Kalaulah pendapatan Petronas sebanyak RM271.2 bilion itu diwajibkan untuk bayar zakat, sudah semestinya pusat zakat akan dapat RM6.78bilion dari 2.5% kewajiban zakat itu. Senang kehidupan insan Muslim di Malaysia.
Kita anggaplah dari 16.2juta penduduk Muslim di Malaysia, 30% darinya masih menuntut, dan semuanya belajar untuk fisabilillah, yakni layak untuk menjadi penerima zakat, maka sudah tentu semua 5.4juta insan Muslim itu dapat belajar tanpa apa-apa bayaran. Pembelajaran percuma.
Cuba bayangkan, dengan RM6.78bilion wang zakat dari Petronas, belum lagi wang zakat dari syarikat-syarikat lain yang beroperasi di Malaysia, betapa banyaknya dakwah Islam yang dapat dibuat oleh ulama-ulama Islam dengan wang sebanyak itu. Tiada lagi istilah miskin tegar kepada umat Islam di Malaysia jika wang zakat dari sumber minyak itu dapat diagih dengan sempurna dan adil.
Sudah pasti, institusi-institusi Islam akan berkembang dengan pesat dengan wang yang diperolehi dari zakat syarikat minyak nasional itu.
Tetapi, malangnya, semenjak Petronas ditubuhkan, tidak pernah satu sen pun syarikat berkenaan mengeluarkan zakat diberikan kepada umat Islam.
Semenjak penubuhannya pada 17 Ogos 1974, tidak pernah lagi umat Islam di Malaysia dapat menikmati wang zakat dari syarikat ultra kaya raya ini. Selama 37 tahun! Cuba bayangkan, jika selama 37 tahun Petronas bayar zakat tiap-tiap tahun. Kita ambillah purata 2bilion setahun, Petronas sudah berhutang dengan umat Islam sebanyak RM74bilion. Betapa banyak kerja dakwah dan kebajikan yang dapat pihak berkuasa Islam dapat jalankan dengan wang sebanyak itu.
Namun, seribu kali malang, KERAjaan bn tidak membenarkan Petronas melaksanakan tanggungjawab Islamnya untuk membayar zakat, kerana sudah semstinya, puak umno sekular kapitalis inginkan bolot kesemua duit itu untuk kepentingan peribadi. Celakalah engkau wahai umno.....
1 ulasan:
betul.. kaya raya,tapi x pernah baya zakat.. tak berkat la rezeki tu
Catat Ulasan