Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 26 Jun 2011

Pelik..Ibubapa Yang Menyisihkan Anak Mereka Sendiri

1malaysia. Saya berbangga dengan Malaysia dan nombor 1. Ini kerana nombor 1 adalah nombor yang selalu saya perolehi semasa sekolah rendah dahulu. Namun, saya tidak berbangga sedikitpun dengan 1Malaysia. Ini kerana saya mempunyai sebuah cerita yang menyampaikan maksud saya.

Ada sebuah rumah yang besar. Didalam rumah tersebut, terdapat satu pasangan yang mempunyai anak yang agak ramai. Disebabkan mempunyai anak yang ramai, maka khidmat pembantu rumah yang agak ramai jugalah digunakan. 

Pembantu rumah ini bolehlah disifatkan sebagai ‘cabinet dapur' yang telah mengkhusus didalam bidang masing-masing. Yang patut lipat kain, hanyalah lipat kain. Yang patut memasak, hanyalah memasak. Yang patut membodek untuk menggembirakan hati pasangan itu, maka kerjanya hanyalah membodek sahaja. Tidak lebih tidak kurang. Dan ‘kabinet dapur' tadi sentiasa memberikan nasihat kepada pasangan tadi berhubung hal-ehwal pengurusan rumah tadi.

Pasangan ini mempunyai perangai yang agak pelik. Ini kerana gaji cabinet dapur tadi dibayar oleh anak-anak mereka sendiri. Untuk itu, anak-anak tersebut terpaksa bekerja untuk meneruskan hidup kerana ibubapa tadi tidak akan memberikan mereka makan secara percuma sahaja. Ini juga kerana ibubapa terbabit amat tidak menyukai sikap yang selalu melakukan kebajikkan kerana berpendapat mereka boleh jatuh bangkrap sekiranya selalu menolong anak-anak mereka sendiri.

Daripada pendapatan anak-anak itulah, maka cukai dikutip. Dan daripada cukai itulah, gaji-gaji cabinet dapur tadi dibayar.

Rumah tersebut mempunyai banyak bilik untuk anak-anak mereka tinggal dan duduki. Namun, awas. Bil api, harus dibayar sendiri. Bil air pun begitu. Bil api, walaupun pasangan tersebut mempunyai syarikat yang menghasilkan tenaga eletrik iaitu TNB, tetapi pasangan itu tidak memberi muka kepada anak-anaknya. 

Bil api sentiasa naik walaupun syarikat tersebut - yang dibiayai oleh cukai-cukai yang dikutip daripada hasil pendapatan anak-anaknya itu (untuk beroperasi) dikatakan sentiasa sahaja mencatatkan keuntungan. 

Namun, apa yang malang ialah sebaik sahaja apabila ingin menaikkan kadar eletrik, maka cerita-cerita tentang kerugian mula ditimbulkan. Mula disebarkan untuk mendapatkan simpati. Kos arang batu tinggi lah. Kos pengurusan meningkat lah. Macam-macam alasan diberikan untuk merasionalisasi kenaikkan kadar tersebut. 

Yang pelik binti ajaibnya ialah IPP yang merupakan kawan dan sahabat kepada pasangan tersebut diberikan begitu banyak subsidi dengan mendapat keistimewaan untuk membeli gas murah daripada Petronas dan menjual balik kepada TNB dengan kadar yang tinggi. Dengan kadar yang tinggi itu lah yang menyebabkan kadar eletrik terpaksa dinaikkan kerana kononnya mengalami kerugian. Apa yang boleh dilakukan. Anak-anaknya itu terpaksa terima sahaja keadaan itu kerana tidak mempunyai pilihan yang lain. Ianya mandatori atau anak-anaknya itu terpaksa berpindah ke ‘rumah lain'.

Begitulah juga dengan air. Sepatutnya tugas ibubapalah yang memberikan bekalan air yang mencukupi kepada anak-anaknya. Namun cukup tragis sekali apabila ianya telah diserahkan kepada syarikat swasta untuk menguruskannya melalui ikatan perjanjian. Perjanjian itulah yang akan menyaksikan kenaikkan tertentu didalam tahun-tahun tertentu.

Anda guna lebih, maka perlu membayar lebih. Kononnya kaedah yang sebegini rupa adalah untuk mengelakkan pembaziran disebalik niat secara tersembunyi untuk mengaut keuntungan yang maksima. 

Bayangkan air - suatu khazanah yang diperolehi secara percuma daripada tuhan tetapi dengan sedikit diproses, ianya dijual seolah-olah ianya adalah buatan kita sendiri. Seolah-olah kitalah yang menghasilkan air tersebut sehingga perlu dijual mahal. Suatu hasil yang percuma telah diniagakan secara kapitalis. Dan sebenarnya ibubapa kita sendirilah yang telah bersahabat dengan kapitalis tersebut dan berniaga dengan anak-anaknya sendiri untuk mengaut keuntungan.

Apabila anak-anak itu pergi bekerja, tol harus dibayar. Road tax dibayar. Insuran harus dibayar. Semua harus dibayar. Dan tol juga diikat dengan perjanjian yang anak-anak itu tidak boleh mengetahui isi kandungannya. Itu adalah urusan ibubapa dan bukan urusan anak-anak. Namun apabila anak-anak bertanya, akta OSA boleh digunakan. Akta ini adalah untuk menutup kerahsiaan antara ibubapa dan syarikat konsesi. Nampaknya ibubapa lebih mementingkan hubungan dengan syarikat konsesi berbanding kebajikkan terhadap anak-anak. Mungkin kerana ibubapa itu tadi telah diajar oleh APCO bahawa kebajikan akan hanya menyebabkan kerugian dan bangkrap. 

Begitulah juga dengan aset minyak. Pasangan tersebut mempunyai syarikat yang dinamakan PETRONAS - yang kerjanya adalah mencari-gali minyak untuk dijual. Kos operasi tadi ditanggung oleh cukai-cukai yang dikutip daripada poket-poket anak-anak yang bekerja tadi. 

Minyak dan hasilnya selepas itu seperti gas, petrol dan sebagainya pula adalah hak anak-anak tadi juga kerana ianya dijumpai didalam rumah yang dimiliki secara bersama. Namun apabila PETRONAS untung, ibubapa itu ‘makan sorang-sorang'. Keuntungan petronas tidak diagihkan secara adil dan samarata. 

Bukan setakat itu, subsidi yang diberikan pun ingin dirampas lagi. Tetapi subsidi IPP masih dikekalkan. Apakah ibubapa kita itu sifatnya ‘mesra IPP atau IPP didahulukan?'. Hanya dengan melihat isi dan kandungan Perjanjian IPP dan TNB, baru lah kita yang dapat memahaminya dengan lebih jelas dan terang bagaimana peranan mereka untuk menyusahkan kita sebagai anak-anak. 

Dan tidak ada sebab untuk ibubapa kita menghalang kita sebagai anak-anak untuk melihat kandungan tersebut kerana syarikat TNB pun adalah milik kita secara bersama. Bukankah kalau TNB sakit perut, cirit-birit atau masuk ICU, maka untuk selamatkan nyawa TNB tentulah duit anak-anak tadi akan digunakan?. Begitu juga apabila TNB dapat ‘makan daging' (mendapat keuntungan), adakah betul dari segi moralnya apabila tulang lebihan saki-baki dilemparkan kepada anak-anak sebagai makanan?,

Tapi apabila anak-anak marah dan ingin tunjuk perasan dan memberitahu bahawa mereka tidak gembira dengan keadaan didalam rumah yang sedang berlaku sekarang, apa yang malang ialah ibubapa itu telah menghantar FRU untuk menghalangnya. 

Kalau perlu FRU sembur, maka semburlah. Kalau perlu FRU tangkap, maka tangkap lah. Dan ibubapa kita hanya peluk tubuh sahaja. Maka sampai bila-bila pun isihati kita tentang ketidakpuasan hati kepada ibubapa kita itu tidak akan dapat disampaikan. Sedangkan dalam perlembagaan jelas mengatakan bahawa perhimpunan aman dibenarkan kerana inilah ciri-ciri negara demokrasi sebagaimana mengadakan pilihanraya yang juga merupakan salah satu ciri-ciri demokrasi..

Disebabkan itulah, maka ibubapa akan dapat berbuat sesuka hati terhadap kita. Mereka boleh potong air kita. Mereka boleh potong bil eletrik kita. Mereka boleh naikkan harga petrol kita. Malah mereka boleh sahaja mengugut kita bila-bila masa sahaja bila mereka merasakan ianya perlu untuk menyokong mereka. Dan kita sebenarnya telah dilayan bukan lagi sebagai anak-anak mereka tetapi seolah-olah lebih teruk layanan daripada mat-mat hitam yang semakin ramai berkeliaran disana-sini. 

Kalau ada yang berpendapat bahawa alangkah malangnya mempunyai ibubapa yang sedemikian rupa, maka itulah gambaran kerajaan yang ada pada hari ini. Kerajaan yang sepatutnya bertindak sebagai ‘ibubapa' dan menganggap rakyatnya sebagai ‘anak-anaknya' yang perlu dijaga dengan selamat - memandangkan mereka telah dipilih melalui pilihanraya, tetapi telah tidak bertindak sebagai ‘ibubapa' lagi - malah dalam sesetengah keadaan kerajaan bertindak seolah-olah seperti along, samseng, kaki ugut dan yang sewaktu dengannya. Maka mahukah lagi kita mempunyai ibubapa yang sedemikian rupa?. 

Kita mempunyai pilihan samada beribubapakan BN atau PR. BN sudah mempunyai rekod memerintah 50 tahun lebih selepas merdeka. PR pun sudah mempunyai rekod sepanjang memerintah di 5 buah negeri termasuk wilayah persekutuan. Bandingkan. Fikirkan secara matang dan rasional. Anda pasti akan tahu ‘ibubapa' manakah yang lebih berkebajikan dan lebih menjaga rakyat selaku ‘anak-anaknya'.

Tiada ulasan: