Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 22 Jun 2011

Al-Qaeda sempat uji pelan di Malaysia, Thailand dan HK

"AKAN DIBICARAKAN: Ini lakaran yang dibuat semasa perbicaran awal di Guantanamo Bay pada 2009, melibatkan tiga suspek serangan 9/11 (dari kiri) Walid Bin Attash, Ali Abdul Aziz Ali dan Mustafa al Hawsawi. -- Foto REUTERS
NEW YORK: Dokumen mahkamah yang baru didedahkan mengenai serangan 11 September 2001 menunjukkan anggota militan Al-Qaeda telah menguji rancangan mereka di Malaysia, Thailand dan Hongkong.

Ia bertujuan mengetahui tahap kawalan keselamatan penerbangan sebelum mereka melancarkan serangan besar di New York dan Washington.

Pada lewat 1999 dan awal 2000, anggota militan itu memantau sistem kawalan keselamatan di darat dan dalam pesawat di ketiga-tiga negara itu.

Butiran itu terkandung dalam dokumen mahkamah yang difailkan di Amerika Syarikat ke atas lima lelaki yang didakwa terlibat dalam serangan 9/11 itu.

Lima lelaki itu ialah Khalid Sheikh Mohammed, Walid bin Attash, Ramzi Binalshibh, Ali Abdul Aziz Ali dan Mustafa Ahmed al-Hawsawi.

Kandungan dokumen itu didedahkan baru-baru ini selepas Peguam Negara Amerika, Encik Eric Holder, meminda keputusan awal dan mengarahkan kesemua lima lelaki itu dibicarakan oleh mahkamah tentera di Guantanamo Bay di Cuba, dan bukan di mahkamah federal di New York.

Menurut dokumen itu, tiga anggota militan berkenaan dikatakan telah membuat tujuh penerbangan di serata rantau ini dan menguji kawalan keselamatan di Malaysia sekurang-kurangnya sekali.

Ketiga-tiga mereka telah dituduh merancang serangan 9/11, yang didalangi oleh Khalid Sheikh Mohammed.

Hampir 3,000 orang terkorban dalam serangan serentak pada 2001, apabila pesawat yang dirampas merempuh bangungan World Trade Centre di New York, bangunan Pentagon dan sebuah lagi pesawat jatuh di sebuah padang di Pennsylvania.

Dokumen itu mendedahkan Walid, yang berasal dari Yaman, mengendalikan sebahagian besar daripada kerja-kerja pemantauan di rantau ini.

Dia, antara lain, telah menaiki penerbangan kelas pertama untuk ulang alik antara Bangkok dengan Hongkong, dengan membawa pisau di dalam sakunya.

Dia juga telah mendekati kawasan kokpit untuk menguji kawalan keselamatan dalam pesawat.

Walid turut menaiki beberapa penerbangan antarabangsa, juga dengan membawa pisau lipat, yang gagal dikesan pegawai keselamatan lapangan terbang.

Dua lagi anggota militan yang menyertai Walid dalam menguji kawalan keselamatan dalam pesawat ialah Khalid al-Mihdhar dan Nawaf al-Hazmi.

Kededuanya kemudian merupakan sebahagian daripada empat anggota pasukan Al-Qaeda yang merampas pesawat American Airlines, yang terhempas di Pentagon.

Semua penumpang pesawat itu terkorban. Kesemua 15 perampas Al-Qaeda yang lain turut terkorban hari itu.

Walid, yang dilaporkan bersama pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, ketika serangan itu berlaku, telah ditangkap di Pakistan bersama empat lagi lelaki yang dinamakan dalam dokumen mahkamah itu.

Jika sabit kesalahan, kelima- lima mereka boleh dikenakan hukuman mati.

Dokumen itu menunjukkan para penyiasat Amerika telah menjejak satu persatu perancangan logistik yang dibuat oleh lima lelaki itu sebelum serangan 9/11.

Transaksi bank, rekod penerbangan, pemohonan visa dan berdozen rekod perbualan telefon telah dikumpulkan.

Perancangan awal bermula pada 1999 apabila Khalid Sheikh Mohammed, yang dirujuk sebagai 'KSM' oleh pegawai Amerika, mengusul kepada Osama untuk menggunakan pesawat komersial sebagai 'peluru berpandu' bagi menyasarkan Amerika.

Sehingga ke saat-saat akhir, KSM dikatakan mengawal keseluruhan operasi itu.

'Dari sekitar Disember 1999 sehingga sekitar Jun 2000, Al-Qaeda telah memilih anggota militan untuk menerbangkan pesawat yang bakal dirampas, dan menghantar mereka ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan latihan penerbangan dan kemudian menjalankan serangan itu,' kata dokumen mahkamah.

Pada 1999 dan 2000, KSM dikatakan telah melatih para perampas pesawat itu kelak dengan membunuh kambing dan unta.Dia mengajar mereka cara menyembunyikan pisau semasa pemeriksaan di lapangan terbang dan bagaimana untuk mendapatkan lesen memandu kereta di Amerika.

Sementara itu, salah seorang suspek yang kini ditahan, Ramzi Binalshibh, yang berada di sini"
 .


Tiada ulasan: