Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 18 Jun 2011

siapakah aku?.....

bicara seorang insan sepi
dalam kamar diri,siapakah aku diusia ini?
wahai diri
berdirilah ditepi pantai
dan tebarkanlah matamu keseluruh
samudera yang tidak bertepi
hayati deru angin dan deburan ombak yang membantingkan tubuhnya ke bibir pantai
kepasir yang landai gebu dan lembut
aku pun mengetuk daun pintu hatiku
siapakah aku diusia ini?
melihat wajahku dicermin
akulah insan yang begitu dhaif,jahil,kejam dan banyak dosa,
tidak terdaya hendak menyorokkan
wajah dan diri,siapakah aku diusia ini?

adakah aku menyaksikan petanda petanda 
kebesaran allah?
adakah aku mengingati allah sambil berdiri?
adakah aku mengingati allah sambil duduk?
adakah aku mengingati allah sambil berbaring?
kalau tidak,siapakah aku diusia ini?

duhai diriku,
mari meniti titian
dari bayang ke bayang
kehidupan duniawi ini
dalam penitian siratul mustaqim
gapailah apa yang boleh dijadikan ikhtibar
pada diriku,
siapakah aku diusia ini?

Tiada ulasan: