Aku tak tahu nak marah ke atau nak gelak terbahak-bahak sampai terguling-guling apabila baca Berita Harian hari Rabu 8 Jun 2011 berkenaan komen Mashitah Ibrahim di atas kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr.Rohaya Mohamed yang mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’. Mashitah menganggap kenyataan itu sebagai usaha merendahkan martabat wanita Islam.”
Aku tidak kata aku setuju dengan kenyataan Dr. Rohaya tu. Bagi aku memang tak patut cakap macam tu. Ada ke nak disamakan tugas mulia seorang isteri dengan tugas seorang pelacur. Iskk. Cuma rasa jengkel dan jelek bila dengar Mashitah cakap macam tu. Bukan dia ke dulu yang cakap boleh melacur kalau keadaan darurat. Yang macam jugak kenyataan Dr. Rohaya yang keluar dalam paper dan semua orang boleh baca kecik besar tua muda. Sekarang dia pulak marah kat Dr. Rohaya kerana katanya kenyataan itu sebagai usaha merendahkan martabat wanita Islam. Dulu tu dia tak merendahkan martabat wanita Islam ke? Sekurang-kurangnya Dr. Rohaya tu nak bagitau isteri kena layan suami betul-betul dan teristimewa berbanding kenyataan bangang Mashitah yang orang faham bagi izin perempuan terdesak untuk melacur. Apa daa. Tu belum dicampurkira lain-lain kenyataan kontroversi beliau termasuk pasal hudud dan pasal keharusan meninggalkan solat demi mengharumkan nama negara dengan berenang menyeberangi Selat Inggeris oleh Malik Mydin .
Kemudian beliau juga meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula pendaftaran Kelab Isteri Taat berkenaan yang disifatkan menimbulkan rasa tidak senang wanita Islam. Kata beliau jika penubuhan kelab atau persatuan boleh menjatuhkan Islam, sudah tiba masanya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan awal dengan menyekat pendaftaran, sekaligus membendung budaya tidak sihat menular dalam masyarakat.
Isk Mashitah. . Mashitah. Kalau macam tu kitaorang pun nak menggesa Pendaftar Pertubuhan meneliti semula dan mengambil tindakan membatalkan UMNO dari bumi Malaysia ni berikutan kenyatan beliau pasal kalau darurat boleh melacur tu kerana beliaukan menteri agama UMNO. Kenyataan beliau tu bukan saja menimbulkan rasa tidak senang wanita Islam, malah lelaki Islam juga (tapi kalau bukan kerana kenyataan Mashitah tu, aku rasa memang pun Pendaftar Pertubuhan patut batalkan je UMNO ni sekali lagi macam dulu dan selama-lamanya kali ini supaya dapat dibendung budaya tidak sihat menular dalam masyarakat. Tapi masalahnya berani ke Pendaftar Pertubuhan? Kalau nak batalkan PKR berani la).
Agaknya Mashitah tak faham istilah pelacur ni. Elok suruh DBP hadiah satu kamus kat dia. Malu weh bila buat kenyataan bercanggah macam tu. Dalam hal agama pulak tu. Apalah malang rakyat Malaysia dapat menteri agama macam ni. Ke guane gamok?"
5 ulasan:
ustazah umno laa ni...gelak laaa,marah pun die buat jugak...haha
skali terkono ats kepale sendiri la ustazah dunia nie....
kalau pendakwah dah bercampur dengan politik hukum hakam pun dorang cipta sendiri. Dah hilang respect pada dr Mashitah ni.. tak spt awal kemunculan dia dulu.
TERKINI :LEPAS ISU DARA, DIA DEDAH SIAPA PERAGUT DARANYA
TERKINI :ANAK SIHIR IBU KERANA HARTA PUSAKA
TERKINI :REVOLUSI WAJAH CIKGU SHIDA SEBELUM & SEMASA BERLAKON
dunia di akhir zaman..
haih..memacam...xpaham sungguh..tak sopan sungguh perangai..ekeke
Catat Ulasan