Claudius Ptolemy mungkin adalah manusia kedua yg diketahui sejarah selepas Nabi Idris yang membicarakan ilmu astronomi. Beliau yang berbangsa Greek dan warganegara Mesir juga seorang ahli matematik, astronomi, geografi dan falsafah. Hidup disekitar AD90-168. Bezanya kita mengetahui secara jelas pendapat PTOLEMY tentang astronomi iaitu bumi adalah pusat tatasuria berbanding Nabi Idris yg tidak meninggalkan kitab atau buku yg jelas tentang tatasuria. Adakah Ptolemy :
1. Murid kepada Nabi Idris secara langsung?
2. Adakah PTOLEMY menguasai ilmu astronomi yg sudah mahsyur dikalangan penduduk di MESIR hasil dakwah Nabi IDRIS yg juga pernah bermukim disana.
3. Kita tidak mengetahui jarak tahun yg tepat diantara kita dgn Nabi Idris tetapi sekurangnya jarak tahun diantara PTOLEMY dgn Nabi Idris lebih dekat daripada kita. Maka peratus kesahihan ilmu Ptolemy lebih menghampiri ketepatan.
4. Nabi Idris pasti mempunyai ramai murid yang menguasai ilmu beliau di Mesir dan murid beliau pasti ramai yg bermukim di Mesir. Tidak mustahil jika PTOLEMY mempelajari ilmu astronomi melalui rantaian pengikut Nabi Idris yg bermukim disana. Jadi jika PTOLEMY menyatakan bumi adalah pusat tatasuri, maka kemungkinanan besar Ilmu Nabi Idris mengatakan begitu.
Nicolaus Copernicus(19 February 1473 – 24 May 1543) berasal dari Poland mungkin adalah manusia ketiga sepanjang sejarah dunia yg membicarakan masaalah astronomi. Cuma pendapat beliau berbeza dengan PTOLEMY iaitu dengan meletakkan matahari sebagai pusat tatasuria.
Johannes Kepler pula berasal dari Germany (December 27, 1571 – November 15, 1630) adalah orang yang bertanggungjawab mempopularkan pendapat Copernicus.
Pendapat inilah yg diguna pakai sekarang oleh seluruh umat manusia. Pendapat manakah yang harus diterima pakai oleh muslimin/mat kerana perkara ini melibatkan rukun iman ?
Secara peribadi, saya lebih menerima pendapat PTOLEMY berdasarkan hujah-hujah diatas. Kemungkinan untuk PTOLEMY mengeluarkan pendapat berdasarkan pengajian beliau melalui sirah ilmu Nabi Idris lebih tinggi kemungkinannya.
PENDAPAT Copernicus boleh ditolak kerana :
1. Copernicus yang hanya melontarkan pendapat beliau di tengah masyarakat melalui perkiraan teori beliau sendiri tanpa melalui kaedah ilmuan yg betul iaitu berguru atau diskusi. Beliau tidak pernah mengemukakan bantahan secara ilmiah kenapa pendapat PTOLEMY perlu ditolak melainkan hanya menyuruh masyarakat menerima pendapat beliau secara bulat2.
2. KEPLER hanya menyambung warisan pendapat Copernicus setelah kematian beliau. KEPLER tidak pernah berguru dengan Copernicus.
3. Pendapat Ptolemy sudah diguna pakai ribuan tahun dan melalui zaman puluhan rasul dan nabi malahan sudah digunakan oleh pelbagai tamaddun manusia yg hebat seperti Babylonia dan Mesir. Sedangkan pendapat Copernicus baru berusia 460tahun
4. Teori Copernicus mahsyur ditengah-tengah kejatuhan empayar Islam seluruh dunia diwaktu peperangan aqidah diantara Eropah dan Islam memuncak. Ketika inilah Islam diserang disegenap sudut kerana jika mahu tewaskan Islam harus dilemahkan Aqidahnya dahulu. Cuba kaji sendiri tahun -tahun kejatuhan system pendidikkan Islam dibidang perubatan, kejuruteraan, matematik. Anda akan melihat bagaimana watak-watak sarjana Islam dimatikan dan digantikan dgn watak2 kononnya saintis barat supaya kita memuja mereka.
WALLAHUALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan