Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 14 September 2011

Ke Arah Manakah Unjuran Graf Dosa Kita?

Dosa?  Dosa besar atau dosa kecil? Pernahkah dosa pahala menjadi agenda perbincangan kita bersama keluarga dan rakan? Bukankah 24 jam atau 86 400 saat dalam sehari kita berada dalam perkiraan dosa pahala? 

Terdapatkah 1 detik di mana kita berada di luar zon dosa pahala?  Kalau tiada, mengapakah kita lebih memikirkan apa yang hendak dimakan dan pakaian mana hendak dipakai?  Mengapakah kita lebih utamakan akal untuk memikirkan aktiviti petang nanti atau hujung minggu berbanding menilai dosa  yang telah, sedang atau mungkin akan dilakukan?

Kita bukan Rasul atau Nabi yang maksum. Kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Justeru itu, kita mesti memberi prioriti terhadap kerja-kerja menghitung dosa pahala ini. Benar dosa sukar ditimbang dalam gram, kg atau tonne. Dosa besar mungkin boleh diumpamakan  sebesar Bukit Uhud. Dosa kecil mungkin seumpama ketul-ketul batu. Namun, apa kata kalau kita congak dan taksir berat dosa harian kita lalu kita berazam meminimumkannya dari sehari ke sehari.


 Meminimumkan dosa adalah satu proses ke arah sifarkan dosa. Sama ada tindakannya berbentuk evolusi atau revolusi, terpulang kepada kemampuan masing-masing. Sekurang-kurangnya kita tunjukkan kepada Allah bahawa kita benci dosa dan maksiat yang kita lakukan. Kalau datang dari hati yang mulia dan ikhlas, insya Allah, Allah tidak mempersia-siakan usaha kita. Sebagai misalannya, alangkah baiknya seseorang yang berjudi 5 kali sebulan telah berjaya menjadikannya 4 kali, 3 kali, 2 kali, 1 kali dan seterusnya tiada lagi. Kesimpulannya,  kita biasanya tenggelam dengan dosa. Lebih parah lagi ialah kita alpa untuk memikirkannya dan meminimumkannya. 

Ada orang berhenti terus daripada melakukan dosa. Tak perlu langkah meminimumkannya lagi. Namun bukan semua orang setangkas itu. Golongan yang tak tangkas inilah biasanya terus lalai tenggelam dalam maksiat. Golongan inilah yang mesti cuba mengambil langkah meminimumkan dosa sehingga akhirnya menjadi sifar terutamanya dalam amalan dosa-dosa besar seperti zina, meminum arak, berjudi dan mencuri. Ingatlah bahawa Allah tidak pernah lalai daripada menilikpandang usaha para hamba-Nya

Tiada ulasan: