Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 28 September 2011

Jui Meng: Hentikan rundingan rahsia dan tipu helah dalam Petronas

Pentadbiran Najib mesti menghentikan fitnah terhadap agenda ekonomi Pakatan Rakyat dan membentuk semula perancangan kewangan Negara yang kukuh, bermula dengan mendedahkan rahsia yang menyelaputi syarikat minyak Negara, Petronas. Ini sahaja dapat menghasilkan berbilion ringgit di dalam tabung Negara, mengaktifkan semula ekonomi dan membantu berjuta rakyat Malaysia di dalam melalui keadaan sukar sekarang ini, kata ahli ekonomi dan ketua-ketua pembangkang.





“Dari 1974 hingga 2010, Petronas melaporkan ia beroleh keuntungan sebanyak RM700 bilion. Ini merupakan satu lawak jenaka. Bagi Petronas untuk menghasilkan keuntungan yang sedikit dalam jangkamasa yang panjang iaitu 36 tahun, merupakan suatu penghinaan kepada kebijaksanaan seseorang. Jika dibandingkan dengan pendedahan WikiLeaks bahawa Petronas merupakan syarikat ke-13 paling untung di dunia, ini adalah amat tidak masuk akal dan ini menunjukkan betapa teruknya rasuah sebenarnya,” Chua Jui Meng, Timbalan Presiden  PKR memberitahu Malaysia Chronicle.
Dunia minyak yang dibayangi rahsia dan tipu helah kroni
Petronas ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum pada tahun 1974 dan telah menikmati kadar kenaikan harga petroleum yang tinggi pada dekad yang lalu. Petronas mendapat keuntungan pra-cukai sebanyak RM90.5 bilion bagi tahun berakhir 31 Mac 2011. Selain cukai, Petronas telah membayar kepada kerajaan dividen sebanyak RM30 bilion pada tahun 2009, yang merupakan kenaikan dari RM24 bilion pada tahun 2008, RM20 bilion pada tahun 2007, RM13 bilion pada tahun 2006 dan hanyalah RM9.1 bilion pada tahun 2005.
Tetapi ura-ura mengatakan bahawa minyak merupakan pilihan besar yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan kuasa pemerintahan hebat di dalam parti Umno Najib.Pihak-pihak ketiga ini dikatakan telah diberi keizinan untuk membenarkan pilihan jual beli di dalam pasaran minyak global, yang disokong oleh minyak Petronas sendiri. Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak sejajar dengan permintaan dunia, ini telah memberi pihak-pihak kroni keuntungan yang besar dan tidak sama sekali akan kembali ke Negara ini.

“Sudah tentu, semua rahsia dan tipu daya ini mesti disiasat dan dihentikan. Ia adalah seperti membenarkan pihak-pihak ini merampas keuntungan yang sepatutnya milik Petronas. Dan ini juga mungkin menyebabkan laporan hasil terkumpul adalah sangat rendah. Siapakah pihak-pihak ini, siapa yang memberi mereka hak-hak ini dan yang penting sekali, hentikan urusan ini dengan kadar segera kerana wang tersebut adalah milik rakyat. Ia merupakan kekayaan bangsa dan sekarang, simpanan minyak kita mula berkurang,” kata Jui Meng.


Membuka pekung: Apakah Dr M memimpin reformasi atau sebaliknya?
Baru-baru ini, pembocoran saluran diplomatik Amerika telah membuat pendedahan bahawa seorang pegawai Petronas, Mohd Azhar Osman Khairuddin, memberitahu jurucakap kedutaan mengenai simpanan minyak dan gas Malaysia yang semakin berkurang. Conoco Philips Malaysia juga telah mengesahkan perkara tersebut, tanpa penemuan baru hasil minyak Malaysia akan berkurang pada kadar 10 peratus setiap tahun, dari 550,000 tong sehari pada tahun 2008 kepada 490,000 tong sehari pada tahun 2009 dan 450,000 tong sehari pada tahun 2010.
Jui Meng dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahukan ‘Royal Commission of Inquiry’ terhadap Petronas. Anwar berkata bahawa kekayaan minyak milik rakyat dan audit yang benar dan menyeluruh mesti diadakan. Beliau meminta Petronas agar menjawab terus ke Parlimen untuk bertanggungjawab dan ketelusan.

Ramon Navaratnam, ahli ekonomi dan ketua masyarakat sivil yang dikenali ramai, bersetuju bahawa sepatutnya terdapat lebih banyak ketelusan diaplikasikan di syarikat minyak Negara. Beliau menyeru penasihat Petronas, Mahathir Mohamad yang juga merupakan bekas Perdana Menteri untuk mengambil tindakan.

“Sememangnya bagi taraf dunia, Petronas dilihat sebagai kurang telus dari segi perolehan keuntungannya dan banyak perlu dilakukan untuk membaikpulih. Tun Mahathir adalah orang yang terbaik di dalam usaha malakukan reformasi di Petronas ini. Akta Pembangunan Petroleum haruslah dikaji semula dan semua klausa yang dimasukkan untuk melindungi rahsia sepatutnya dilupuskan,” kata Ramon yang juga merupakan presiden ‘Transparency International’ Malaysia.

Basmi rasuah untuk tingkatkan hasil pengeluaran
Kedua-dua Jui Meng dan Ramon telah memberi maklumbalas kepada kenyataan yang dibuat oleh Pemandu, sebuah unit ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, di mana pada Hari Jumaat telah berkata bahawa kerajaan persekutuan telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan purata pendapatan isi rumah daripada kira-kira RM1,500 kepada RM4,000 setiap bulan.
Pemandu tidak menyatakan sebarang jangkamasa perlaksanaannya, menyebabkan kedua-dua Ramon dan Jui Meng mengecam usul tersebut. Mereka memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk memberi harapa palsu pada rakyat dalam mempertingkatkan taraf ekonomi mereka hanya akan menimbulkan masalah lebih besar.
Penganalisis kewangan telah bersetuju bahawa perancangan tersebut akan mengambil masa,  dan dengan keadaan angin kemurungan ekonomi dunia yang bertiup kencang ke arah Asia dan Malaysia, jawapan kepada penyelesaian segera berada di dalam Petronas sendiri, iaitu dengan menghapuskan segala amalan negatif yang berleluasa, juga mempertingkatkan aktiviti penjimatan yang berfokus kepada pembasmian rasuah. Masalahnya terletak pada keupayaan pihak atasan yang berpengaruh politik kuat untuk melaksanakannya, kata mereka.

“Hakikatnya, membasmi rasuah adalah kunci kepada segala penyelesaian permasalahan. Sebagai contoh Selangor – dalam jangkamasa 3 tahun ini telah berjaya mempunyai simpanan tunai tertinggi di dalam 28 tahun sejarahnya. Penyelesaian yang tidak berkesan pada masa pemerintahan BN berkesan sekarang, ini kerana pentadbiran Pakatan telus dan ikhlas melaksanakan tugas.Tanpa rasuah, seperti Pulai Pinang,” kata Jui Meng.
Di dalam Buku Jingga, PKR telah mengusulkan kenaikan pendapatan isi rumah dari RM1,500 kepada 4,000 yang akan hanya berkuatkuasa di dalam jangkamasa 5 tahun. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil, kata Jui Meng, tetapi jangka masa yang munasabah dengan pengambilan langkah serius seperti perlaksanaan pendapatan minima sebanyak RM1,500, memberi peluang kepada pasangan untuk bekerja dari rumah supaya mereka boleh beroleh sumber pendapatan isi rumah kedua, melupuskan dan mengurangkan tol, mengawal kadar bayaran air dan elektrik.

“Kenyataan Pemandu telah dicuri dari Buku Jingga Pakatan, hampir serupa. Terlalu banyak cadangan yang telah dicuri dari kami untuk tampak bagus, akan tetapi, walaupun mudah di dalam bidang kuasa mereka untuk merealisasikannya, kami tidak nampak sebarang usaha drastik dari pentadbiran Najib kearah itu. Baru-baru ini, BN telah mengiktiraf Hari Malaysia dan ia merupakan cadangan kami. Panggilan 16 September hasil usaha Anwar dan ketegasannya agar hari tersebut diberi pengiktirafan menyebabkan BN mengambil langkah serupa,” kata Jui Meng.

Tiada ulasan: