Kajian Kes: Tunguska, Siberia 1908
BAGI memahami kesan hentaman objek asing (komet, meteoroid atau asteroid) terhadap Bumi, kita perlu mengkaji kejadian hentaman asteroid di Arizona pada berjuta tahun lalu. Namun, tempoh jutaan tahun yang sangat lama itu sememangnya memberi kesukaran untuk kita memahami perkara sebenar berlandaskan maklumat yang tepat meskipun menggunakan kaedah forensik sejarah. Amat sukar menemui keterangan yang tepat sekiranya peristiwa itu sudah berlalu jutaan tahun lampau..
Walaupun begitu, kita masih boleh mengkaji perkara ini (hentaman objek asing) terhadap bumi dengan mengambil kes yang tidak terlalu lama dari tarikh kita hari ini iaitu hentaman objek asing di Tunguska Siberia pada 30 Jun 1908 pada kira-kira 103 tahun lalu. Pun begitu, kes
Keadaan langit sama ada cerah atau gelap bukan menjadi fokus dalam kajian kes ini. Dalam artikel ini, kita hanya memberi tumpuan kepada debu, kekuatan bunyi letupan serta kesan selepas letupan terhadap alam sekitar yang selari dengan artikel sebelum ini.
-----
7.15 pagi, 30 Jun 1908
Bunyi kuat di langit Wilayah Tunguska,
PADA kira-kira pukul 7.15 pagi, penduduk di kawasan berbukit sekitar Tunguska di Siberia berhampiran Tasik Baikal menyaksikan langit berubah menjadi sangat cerah, tidak seperti kebiasaan.
Kemudian, kurang daripada satu saat, mereka terdengar letupan kuat, dan jangkaan mereka ia beribu kali ganda lebih kuat daripada bunyi meriam. Penduduk Tunguska yang sedang berdiri menyaksikan kejadian itu mengakujatuh terduduk sebaik letupan itu meletus kerana permukaan bumi yang turut bergegar, manakala cermin-cermin di rumah mereka pula pecah akibat gegaran. Juga dilaporkan, beberapa penduduk mengalami kesan pekak selepas mendengar letupan tersebut.
Dianggarkan, permukaan bumi sekitar Tunguska juga bergegar pada kekuatan 5.0 skala Richter (sR) akibat letusan objek asing itu (sistem bacaan sR hanya diperkenalkan pada 1935, kekuatan 5.0 sR dalam kejadian Tunguska itu dibuat berdasarkan andaian ahli forensik sejarah).
Selang beberapa minggu selepas kejadian, langit sekitar Tunguska tidak pernah gelap meskipun malam. Dalam erti kata lain, langit Tunguska sentiasa cerah disebabkan kesan debu objek asing itu yang mengeluarkan cahaya. Keadaan langit sentiasa cerah itu berlarutan selama beberapa bulan.
Kejadian di Tunguska tidak dapat diterangkan sains secara tepat, apatah lagi secara terperinci. Malah, ahli forensik sejarah juga tidak dapat mengumpulkan bukti-bukti di tempat kejadian secara lengkap kerana sebahagian bukti telah musnah semasa episod-episod perang dalam lipatan sejarah Rusia iaitu Perang Revolusi Rusia dan Perang Saudara Rusia. Perang menyebabkan ahli forensik sejarah dan ahli kaji batuan angkasa sekitar Eropah menghadapi masalah untuk mengumpul keseluruhan spesimen dari tempat kejadian.
Ekspedisi ahli forensik sejarah dan ahli kaji batuan angkasa kali pertama yang sampai ke Tunguska hanya dilakukan pada 1921. Ahli kaji galian Rusia, Leonid Kulik semasa meneliti debu-debu sekitar kawasan kejadian terutama di Sungai Podkamennayya Tunguska menyimpulkan letupan tersebut disebabkan meteoroid gergasi yang tidak diketahui saiz sebenar. Kesimpulan itu dibuat berdasarkan penemuan besi meteorite dalam sebatian debu-debu yang dijadikan sampel kajian.
Hasil penemuan awal yang dibuat Kulik, dia kemudian membawa lebih ramai pengkaji untuk menyertai ekspedisi kajiannya pada 1927 di sekitar Tunguska. Paling memeranjatkan Kulik ialah, tiada kawah akibat hentaman meteor itu ditemui. Sebaliknya, mereka mendapati, kawasan hutan seluas 2,150 kilometer radius sekitar tempat kejadian telah musnah sama sekali akibat letusan dan ia diistilahkan sebagai Tunguska Ground Zero. Tiada kawah hentaman, hanya kesan kemusnahan seluas 2,150km radius. Ia bermakna, objek asing dari angkasa tersebut meletup di ruang udara pada jarak beberapa meter sebelum mencecah ke permukaan kerak bumi.
Kulik juga mendapati, debu daripada letusan objek asing itu mengandungi logam nikel dan iridium yang tidak berasal dari bumi.
“Dan, Kami turunkan besi yang di dalamnya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia, dan supaya Allah Mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya, sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Quran, al-Hadeed: 25)
Daripada kajian tersebut, letupan replika menggunakan bom nuklear beradiasi rendah yang digunakan Rusia mendapati, letupan sebenar daripada objek asing itu adalah 185 kali ganda lebih kuat daripada letupan bom atom di Jepun.
Kesan letupan sebenar disebabkan objek asing itu juga menyebabkan hutan di sekitar tempat kejadian hangus sama sekali. Walaupun tidak menghentam permukaan bumi, kesannya sememangnya dahsyat. Malah, mereka menjangkakan bahawa sekiranya objek asing itu benar-benar menghentam bumi, kawah yang terbentuk adalah beratus kali ganda lebih besar daripada kawah Arizona. Malah sebahagian Rusia juga mungkin lenyap, namun tidak dapat dipastikan sama ada langit Rusia akan bergelap atau bertukar cerah sepanjang masa disebabkan sifat debu objek asing itu yang memerangkap cahaya.
Hutan seluas 2,150 kilometer radius musnah di
Tunguska akibat letupan objek asing yang masuk ke bumi
Terdapat banyak teori dalam mencari penjelasan terhadap kejadian di Tunguska. Namun, kebanyakan pengkaji bersetuju dengan teori bahawa batuan angkasa (tidak dipastikan sama ada meteor, asteroid atau komet) berukuran 120 kaki persegi memasuki atmosfera bumi semasa kejadian itu.
Dalam sebuah teori popular, dijangkakan ia disebabkan asteroid yang bergerak pada kelajuan 33,000 batu sejam (mph) dan meletup sebelum mencecah permukaan bumi Tunguska. Berdasarkan laporan-laporan akhbar pada Julai 1908, saksi-saksi kejadian mengatakan bahawa ia berlaku sangat pantas iaitu bermula dengan langit terang bercahaya tanpa disangka-sangka secara tiba-tiba dan kemudian meletup dengan satu letupan sangat kuat sehingga ada yang menjadi pekak.
Dalam teori lain pula, ia dikatakan disebabkan letupan udara oleh meteorite bersaiz 10 atau barangkali 20 kilometer persegi. Ia juga dikatakan meletus pada jarak kira-kira 200 meter dari permukaan bumi. Tenaga yang dibebaskan pula dianggarkan sebanyak beratus ribu megajoules yang menyebabkan bumi Tunguska bergegar dengan kekuatan 5.0 sR dan meranapkan 80 juta tumbuhan-tumbuhan termasuk pohon-pohon kecil atau besar dan menghapuskan semua jenis hidupan bumi di sekitar 2,150 kilometer radius.
Dalam kajian sekitar 1930-an oleh F.Whipple, beliau berpendapat, objek asing yang meletup di Tunguska hanya sebuah komet yang kecil meskipun saiznya mencecah 20 kilometer persegi. Menurut Whipple, ia disebabkan oleh komet yang bertukar menjadi asteroid sebaik melintasi matahari sebelum masuk ke atmosfera bumi.
Komet ialah objek angkasa yang membawa unsur ais sepanjang ia bergerak di angkasa raya. Ais komet bagaimanapun mengering apabila ia melintasi matahari disebabkan kesan suhu dan radisi yang dibebaskan oleh bintang tunggal tetap dalam sistem suria Bima Sakti itu. Apabila ais mengering, komet itu kemudian memasuki atmosfera bumi disebabkan tarikan graviti bumi.
Sebaik masuk ke atmosfera bumi, setiap objek dari luar akan terbakar, ia termasuklah komet itu tadi. Letupan itu dikatakan berlaku disebabkan unsur-unsur logam di dalam komet itu bertindak balas secara aktif terhadap pembakaran disebabkan oksigen bumi. Pembakaran hasil oksigen bumi memberi kesan yang tidak sama dengan pembakaran di angkasa raya. Logam juga akan bertindak balas mengikut hukum-hukum bumi. Hukum-hukum bumi (fizik, gravity dan sebagainya) adalah jauh berbeza dengan hukum-hukum di angkasa raya ataupun di planet-planet lain.
Maka, tindak balas terhadap pembakaran disebabkan nyalaan akibat oksigen bumi menyebabkan logam dalam komet itu mengembang dalam kadar yang sangat aktif sehingga menyebabkan pengembangan zarah logam dalam komet berlaku sangat pantas dan menyebabkan letupan akibat pengembangannya yang terlalu aktif di atmosfera bumi.
Teori itu disokong oleh kajian pada 2008 di mana didapati unsur zarah logam dalam meteor
Setelah 100 tahun kejadian itu berlaku, para pengkaji pada 2008 juga mendapat kejutan apabila menemui sebuah tasik di kawasan hutan Tunguska yang dipenuhi debu komet. Kira-kira 10 inci lapisan debu komet tersebut menutupi keseluruhan tasik. Menurut keterangan penduduk tempatan, kawasan lapang (sebenarnya tasik) itu juga tidak pernah ditumbuhi rumput. Hanya beberapa tompok rumput pendek sahaja mampu hidup di kawasan tasik yang dilitupi debu komet tersebut.
Sepanjang tempoh hampir 100 tahun, penduduk
“Tidakkah mereka melihat apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka dari langit dan bumi? Jika Kami kehendaki, nescaya Kami timbuskanmereka di bumi atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul dan serpihan-serpihan dari langit, sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya.” (Quran, Saba : 9)
“Patutkah kamu merasa aman kepada Tuhan yang berkuasa di langit bahawa Dia akan menimbus bumi dengan kamu, lalu bergegarlah bumi itu. Atau adakah kamu berasa aman pada Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan mengirim badai berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku.” (Quran, al-Mulk: 16-17)
Pada tahun 2001, Foscini Farinell pula menegaskan objek asing yang meletus di
Dalam semua kes kemasukan objek asing sama ada komet, meteor atau asteroid yang memasuki atmosfera bumi, objek-objek itu akan kelihatan seperti mempunyai ekor disebabkan berlaku kesan terbakar akibat tindak balas dengan oksigen serta perubahan suhu. Maka ia juga disebut sebagai bintang berekor oleh sesetengah budaya.
Ibnu Abbas melaporkan, Rasulullah berkata: “Orang menceritakan (mereka melihat) bintang berekor sudah terbit. Aku khuatir asapnya (dukhaan) sudah dekat. Kerana itu aku tidak dapat tidur hingga pagi (Subuh). – Hadis direkodkan Abnu Jarir at-Thabrani, dilapor diucapkan Rasulullah pada Ramadan tahun Kenabian.
“Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar (percakapan) para malaikat dan mereka dilontar dari segala penjuru. Untuk mengusir mereka dan bagi mereka seksaan yang kekal, akan tetapi, sesiapa di antara mereka iaitu syaitan-syaitan yang mencuri dengar (perbicaraan para malaikat), maka ia dikejar oleh suluh api yang menembus.” (Quran, as-Saaffaat: 8-10)
Kes Tunguska juga jelas menunjukkan bahawa debu yang melitupi tasik itu menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat hidup di atas debu-debu itu. Debu-debu daripada objek angkasa lepas itu menyebabkan tumbuhan tidak dapat tumbuh di atasnya.
Dukhaan adalah asap global yang menyelubungi seluruh isi dunia. Debu yang kelihatan seperti asap yang berpunca daripada kedatangan bintang berekor. Debu yang hampir tidak dapat dibezakan dengan asap kerana partikel-partikelnya yang sangat halus, maka manusia akan mengatakan ia adalah asap kerana tidak dapat membezakannya disebabkan partikel debu yang sangat halus.
Apabila debu berkandungan logam itu termendap, ia menutupi seluruh permukaan bumi, mungkin sehingga berkaki-kaki ketebalannya. Selepas bumi ditimbusi debu-debu yang sangat banyak, tumbuhan pula tidak dapat berhidup. Kebuluran mula berleluasa. Wabak penyakit berjangkit bersebaran, manusia akan derita.
Sesungguhnya, ia azab yang sangat pedih...
“Matahari juga akan lenyap sebagaimana bintang-bintang kerana ia juga adalah bintang. Lenyapnya itu bagai digulung kerana Allah sudah memberikan janji-Nya. Matahari itu juga bintang, kerana itu mereka suka bersimbolkan bintang” – The Frozen Files, SHAHi The Associate.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan