Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 19 Jun 2011

KEMUNCULAN YAKJUJ DAN MAKJUJ (BHG. 2)

KELUARNYA YAKJUJ DAN MAKJUJ
Firman Allah s.w.t (Surah Al-Kahfi : 98-99):
98. (setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.
99. dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu Dengan Yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di padang Mahsyar.
Firman Allah s.w.t (Al-Anbiyaa : 96-97):
96. (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok Yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat Yang tinggi.
97. dan hampirlah datangnya janji hari kiamat Yang benar, maka Dengan serta-merta pandangan mata orang-orang Yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata Dengan cemas): “Aduhai celakanya kami. Sesungguhnya Kami telah tinggal Dalam keadaan Yang melalaikan Kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan Kami telah menjadi orang-orang Yang menganiaya diri sendiri”.
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadith yang diriwayatkan oleh An-Nawwas bin Sam’aan :
(( …(Setelah Nabi Isa a.s. membunuh Dajjal dan pengikut-pengikutnya) lalu Allah s.w.t mewahyukan kepada (Nabi) Isa : “Sesungguhnya aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu yang tiada kemampuan bagi seorang pun dalam memeranginya, lindungilah hamba-hambaKu (yang bersama denganmu) ke bukit Thur”. Maka Allah mengutuskan Yakjuj dan Makjuj, dari setiap tanah tinggi mereka turun bergegas, kemudian mereka melalui Tasik Tabariyyah lantas mereka minum airnya. Kemudian datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka berkata : “Dulunya terdapat air di sini”. Nabi Isa a.s dan pengikut-pengikutnya terkepung (di bukit Thur) sehingga satu kepala lembu pada ketika itu lebih baik dari seratus dinar bagi kamu pada hari ini…)) Riwayat Muslim
Dalam riwayat Muslim yang lain –selepas mereka berkata : “Dulunya ada air di sini”- :
(( Kemudian mereka berjalan sehingga berakhir di bukit Al-Khamar –satu bukit di Baitil Maqdis- lantas mereka berkata : “Sesungguhnya kita telah bunuh mereka yang berada di bumi, ayuh kita bunuh pula mereka yang berada di langit!” Lalu mereka melepaskan anak-anak panah mereka ke langit dan Allah mengembalikan anak-anak panah mereka dalam keadaan berdarah ))
KEMUSNAHAN YAKJUJ DAN MAKJUJ
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadith An-Nawwas bin Sam’aan :
((…(Setelah Nabi Isa a.s dan pengikut-pengikutnya terkepung)…Mereka mengadu kepada Allah s.w.t, lalu Allah mengutuskan ke atas Yakjuj dan Makjuj ulat-ulat yang mengerang leher-leher mereka. Lantas mereka (Yakjuj dan Makjuj) bergelimpangan mati seakan-akan mati dalam satu nafas. Kemudian Nabi Isa a.s turun bersama pengikut-pengikutnya ke bumi dan mereka mendapati tiada sejengkal pun dari permukaan bumi melainkan dipenuhi dengan bangkai (Yakjuj dan Makjuj) yang busuk. Nabi Isa a.s. dan pengikut-pengikutnya mengadu lagi kepada Allah lalu Allah mengutuskan burung-burung sebesar leher unta lantas mengambil bangkai-bangkai (Yakjuj dan Makjuj) dan membuangnya di mana saja yang dikehendaki oleh Allah…)) Riwayat Muslim

2 ulasan:

M Fizan berkata...

saya pernah baca kamu mengatakan yakjuj dan makjuj itu ialah bangsa israel.. sekarang kamu mengatakan yakjuj dan makjuj dilepaskan selepas nabi isa..jadi? apakah maknanya?

Unknown berkata...

hakikat cerita mngenai yakjuj dan makjuj nie bnyak versi.. ada yang bersandarkan teori ada juga ang berdasarkan hadis2 atau pun ayat2 dari kalam allah al-quran.. apa yang penulis cuba ketengahkah ini adalah mngajak pembaca berfikir akan mengenainya.. penulis bukanlah manusia yang luar biasa sehingga boleh mngetahui apa yang berlaku dimasa akan datang, ... semuanya didalam perancangan AllahSWT.. semoga kita diberi rahmat keatasnya.. mungkin bnyak lagi versi mngenai ini yang akan cuba di ketengahkan.. diaharap saudara memahami tujuan sebenar penulis.. bukan lah hendak memutarkan belit cerita mngenainya..