya pilih, SETUJU dengan perlaksanaan tersebut.   
ini kerana, diwaktu Ini, sudah banyak negara melaksanakan Hudud tanpa sebarang masalah, Ya! pastinya anda akan mengatakan "mereka negara islam, penduduk semua islam". saya akan tangkis pendapat anda! Pembincangan penuh, beserta gambar dan info, dan juga beberapa persoalan untuk membuka minda kita di - http://hawauyu.blogspot.com/2011/09/isu-hudud-dilaksanakan-di-malaysia.html


tidak ada satu NEGARA pon yang 100% penduduknya Beragama islam, yang ada cuma JUMLAH PENDUDUK ISLAM MENDOMINASI atau TIDAK. jika anda mengatakan NEGARA di NEGARA TIMUR TENGAH itu semuanya islam, ini bermakna FAKTA yang anda ketahui tidak lengkap. Kemukakan Fakta jika anda ,katakan saya salah tentang perkara ini Tahukah anda negara yang paling ramai mempunyai penduduk islam ialah INDONESIA? dan Mesir terletak dikedudukan yang KE-LIMA. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Negara paling ramai umat islam berada bukannya negara ditimur tengah. bahkah riwayat2 beserta hadith2 juga banyak menyatakan bahawa NEGARA ARAB juga mempunyai penduduk beragama selain ISLAM. yakni Kristian, Buddha, Yahudi dan lain2 sejak zaman dahulu lagi. Sebut tentang riwayat2 dan hadith, seperti yang saya katakan diatas, kita boleh membuat satu kesimpulan yang mudah, yakni Negara yang berbilang agama di timur tengah juga tiada Masalah dalam melaksanakan hukum hudud Pertikaian tentang hudud di Malaysia yang diutarakan oleh pihak pembangkang juga ditangkis dengan kenyataan "kalau nak sangat hudud, Laksanakan di KELANTAN dahulu" Amatlah cetekpengetahuan mereka2 yang mengatakan begitu, secara logiknya*(saya tidak akan memberikan fakta tentang ini, anda boleh mencari, kerana faktanya terlalu banyak) sesuatu undang2 tidak boleh dilaksanakan dengan SEWENANG2nya tanpa kelulusan dari KERAJAAN PUSAT! jika dilaksanakan juga, mereka akan didapati melawan "undang2" utama yang telah digunakan serta digunapakai sejak permulaan institusi kehakiman dimalaysia lagi.  Jadi Mengapa perlu dipertikaikan?
ya, saya Setuju dengan kenyataan "ramai" bukan islam yang Tidak mahu Hudud dilaksanakan, tapi saya tanya kembali, Adakah sebelum mereka ditanya dengan soalan samada mahu Hudud dilaksanakan itu, mereka telah diberikan 'PENDEDAHAN' yang 'SPESIFIK' tentang hukum hudud? Saya yakin tidak. ini kerana mereka telah di'Didik' oleh media2 Massa (saluran arus perdana) dengan segala jenis yang kononnya 'Kekejaman' dalam hukum hudud.  Anda katakan saya tipu? saya boleh berikan 1 bukti yang jelas.
 nampakkah anda? ditunjukkan bahawa Hudud itu tidak adil.
ini baru didalam bentuk "kartun", saya yakin anda mempunyai Aql' yang Waras untuk bayangkan apa lagi yang 'dicanang' oleh media didalam bahagian ARTIKEL. dan persoalan saya, Adakah mereka telah melakukan KAJIAN yang terperinci danBersih dari 'gangguan' politik tentang 'penerimaan' bukan islam dengan hukum hudud? maksud saya bagi perkataanterperinci dan bersih ini, para bukan islam perlulah diberi pendedahan yang SPESIFIK tentang hukum tersebut sebelum disoal. ini kerana didalam Minda kebanyakkan bukan islam, Mereka telah diterapkan bahawa hukum hudud adalah TIDAK ADIL dan KEJAM, seperti contoh mencuri = potong tangan.  Walhal, seorang umat islam perlulah tahu, bahawa sebelum seseorang dijatuhi HUKUM HUDUD, Beliau perlulah melalui pelbagai prosedur, bahkan saksi juga diselidiki latar belakangnya dahulu. SubahanAllah, Begitu terperincinya HUDUD. tahukah Anda tentang perkara ini? Ya! Hukuman HUDUD bukan boleh dijatuhkan keatas sesorang dengan begitu sahaja, terdapat pelbagai prosedur perlu dilalui untuk memastikan KEADILAN itu DIPELIHARA. bahkan didalam Hukum FIQH juga ada satu bab yang menyatakan "Sesorang itu tidak akan bersalah selagi dia tidak terbukti bersalah" (boleh rujuk buku2 FiQH, kalau anda budak UIAM, sila buka buku introduction to FIQH).
Pembincangan penuh, beserta gambar dan info, dan juga beberapa persoalan untuk membuka minda kita di -http://hawauyu.blogspot.com/2011/09/isu-hudud-dilaksanakan-di-malaysia.html

Tiada ulasan: